CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

03 Januari 2009

HUDUD

Di sebalik ulasan mereka terhadap kenyataan Datuk Mohamed Daud; di tengah-tengah kegelabahan mereka menangani isu hudud yang dicetuskan Khairy dan kemudian membelit UMNO sehingga sukar bernafas. Kita akan dapat melihat dengan jelas ketumpulan otak pemimpin UMNO walaupun sudah bergelar doktor. Hal ini berlaku kerana mereka terlalu gemar membuat kesimpulan yang ternyata menyebelahi mereka dengan memberi fokus secara berpilih, bukannya holistik. Oleh sebab itu, kenyataan mereka sering kali bertaraf separuh benar.

Datuk Mohamed kata:-

"Hudud dan qisas bukan perkara yang diutamakan jika PAS menjadi kerajaan pusat. Yang diutamakan ialah keamanan dan keadilan kepada rakyat."

Mashitah kata:-

"Kenyataan itu samalah dengan dasar UMNO/BN yang mengutamakan pembasmian kemiskinan, peningkatan tahapkesihatan, dan pendidikan umat Islam."

"BN tidak pernah menghalang kerajaan PAS negeri melaksanakan hukum hudud dan qisas."

"BN hanya boleh melaksanakan hudud dan qisas sekiranya rakyat bersedia."


Khir Toyo kata:-

"Hudud hanyalah slogan dan retorik politik PAS."

"Mengapa PAS tidak melaksanakan hudud dan qisas setelah memerintah Kelantan selama 18 tahun?"

MARI KITA ANALISIS KATA-KATA MEREKA
Bagaimana Mashitah boleh kata dasar PAS dan UMNO/BN sama hanya semata-mata fokus utama kedua-duanya sama?

Kenyataan ini hanya separuh benar. Hakikatnya, dasar melaksanakan hukum Islam hanya ada dalam Perlembagaan PAS, tiada dalam Perlembagaan UMNO mahupun BN. Hal ini membuktikan dasar PAS dengan UMNO/BN tidak sama sampai bila-bila pun jika terus demikian.

Jika tidak sama dan tiada hasrat hendak melaksanakan hukum Allah, bagaimana Mashitah boleh berkata BN hanya boleh melaksanakan hudud sekiranya rakyat bersedia? Memang sah lidah pemimpin UMNO bercabang.

Jika hasrat melaksanakan hudud dan qisas ada dalam pemikiran pemimpin UMNO, mengapa mereka memberi gambaran negatif kepada orang bukan Islam tentang hudud dan qisas?

Sepatutnya berilah gambaran sebenar, bukan mengadu-domba. Memang sah UMNO/BN tidak ikhlas terhadap rakan bukan Islam mereka.

Anehnya, rakan bukan Islam terima sahaja apa-apa yang diberitahu oleh UMNO. Otak mereka pun sama sahaja lembabnya dengan otak Melayu UMNO.

Ini satu lagi kenyataan bengap. "BN tidak pernah menghalang kerajaan negeri PAS laksanakan hudud dan qisas." Tidakkah dia tahu UMNO saman kerajaan PAS Kelantan kerana DUN-nya meluluskan anekmen hudud? Tidakkah Presiden UMNO yang kata kalau nak tengok orang kudung tangan pergilah ke Kelantan, siap boleh makan sup tangan lagi!?

Siapakah yang mengeluarkan arahan supaya polis tidak membantu kerajaan PAS Terengganu melaksanakan hukum hudud dan qisas!?

Masihkah Khir Toyo hendak mendakwa hudud hanya slogan dan retorik politik PAS. PAS telah membuktikan kesungguhan melaksanakan dasarnya. Jangan gelincirkan akidah anda. Buruk padahnya kalau tak sempat bertaubat.

Alangkah ceteknya pemikiran Mashitah dan Khir Toyo dalam hal ini!!!

Apabila PAS menyebut tentang hudud mereka bermaksud melaksanakan undang-undang Islam yang terpahat dalam perlembagaannya hasil suruhan Allah melalui al-Qur'an.

Seperkara lagi ialah taktik mengelirukan rakyat yang diaplikasikan dalam tindak-tanduk mereka. Dikatakan bahawa BN hanya akan melaksanakan hudud dan qisas sekiranya rakyat bersedia. Pernyataan ini bukan sahaja tidak cerdik malahan juga menimbulkan pelbagai persoalan.

1. Setelah memerintah selama 51 tahun dan mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam, adakah UMNO/BN masih menganggap rakyat belum bersedia menerima hudud dan qisas?

2. Kenyataan itu sebenarnya memperkecil-kecilkan kebolehan rakyat Malaysia. Pemikiran mereka masih lemah. Ini bermakna pendidikan kita sebenarnya masih serendah rakyat Timur Leste. Sehubungan itu, keputusan UPSR, PMR, SPM dan sebagainya yang didakwa hebat itu buatan semata-mata. Alangkah tidak beruntungnya murid-murid di Malaysia, perasan diri cerdik!!!

3. Bila rakyat Malaysia akan bersedia menerima hudud dan qisas? 100 tahun lagi? 200 tahun lagi? Jawablah.

Hakikatnya Mashitah dan Khir Toyo tidak mampu menyelami maksud tersirat DMD. Bila dia kata keamanan dan keadilan kepada rakyat diutamakan, kedua-dua doktor kangkung ini gagal membaca maksud tersirat di sebaliknya.

Bagaimanakah keamanan dan keadilan boleh ditegakkan dalam sebuah negara? Sungguh malang kalau Timbalan Menteri dan bekas Menteri Besar pun tak terjangkau hal ini. Sebab itulah sampai sekarang Melayu masih merempat di negara sendiri dan Terengganu negeri kedua termiskin di Malaysia walaupun dah dapat berbilion ringgit wang royalti minyak!!!

Untuk pengetahuan semua, kedua-dua aspek itu hanya dapat direalisasikan melalui pelaksanaan undang-undang. Apa undang-undang pilihan PAS? Jawabnya ialah hudud dan qisas serta yang lain-lain selari dengan kehendak Allah.

Janganlah gembira sangat kalau gagal menyelami kenyataan orang lain. Jangan lihat kulit sahaja. Kajilah isi-isinya sekali, baharulah tidak mengeluarkan hujah yang hanya layak dikeluarkan oleh betina gaghit atau orang kurang siuman sahaja. Tak tahulah jika mereka sudi digolongkan dalam kumpulan yang tak ada standard itu.