CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

30 November 2008

Minyak & Pilihanraya

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu telah kosong berikutan kematian Timbalan Menteri Pelajaran, Allahyarham Razali Ismail. Kerusi yang pernah menggemparkan negara dan memahat sejarah yang unik dimana pertembungan 3 penjuru didalam PRU12 yang lalu. Razali, Maimon & Mohd Sabu mempunyai tarikan masing-masing didalam kempen PRU yang lalu. Nah, paluan gendang PRK akan bergema lagi di Kuala Terengganu. Seperti biasa, SPR akan menyediakan perkakasannya.

Kerajaan juga dilihat akan memainkan isu harga MINYAKdidalam PRK kali ini.Namun nyata rakyat sudah bosan dan cuak dengan permainan Kerajaan yang selalu berdolak dalih didalam isu penurunan harga minyak. Naiknya macam ribut tapi turun macam siput.

Kenyataan Menteri KPDN HEP sentiasa berlawanan dengan PM. Agak nya Shahrir Samad ni memang tak sebulu dengan Dolah Badawi. Jika dilihat dari awal episod duka minyak naik, 4 Jun 2008 DS Abdullah berkata harga minyak akan kekal diparas sedia ada, tiba-tiba keesokan harinya TS Shahrir bertindak menaikkan minyak kononnya untuk mengurangkan beban kerajaan(baca :KERAJAAN). Lalu dinaikkan harga minyak dengan peningkatan melampau sebanyak 78 sen sekaligus rakyat terpaksa beralih tugas menanggung beban kerajaan.

Namun sekitar bulan Oktober lalu, apabila harga minyak pula turun, tak semena-mena rakyat pula terpaksa yang membayar cukai kepada Kerajaan. Cukai yang sedia ada pon merangkak-rangkak rakyat nak bayar. Desas-desus terkini, khabarnya awal Disember ini akan berlaku lagi penurunan harga minyak sebanyak 15 sen. Merasa juga la gamaknya RM1.85. Apakah mungkin Kerajaan ingin membuat kejutan kepada rakyat sempena PRK Kuala Terengganu yang akan datang? Apakah mungkin TS Shahrir Samad akan menukar 'trade mark' daripada 15 ke 20 atau 35 sen? Wallahu a'lam... Kita tunggu saja laa...

UMNO dan BN dalam keadaan terdesak untuk menghadapi PRK Kuala Terengganu pada kali ini. Apa tidaknya, krisis dalaman UMNO semakin menjadi-jadi dan kian jelas dengan rasuah politik semakin berleluasa menjelang Perhimpunan Agung Mac ini, PM yang ada sudah lemah longlai menunggu Pelan Peralihan Kuasa, bakal PM pula dikelilingi pelbagai skandal dan isu. Ditambah pula dengan MB Terengganu yang sentiasa lawan tuan dan samseng.

Maka jalan yang ada untuk meraih kepercayaan rakyat tidak lain tidak bukan hanyalah dengan MENURUNKAN LAGI harga minyak. Mana mungkin mereka boleh bertarung dalam keadaan cedera sekarang ini? Perisai dan senjata entah kemana..

Maka sekiranya minyak masih tak turun lagi sebelum pilihanraya kecil ni, bersedialah untuk melihat rakyat NAIK MINYAK pula. Harga barang yang melambung ditambah pula dalam musim tengkujuh ini amat menyengsarakan rakyat. Ubah sebelum parah...

Langkah kerajaan DS Abdullah bermula sejurus selepas keputusan menurunkan harga minyak pada kali ke-4 dengan para peniaga, pemborong, orang tengah, penyedia perkhidmatan diminta turunkan harga turunkan kadar caj semasa.

Kadar penurunan yang agak banyak dengan jumlah penurunan sebanyak 15 sen, diikuti 10 sen, 15 sen dan 10 sen lagi dilhat cuba mengabui mata rakyat. Mari kita bandingkan dengan teliti kadar kenaikan mendadak atau menyentap dan mengejutkan sebanyak 78 sen dan 80 sen harga seliter minyak.

Semasa mula-mula dinaikkan rakyat tidak ada pilihan selain wajib melalui hari demi hari dengan kos hidup yang meningkat. Biarpun hidup di kampung, namun keperitannya dapat dirasakan begitu sukar sekali. Walaupun begitu kenyataan tak bertanggungjawab YB Aziz yang berkata keputusan kerajaan menaikkan harga minyak merupakan keputusan menang dipihak kerajaan dan menang dipihak rakyat. Ini dilihat seperti rakyat perlu mengikut sahaja. Itulah sistem feudal tanpa boleh memberi pendapat yang berbeza demi menghasilkan keputusan yang lebih baik lagi.

Beberapa peristiwa disebalik kenaikan harga minyak yang sebegitu besar itu kepada rakyat antaranya ialah

1. pengecilan operasi sesebuah syarikat dengan pemberhentian pekerja,

2. pemberhentian pekerja tempatan diganti dengan pekerja Bangla, Indon, China, Vietnam, Myanmar, Filipina dan sebagainya lagi.

3. Pengeluar terpaksa melaksana dan menghadkan tempoh beroperasi bagi menyerap kos-kos yang meningkat serentak kenaikan harga minyak.

4. Harga beras, gula, tepung gandum, ayam, daging lembu dan berbagai lagi barang kawalan meningkat mendadak tanpa ada pemantauan yang cukup tegas sekadar melihat dari kejauhan sahaja.

5. Caj bagi setiap perkhidmatan yang ditawarkan meningkat 20-30 peratus dan ada yang meningkat lebih dari 50 peratus dan lebih lagi.

6. Meningkatnya dengan kadar yang cepat kadar inflasi dalam negara dari 4 peratus kepada 8 peratus. Satu beza angka yang sangat menjejas ekonomi dan melembabkan ekonomi Negara.

7. Rakyat peringkat bawahan dan sederhana sanggup bertukar kepada kenderaan motorsikal dari kereta kerana ingin memotong perbelanjaan bahanapi yang melampau menaik.

8. Kenaikan barangan makanan terutamanya ikan sebagai sumber protein rakyat Malaysia menjejaskan kesihatan, sumber makan yang baik dan berzat untuk keluarga. Malah, ada yang hanya makan telur 2-3 kali dalam seminggu.

9. Kadar permintaan bagi penawaran terhadap perkhidmatan dan ekonomi Negara bergerak dalam kadar yang rendah dan lembab kerana rakyat tidak lagi mampu berbelanja dengan kerap.

10. Bagi sesiapa yang menjadikan teksi sebagai alat pengangkutan alternatif sukar menerima hakikat kadar tambang yang akan dinaikkan dan dinaikkan lagi baru-baru ini.

Adakah TS Shahrir tahu rakyat sekarang berkira-kira menanam ubi dalam jumlah yang banyak bagi menggantikan beras yang mahal. Mahal kerana kerajaan sendiri tidak ada usaha menurunkan harga dan memantau secara serius apa yang dimainkan oleh pengeluar dan orang tengah.

Kerajaan DS Abdullh dan Menterinya TS Shahrir serta UMNO-BN yang hanya diam-diam, lambat dalam mengambil langkah proaktif membendung kenaikan barangan makanan setiap tahun atau setiap kali musim perayaan. Ini menyebabkan para pengeluar memanipulasi harga dan mengeksploitasikan keadaan semasa. Ini belum diambil kira dari segi kenaikan minyak yang pada kira-kira ekonominya kenaikan adalah perlu seiring dengan kenaikan harga minyak sebagai bahanapi pengangkutan.

Tidak cukup Menteri TS Shahrir sahaja malahan DS Abdullah Badawi pun sama merayu dan meminta sahaja diturunkan harga barangan / perkhidmatan. Tapi itulah Shahrir, Pak Lah dan UMNO mencerminkan ketegasan kerajaan dalam mengawal harga terutamanya barangan terkawal boleh diperkotak-katikkan atau dimain-mainkan sahaja.

Satu perkara lain, apa yang Pak Lah fikir apabila kata 4 kali penurunan harga minyak patut harga barangan diturunkan? Moralnya, Kementerian KPDN HEP dibawah TS Shahrir tak buat kerja maksudnya kan?

p/s : Takziah buat DS Razali Ismail. Al-Fatihah