CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

19 Mei 2009

Sultan tidak boleh singkir Nizar

Oleh AMIRUDDIN HARUN
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 18 Mei - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak boleh menyingkirkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin daripada jawatan Menteri Besar memandangkan beliau memegang jawatan tersebut bukan atas perkenan baginda.

Sebaliknya, menurut Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim, Menteri Besar yang dilantik bersama barisan Exco kerajaan negeri adalah bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurutnya, ini jelas terkandung dalam Perkara 16 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP) yang menyatakan bahawa sekiranya Menteri Besar hilang kepercayaan majoriti anggota DUN, beliau harus meletakkan jawatan barisan Exco tersebut atau Menteri Besar boleh meminta baginda membubarkan DUN.

''Berdasarkan Perkara 16 subseksyen (2),(5),(6) dan (7) UTKP, adalah jelas bahawa sebaik sahaja Menteri Besar dilantik, beliau bertanggungjawab kepada DUN dan bukan kepada yang lain.

''Maksudnya, dengan pelantikan tersebut, Menteri Besar memimpin negeri melalui barisan Exco dan menasihatkan baginda berhubung hal ehwal negeri seperti yang termaktub di bawah Perkara 18(1) Perlembagaan negeri Perak,'' katanya.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) itu menyatakan demikian dalam penghakiman bertulis setebal 78 muka surat yang diperoleh pihak media hari ini.

Pada 11 Mei lalu, beliau membenarkan permohonan semakan kehakiman Mohammad Nizar, 52, agar mahkamah mengisytiharkan beliau masih Menteri Besar yang sah berdasarkan perlembagaan negeri itu kerana beliau yang bertindak menasihati sultan untuk membubarkan sidang DUN.

Bagaimanapun, tidak sampai 24 jam keputusan tersebut dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan telah membenarkan permohonan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir selaku responden untuk menangguhkan perintah perisytiharan itu sehingga rayuan didengar.

Rayuan Zambry yang tidak berpuas hati terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan permohonan Mohammad Nizar untuk mengetepikan perintah penangguhan itu dijadualkan didengar oleh Mahkamah Rayuan pada Khamis ini.

Hakim Abdul Aziz dalam penghakimannya juga menyatakan, walaupun Sultan Perak selepas menemui anggota DUN yang menyokong Barisan Nasional (BN) telah membuat pengadilan yang Zambry mendapat sokongan majoriti, baginda tidak sepatutnya berpendapat bahawa Mohammad Nizar telah hilang kepercayaan majoriti anggota Dewan.

''Satu alasannya ialah pernyataan 'dalam pengadilannya' tidak digunakan dalam Perkara 16(6) perlembagaan tersebut,'' ujar beliau.

Menurut hakim tersebut, pengadilan atau pendapat peribadi Sultan Perak adalah tidak relevan kepada tafsiran Perkara 16(6) UTKP, selain daripada alasan bahawa Exco kerajaan negeri seharusnya bertanggungjawab kepada DUN.

''Ia adalah mengikut logik pada peruntukan Perkara 16(5),16(2)(a) dan 16(6) UTKP malahan Perkara 16(6) memerlukan DUN yang menentukan sama ada mereka mempunyai kepercayaan atau tidak kepada Menteri Besar sebagai ketua Exco kerajaan negeri,'' ujar beliau.

Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Aziz juga menyatakan jika dakwaan Zambry mendapat kepercayaan majoriti selepas memperoleh sokongan daripada tiga lagi ADUN adalah benar dan Sultan Perak tidak memperkenankan pembubaran DUN, mengapa Zambry tidak memohon perkara yang sama.

''Mengapa responden (Zambry) yang mewakili BN tidak memohon perkenan baginda untuk mengadakan sidang khas DUN supaya usul undi tidak percaya boleh dibuat dan diterima terhadap pemohon (Mohammad Nizar).

''Dengan cara itu, ia lebih menepati amalan dan prinsip demokrasi,'' kata beliau.

Di akhir penghakimannya, Hakim Abdul Aziz turut membenarkan permohonan peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Mohammad Nizar untuk tidak meneruskan tuntutan ganti rugi, taksiran serta diadakan inkuiri dan perintah kos.

SUMBER : http://utusan.com.my

17 Mei 2009

10 reasons for Najib for wanting a discussion with PR

In the last few days invariably the head lines of all news is nothing other then the on going Perak political crisis.

Prime Minister DS Najib has now agreed to discuss the impasse with the Pakatan Rakyat(PR) leaders.

Why Najib wants to talk now? At least 10 reasons for him to do so.
1) Najib may be willing to discuss because the support for BN is so weak that that a discussion of this nature may enhance Barisan National(BN) status.


2) Najib masterminded the take over of BN in Perak when he was the DPM. Little did he realize this coup d’etat could boomerang to such intensity that it is hurting his public image now? He may never recover and this may soon politically seal his future.



3) In just about 10months the PR government of Perak was able to win the heart and minds of its people. The polices on freehold, the openness on awarding of contacts, the transparent manner of running the state government, appointing NGO’s as councilors, giving lands to schools, Exco members and the MB who are easily approachable nd many more.



4) Rumors are that there are some BN elected assemblyman who may jump ship and this is one way to contain them



5) The present situation is untenable. Perak has 2 Mentri Besar’s (MB), 2 Speakers and 2 secretaries to the House (clerk) The situation is unsettling the BN as much as the PR thus the necessity for discussion.



6) Investors are filling jittery and may continue to refuse to invest in Perak. This will hurt all. But in this drawback, BN elected representatives will suffer most as dishing out contracts by them will dry up. In the process BN will fail to get the continuous support from the people.



7) Who is the legal MB or the ex-MB? Both the MB’s are in that situation. People are confused and the continuous indecision will damage all but the BN will still suffer more. Reading the blog’s and articles one see’s a bashing of the BN. Some how the BN cannot and seems not able to get public opinion on their side



8) Ejecting Speaker V.Sivakumar and the video footage clearly show the ruthless ness of BN. To make matters worse the unprecedented entrance of policeman into the meeting hall has aroused a feeling that the BN had planned this event. In fact we hear over 100 policemen from all over the country was asked to report to Ipoh police who were used to implement this eviction of V.Sivakumar. Local police was apparently not encouraged as they may be familiar to many elected representatives and they may be reluctant to implement BN’s modus operandi



9) When BN took over Perak government immorally they failed to see the importance of the Speakers post, the Committee of Privileges and the Public Accounts Committee. The majority of the members of these committees are from the PR. All these were overlooked. Thus the jig saw puzzle is not complete unless all these posts revert back to BN.



10) The courts decisions are of little help. One day Nizar wins the next day the ex-BN MB is back in power. It all looks like the circus is in town for all to have fun. But it is the Perikians who eventually suffer.

The PR leaders must be cautious on the invitation for discussion with Najib. Najib must win at what ever the cost in this proposed meet. But how will the PR fair?

Remember the fatal mistake Chin Peng made when he agreed to meet Tuanku at Baling in 1956?

Source http://m-kula.blogspot.com/

14 Mei 2009

KRONOLOGI POLITIK PERAK SEDARI 8 MAC 2008

BERIKUT adalah kronologi politik di Perak sejak pilihan raya umum ke-12, 8 Mac tahun lalu sehingga hari ini:

9 Mac 2008: Gabungan parti DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Barisan Nasional (BN) memenangi 28 kerusi pada pilihan raya umum ke-12.

17 Mac 2008: ADUN kawasan Pasir Panjang dari Pas Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak.

19 Mac 2008: Istiadat angkat sumpah 10 anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

25 Ogos 2008: Dua anggota EXCO Kerajaan Negeri Perak Jamaluddin Mohd Radzi dan Kapt (B) Mohd Osman Jailu dihadapkan di Mahkamah Sesyen atas tudahan rasuah berhubung projek pembangunan bernilai RM180 juta. Mahkamah tetap 10, 11 dan 12 Feb 2009 sebagai tarikh perbicaraan.

25 Jan. 2009: ADUN Bota dari Umno, Datuk Nasaruddin Hashim mengisytiharkan keluar daripada BN untuk menyertai PKR.

26 Jan. 2009: Menteri Besar Perak mendakwa sekurang-kurangnya tiga lagi wakil rakyat daripada Umno akan mengikut jejak ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim menyertai PKR.

30 Jan. 2009: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan laporan mengenai anggota exco kerajaan negeri, Jamaluddin Mohd Radzi dan Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu, daripada Parti Keadilan Rakyat, akan menyertai BN.

1 Feb. 2009: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak menolak kemungkinan terdapat ADUN daripada pembangkang di negeri Perak akan menyertai BN.

1 Feb. 2009: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meminta dua ADUN dari PKR yang "hilang" sejak 26 Jan. supaya mengisytiharkan segera pendirian mereka jika telah keluar daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak.

1 Feb. 2009: Speaker DUN Perak, V. Sivakumar berkata, beliau menerima surat perletakan jawatan ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu yang dihantar ke rumahnya pada 5.45 petang.

2 Feb. 2009: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengadap Sultan Perak di Istana Kinta. Beliau tidak mengulas kepada media berhubung istiadat mengadap itu.

3 Feb. 2009: SPR memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan DUN Behrang serta tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil bagi kedua-dua kawasan itu.

3 Feb. 2009: Mohammad Nizar dilihat memasuki Istana Kinta untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

4 Feb. 2009: Empat ADUN Perak iaitu ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi, ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu, ADUN Bota Datuk Nasarudin Hashim dan ADUN Jelapang Hee Yit Foong berada di Pejabat Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya.

4 Feb. 2009: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan BN Perak kini mempunyai majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan apabila tiga ADUN dari PKR dan seorang ADUN dari DAP mengumumkan keluar parti. BN kini mempunyai 28 kerusi, Pakatan Rakyat juga 28 kerusi dan Bebas tiga kerusi.

4 Feb. 2009: Mohammad Nizar yang mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk meminta perkenan baginda membubarkan DUN meninggalkan Istana Kinta di Ipoh tanpa memaklumkan kepada media keputusan baginda.

3 Mac 2009: Sidang DUN bawah pokok diadakan.

7 Mei 2009: Sidang DUN dirasmikan oleh Raja Nazrin Sultan Azlan Shah selepas kekecohan selama lima jam di DUN.

10 Mei 2009: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PR tidak pernah menolak ruang untuk berbincang dengan mana-mana pihak termasuk Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak.

Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata tidak ada alasan untuk pakatan pembangkang menolak niat baik mana-mana pihak yang mahu mengadakan perbincangan demi kepentingan rakyat.

Pada hari yang sama, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika berada di Pekan berkata kerajaan BN sedia bekerjasama dengan pihak pembangkang bagi mengatasi kemelut politik di Perak, namun ia bukanlah bermakna bersetuju untuk menubuhkan kerajaan campuran.

Najib berkata, kerjasama kedua-dua pihak mestilah menjurus kepada saling hormat menghormati antara satu sama lain dan mematuhi undang-undang negara.

11 Mei 2009: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah.

12 Mei 2009: Mahkamah Rayuan menerima rayuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Nizar sebagai MB Perak yang sah.

13 Mei 2009: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memfailkan rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi.

14 Mei 2009: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata pilihan raya semula adalah satu daripada opsyen yang ada untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak tetapi ia bukanlah sesuatu yang harus.

Namun Perdana Menteri berkata keputusan sama ada untuk mengadakan pilihan raya negeri di Perak bergantung kepada budi bicara Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Bekas Perdana Menteri, MTun Dr Mahathir Mohamad menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) mengemukakan undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin jika mempunyai suara majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Pakatan Rakyat bersedia untuk mengadakan perbincagan dengan Barisan Nasional (BN) namun mereka telah menetapkan pendirian bahawa krisis politik Perak perlu dikembalikan kepada rakyat untuk penyelesaian.

12 Mei 2009

Hakim: Nizar MB Perak yang sah

SUMBER : www.malaysiakini.com

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN.

Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Nizar, lapor Bernama.

"Bagaimana seseorang boleh mengatakan yang pemohon (Nizar) telah hilang kepercayaan majoriti mengikut Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak?"

"Berdasarkan amalan demokrasi, isu kehilangan kepercayaan majoriti hanya boleh diambil kira melalui undi tidak percaya terhadap pemohon (Nizar), hanya melalui cara ini menteri besar boleh disingkirkan," Abdul Aziz dipetik berkata dalam penghakiman bertulis yang disampaikannya pada 2.30 petang.

Pada 13 Februari lalu, Nizar memfailkan permohonan kepada mahkamah bagi diisytiharkan bahawa beliau pada sepanjang masa adalah menteri besar Perak yang sah, bukannya Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Nizar, yang dilantik sebagai menteri besar pada 17 Mac tahun lepas, juga memohon pengisytiharan bahawa Zambry tidak berhak untuk memegang jawatan tersebut.

Abdul Aziz, dalam penghakimannya berkata seorang menteri besar tidak boleh dipecat oleh Sultan Perak atas alasan beliau tidak boleh memegang jawatan itu tanpa perkenan sultan.

Pemecatan menteri besar oleh Sultan Perak tidak disokong oleh Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, katanya.

Hakim berkata walaupun Sultan Perak mempunyai kuasa mutlak melantik menteri besar, bagaimanapun seseorang menteri besar, sebaik dilantik, hanya bertanggungjawab kepada ADUN dan tidak kepada pihak-pihak lain, lapor agensi berita itu lagi.

Dalam penghakimannya juga, Abdul Aziz - hakim ketiga di Mahkamah Tinggi yang mendengar kes itu - tidak bersetuju dengan hujahan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, selaku pencelah, bahawa hanya dalam dua keadaan yang membolehkan menteri besar boleh memohon bagi pembubaran DUN.

"Peguam negara berhujah bahawa menteri besar hanya boleh memohon bagi pembubaran apabila tempoh penggal dewan telah hampir tamat, iaitu di bawah Perkara 36(2) dan satu lagi apabila beliau berhenti mendapat kuasa daripada majoriti.

"Saya tidak bersetuju dengan perkara ini. Mengikut Perkara 36 Undang-undang Tubuh Negeri Perak, tiada keadaan yang terhad bagi menteri besar untuk memohon pembubaran daripada sultan, dan terserah kepada menteri besar untuk memilih masanya (untuk memohon bagi pembubaran)," kata Abdul Aziz seperti dilaporkan.

Hakim juga tidak bersetuju dengan hujahan peguam negara dan Zambry sebelum ini bahawa Nizar dianggap telah meletakkan jawatan sebagai menteri besar walaupun beliau (Nizar) enggan berbuat demikian.

"Peguam negara dan responden berhujah bahawa perkataan 'akan meletak jawatan' dalam Perkara 16(6) berupa mandatori bahawa menteri besar mesti meletak jawatan.

"Bagaimana jika menteri besar enggan meletakkan jawatan? Walaupun ia mandatori, peruntukan itu tidak boleh ditafsirkan sebagai bermaksud bahawa menteri besar dianggap telah meletakkan jawatan," Abdul Aziz dilaporkan berkata lagi

Beliau juga mencadangkan perkara itu dipinda bagi mengatasi kelemahan dalam Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Mengenai isu afidavit penasihat undang-undang Perak Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, Abdul Aziz memutuskan beliau bukan saksi yang berkecuali dan adil.

"Ia merupakan pengakuannya sendiri bahawa beliau telah diarahkan oleh peguam responden untuk mengikrarkan afidavit itu. Perkataan yang digunakan amat keras.

"Bagi saya beliau bukan saksi yang berkecuali dan adil, keterangannya diwarnai dengan arahan yang diterimanya," kata Abdul Aziz yang memilih versi Nizar mengenai apa yang berlaku semasa menghadap Sultan Perak di Istana Kinta pada 4 Feb.

Hakim berkata beliau percaya dengan keterangan Nizar yang beliau tidak memohon perkenan Tuanku Sultan untuk membubarkan DUN kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti.

"Keadaan pada 4 Feb ialah Pakatan Rakyat dan BN masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam Dewan.

"Keterangan pemohon bahawa semasa menghadap Sultan Azlan Shah, beliau telah memohon perkenan bagi membubarkan dewan mengikut Perkara 36(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak adalah disebabkan wujud kebuntuan dalam dewan (apabila Pakatan Rakyat dan BN masing-masing mempunyai 28 kerusi), tetapi menafikan beliau telah kehilangan kepercayaan majoriti anggota dewan," katanya.

Krisis politik Perak bermula apabila dua ADUN PKR Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) meletakan jawatan masing-masing pada 30 Jan diikuti Hee Yit Foong (Jelapang) dari DAP, empat hari kemudian.

Berikutan itu, Nizar telah menghadap Sultan Azlan Shah pada 4 Feb untuk memohon bagi pembubaran DUN tetapi permohonan itu ditolak.

Menurut agensi berita itu lagi, Abdul Aziz mengulangi yang mahkamah tidak mempersoalkan keputusan Sultan Perak yang menolak permohonan itu kerana ia tidak berjustifikasi.

"Tidak diragui bahawa Duli Yang Maha Mulia mempunyai bidang kuasa mutlak untuk tidak memperkenankan permohonan bagi pembubaran," tegasnya.

Hakim itu turut mempersoalkan kenapa BN, selepas
mengisytiharkan yang ia mendapat kepercayaan majoriti, tidak memanggil Nizar ke persidangan khas dewan untuk membentangkan usul tidak percaya terhadap beliau, kerana adalah lebih demokrasi untuk berbuat demikian.

Selepas penyampaian penghakiman selama sejam itu, Datuk Cecil Abraham yang mewakili Dr Zambry, memohon penangguhan pelaksanaan keputusan itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan, tetapi ditolak oleh Abdul Aziz.

"Saya menolak permohonan lisan Datuk. Datuk boleh memfailkan permohonan rasmi bagi penangguhan, bersama-sama dengan kes dan autoriti, jika Datuk mahu meneruskannya," katanya.

Mahkamah sesak dengan lebih 50 wakil media dan anggota keluarga serta penyokong Nizar yang datang seawal 1.30 tengah hari.

Nizar diwakili peguam Sulaiman Abdullah dan 10 peguam lain manakala Dr Zambry, yang tidak hadir di mahkamah hari ini, diwakili Cecil dan Sunil Abraham.

11 Mei 2009

Kisah Sebenar Sidang DUN Perak 7 Mei

Pada 8hb saya berada di Batu Lapan Changkat Jering.Lebih kurang 9.00 malam. Saya menghadiri ceramah oleh DS IR Nizar. Kehadiran lebih kurang. 3-4 ribu orang.Saya sendiri tak tau pasal program tu. Bila kawan bagi tau baru lah saya perasan.Nampak gaya program ni agak low profile.

To cut the story short. (untuk dipendekkan cerita..) DS Nizar telah berucap dan menceritakan detik detik peristiwa hitam di DUN Perak. Beliau berkata bahawa ADUN ADUN BN bersidang sesama sendiri untuk melantik Speaker baru tanpa melalui peraturan peraturan DUN apabila usul mereka utk memacat Speaker ditolak oleh Speaker dgn menggunkan kuasa mutlaknya sebagai Speaker.Jadi mereka telah melanggar semua peraturan peraturan sediaada.Mereka telah melantik S Ganesan yg bukan ADUN sebagai Speaker

Speaker Siva kumar telah mengarahkan Bentara untuk menyuruh 10 ADUN BN yg digantung agar keluar dewan.Tetapi Bentara enggan melaksanakan arahan beliau.Nampak sangat rampasan kuasa ini telah dirancang lebih awal lagi.

DS Nizar juga memaklumkan sebanyak 400 polis telah diarahkan berada didalam kawasan DUN siap sedia untuk bertindak.Berlaku beberapa kekasaran apabila mereka cuba memaksa Speaker turun dari kerusi.Mikrofon Speaker telah dimatikan.Speaker Siva berada dikerusi selama enam jam sebelum beliau ditarik secara paksa dan dikurung didalam bilik stor DUN.Begitu hina perlakuan UMNO dan BN.Sebanyak 40 orang yg berbadan tegap yang dipercayai anggota polis telah mengheret Speaker pergi.Part ini saya tak sanggup nak tgk video video yg ada sebab terlalu sedih melihat YB Siva diperlakukan sebegitu hina.

Selepas itu mereka telah mengepung tempat duduk Speaker .Kerusi Speaker yg baru telah diberi dan Speaker Haram Ganesan telah menangguhkan permulaan sidang dari sejam kesejam.Sebabnya ialah mereka merancang untuk menghalau DS Nizar dari dewan apabila mahkamah dijangkakan memutuskan siapa Menteri Besar sebenar pada 7 hb Mei.Tetapi taqdir Allah telah melanjutkan keputusan tersebut pada Hari Isnin 11 hb Mei.Nampak gagal sikit perancangan UMNO disini.

Apabila keadaan agak tenang DS Nizar telah meminta Mufti memaklumkan pd DYMM Raja Muda bahawa keadaan agak kelam kabut dan kemungkinan perasmian tidak dapat dibuat.Walaubagaimanapun keadaan kembali tenang apabila diumumkan Raja Muda berangkat masuk.Raja Muda telah memanggil DS Nizar dan Datuk Ngeh mengucapkan terima kasih kerana menenangkan keadaan.Bukan nya murka spt dakwaan media pro UMNO.Selepas itu DS Nizar komplen tentang perlakuan biadap UMNO.Tidak pernah didalam sejarah dunia Speaker diperlakukan sebegitu.

Seterusnya DS Nizar memohon sembah agar semua individu yg bukan ADUN agar keluar dari Dewan. Bila Raja Muda mengarahkan anggota anggota polis(betul ke mereka ni polis ataupun samseng samseng UMNO?) keluar baru lah mereka beredar dari mengelilingi kerusi Speaker.

Selepas perasmian spt mana kebiasaan MB lah org yang pertama bersalam dgn Tuanku.Guess what? DS Nizar lah org yg pertama bersalam dgn diikuti oelh semua ADUN PR .Paling last bersalam adalah Mat Gelap Zambry 786.part ini teman nak ketawa..kahkahkahkahkahkah.

Selepas itu DS NIzar juga mengiringi Tuanku meninggalkan DUN.Mat gelap Zambry 786 ikut dari belakang..kah kahkahkah .Mcm ofis boy aje...Nampak sgt bagaimana Allah SWT Maha Besar menghina beliau sebegitu rupa.Setibanya di lif,tetiba SUK dgn biadapnya menjerit "DS Nizar tak boleh masuk sama dalam lif".DYMM Raja Nazrin bertitah" Datuk Seri ,sila masuk".Tinggalah SUK hampeh tu sorang sorang kat luar.Padan muka dia.Yg masuk dalam lif berempat iaitu Raja Muda dan Puan Besar Zara,DS Nizar serta Mat Gelap Zamry 786.DS Nizar mengiringi Raja Muda sehingga ke Kereta saperti mana sepatutnya seorang Menteri Besar..DS Zambry hanya jadi pengiring MB shj..kahkahkah kahkah..Beliau masih lagi menanti recognition sebagai MB .kesian..hajat tak kesampaian.

Bila balik ke dewan Speaker Haram Ganesan menangguhkan sidang.Persoalannya ialah perlantikan beliau tidak sah.Ini bermakna tiada persidangan DUN.Segala undang undang dan peraturan Dewan telah dilacurkan oleh UMNO.Akan timbul satu lagi konflik perundangan angkara UMNO..

ADUN ADUN BN semuanya balik selepas itu.DS Nizar mengadakan sidang akhbar.Semua peristiwa yang berlaku didalam dewan dirakam dan tersebar diseluruh dunia..Malahan segala peristiwa disaksikan oleh Pegawai Pegawai Tinggi Kerajaan dan wartawan wartawan seluruh dunia.Insyaallah rakyat Malaysia menjadi hakim terhadap peristiwa ini.Segala kekejaman dan kesombongan UMNO terbongkar luas dan terang dimata masyarakat.Terbukti sudah akhlak dan peribadi mereka.Mereka hanya mengikut undang undang apabila ianya berpihak pada mereka.Jika tidak,tuan/puan saksikan lah sendiri bagaimana kurang ajarnya mereka.

Yang paling jelas polis sekali lagi telah melakukan sesuatu diluar bidang kuasa mereka.UMNO tak akan berjaya tanpa pertolongan agensi agensi kerajaan yang lain.Pihaa polis amat efisien untuk membantu UMNO tetapi merekalah yg paling tidak efisien membenteras jenayah.Jelas sudah hidup dan mati mereka hanyalah untuk UMNO.Demi UMNO mereka sanggup mati.Buktinya Azilah dan Sirul yg membunuh demi menyelamatkan seorang pemimpin tertinggi UMNO..

Begitu juga SUK .Beliau sanggup bersikap biadap didepan Raja Muda demi untuk UMNO.Malahan ramai beranggapan bahawa beliau adalah salah seorang perancang utama rampasan kuasa tersebut.

Tuan /puan semua suka atau tidak kita semakin hampir kepada Negara Polis bila kemuliaan DUN dicemari oleh UMNO

Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana telah membuka segala pekung didada UMNO bukan sahaja pada rakyat Perak tetapi juga dimata dunia.Insyallah UMNO akan jatuh didalam sedikit masa lagi .PR tidak kalah .PR telah berjaya menyampaikan mesejnya keseluruh dunia..



- Hijat Panjang
http://bloghijat.blogspot.com/