CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

05 Februari 2009

PERLEMBAGAAN NEGERI PERAK : UMNO TIPU!

Perlembagaan Malaysia:
Article 43 (4): “If the Prime Minister ceases to command the confidence of the majority of the members of the House of Representatives, then, unless at his request the Yang di-Pertuan Agong dissolves Parliament, the Prime Minister shall tender the resignation of the Cabinet.”


Perlembagaan Negeri Perak:
Article XVI(6): “If the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council”.


Perbezaan susunan perkataan dan perbezaan penggunaan bahasa antara peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan dalam Perlembagaan Negeri Perak berhubung status ‘hilang majoriti’ seorang Perdana Menteri dan Menteri Besar, telah menyebabkan kekeliruan Istana Perak hingga memutuskan bahawa Perlembagaan Negeri menghendaki MB Nizar meletak jawatan.

Kenyataan Pejabat DYMM Sultan berhubung keputusan memperkenankan perlantikan Menteri Besar baru yang dikemukakan oleh BN jelas memperlihatkan kekeliruan pihak Istana.

Petikan Kenyataan Media Pejabat DYMM Sultan Perak:

Selepas bertemu dengan semua 31 ADUN tersebut, DYMM Sultan berpuas hati bahawa YAB Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah hilang sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.

Kenyataan ini boleh dianggap sebagai tafsiran perlembagaan yang betul sekiranya digunapakai bagi maksud perlantikan seorang Perdana Menteri oleh Yang DiPertuan Agong. Tetapi ia jadi sebaliknya iaitu sebagai ‘tafsiran yang salah’ sekiranya digunapakai bagi maksud perlantikan seorang Menteri Besar oleh Sultan Perak.

Di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan, ‘hilang sokongan majoriti’ merujuk kepada ‘ahli-ahli Dewan Rakyat’ manakala sebaliknya di bawah peruntukan Perlembagaan Negeri, ia merujuk kepada ‘Dewan Undangan Negeri’ dengan tiada perkataan ‘ahli-ahli’ bersama dengannya.

Ini bermakna ‘hilang sokongan majoriti’ bagi kes peringkat Persekutuan melibatkan Perdana Menteri, penentuannya boleh dibuat di luar sidang Parlimen (seperti dengan kehadiran majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat mengadap Yang DiPertuan Agong).

Hal ini berbeza bagi kes di peringkat Negeri Perak kerana peruntukan perlembagaan menghendaki penentuan ‘hilang sokongan majoriti’ itu dibuat di dalam sidang Dewan Undangan Negeri melalui undi tidak percaya kepada Menteri Besar.

Kenyataan Media DYMM Sultan menyebutkan perkataan ‘hilang sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Undangan Negeri’ sedangkan Undang-Undang Perlembagaan Negeri Perak menyebutkan ‘hilang majoriti di Dewan Undangan Negeri’.

Kekeliruan timbul antara “the confidence of the majority of the members of the House of Representatives” dalam Perlembagaan Persekutuan dengan “the confidence of the majority of the Legislative Assembly” dalam Perlembagaan Negeri Perak.

Oleh itu pendirian Dato’ Seri Hj. Mohammad Nizar bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah adalah menepati kehendak Perlembagaan Negeri Perak. Dato’ Seri Hj. Mohammad Nizar hanya patut berundur setelah usul undi tidak percaya terhadapnya dibawa dalam sidang Dewan Undangan Negeri dan berjaya mendapat sokongan majoriti.

Tiada kaedah lain yang dibenarkan oleh Perlembagaan Negeri Perak untuk penentuan ‘hilang sokongan majoriti’ bagi seorang Menteri Besar.

Artikel asal di http://www.syaomel85.blogspot.com