CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

13 Februari 2009

10 SEBAB SPR LAMBATKAN PRK BKT GANTANG & BKT SELAMBAU

Di sebalik kenapa, SPR sengaja melambatkan PRK adalah untuk memberi peluang secukupnya kepada BN.Memang jarang-jarang berlaku SPR melambat-lambatkan Pilihanraya Kecil melainkan ada sebab-sebab tertentu. Ramai pihak memang menjangkakan SPR akan melambat-lambat PRK untuk Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Bayangkan mengapa SPR menunggu sehingga sebulan lebih selepas notis kekosongan kerusi diterima barulah pilihanraya kecil hendak diadakan. Tidakkah ini menimbulkan kontroversi dan keraguan di kalangan rakyat.????

Antara DAKWAAN para pemerhati politik ialah :-

1) Memberi masa yang secukupnya untuk BN menyusun jentera dan strategi bagi berhadapan dengan pengundi apatah lagi BN sedang tenat sekarang. Mood rakyat masih cenderung menyokong PR lebih-lebih dengan berlakunya isu rompakan kuasa di Perak.

2) Memberi masa yang secukupnya untuk BN dan agensi-agensi kerajaan yang tertentu mengatur strategi dan manipulasi daftar pemilih, pendaftaran pengundi hantu dan lain-lain.

3) Memberi masa untuk BN berkempen sepuas-puasnya sedangkan PR tidak diberikan permit untuk berceramah khasnya di Perak.

4) Memberi masa untuk BN menjalankan projek-projek segera dan menjanjikan habuan-habuan projek kepada pengundi di kedua-dua kawasan tersebut.

5) Memberi masa untuk BN menyelesaikan perbalahan dan perebutan antara Umno dan MIC yang mahukan calonnya bertanding di DUN Bukit Selambau.

6) Memberi masa untuk BN memperkenalkan bakal calonnya yang sememangnya tidak dikenali dan tidak disenangi oleh rakyat. Jadi oleh kerana masanya panjang maka calon ini boleh turun padang dan berkhidmat untuk rakyat dari hari ini sehingga 7 April 2009.

7) Memberi masa untuk pemimpin dan ahli Umno menumpukan perhatian kepada Perhimpunan Agong Umno yang berlangsung awal bulan Mac.

8) Memberi masa untuk calon-calon Umno berkempen untuk pemilihan Umno pada Perhimpunan Agong Umno awal bulan Mac.

9) Memberi peluang kepada Najib Razak menyusun strategi selepas beliau dilantik menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri selepas Perhimpunan Agong Umno awal Mac ini.

10) Memberi peluang kepada Umno/BN mencari seberapa banyak wang untuk ditaburkan kepada pengundi di kedua-dua kawasan tersebut.

Ini adalah bukti kedua SPR dilihat berpihak kepada BN, selepas keengganan SPR mengadakan PRK di Behrang dan Changkat Jering.

Artikel asal di http://mutaligat.blogspot.com