CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

02 Januari 2009

Krisis kewangan sub-prima

Di sebalik ambang tahun baru, kita menyambutnya bersama krisis kewangan dunia yang kian mencengkam. Ada satu istilah yang sering disebut, 'KRISIS SUB-PRIMA'. Krisis sub prima berlaku apabila bank tidak lagi menggunakan sistem konvensional (riba jahiliyyah) yang biasa mereka gunakan selama ini. Kita panggilnya sebagai sistem konvensional tradisional.

Dalam sistem konvensional yang tradisional, apabila anda meminjam untuk membeli sebiji rumah, rumah itu adalah cagarannya. Bila anda gagal membayar ansuran rumah tersebut, bank akan tarik rumah anda dan rumah anda akan dilelong.

Masalah dalam sistem konvensional tradisional ini adalah, bank mempunyai had tertentu untuk memberikan pinjaman kerana pinjaman yang mereka boleh beri adalah bergantung kepada jumlah deposit yang mereka dapat.

Biasalah, orang bisnes selalu nak untung lebih. Dah untung 1 bilion mahu untung 10 bilion.

Jadi, institusi kewangan sebegini mencari jalan untuk mendapatkan sumber kewangan yang lebih untuk membolehkan mereka memberikan lebih banyak hutang dan seterusnya membuat lebih untung dengan riba’.

Akhirnya mereka berpakat sesama mereka untuk membentuk satu dana besar dimana mereka menjual cagaran-cagaran tersebut dalam pasaran hutang atau bond market.

Mortgage bond market ini setelah dipakejkan oleh bank-bank pelaburan (investment bank), pula dibeli oleh pelabur-pelabur seperti bank lain, syarikat insurans, pengurus dana pencen, saham amanah dan sebagainya.

Pelabur-pelabur ini yakin dengan bond-bond yang mereka beli kerana dalam pasaran bond ada rating agency yang memberikan gred-gred tertentu kepada bond-bond ini. Jadi, mereka ada keyakinan yang bond yang mereka beli itu nanti akan memberikan pulangan apabila tempohnya matang nanti.

Apabila bank mula mendapat wang tambahan dari dana baru ini untuk dipinjamkan, maka mereka juga mula memberikan hutang kepada individu-individu yang tidak layak untuk meminjam dalam keadaan biasa. Maka ia dipanggil pinjaman sub prima. Selain sub prima perumahan, ada juga sub prima kad kredit.

Di Amerika, dianggarkan 25% daripada penduduknya tidak layak meminjam dengan sistem konvensional tradisional.

Jumlah pinjaman sub prima ini pula pada Mac 2007 dianggarkan bernilai USD 1.3 trilion (RM 4.4 trilion)

Apabila institusi kewangan di Amerika mengamalkan pinjaman sebegini, dengan faktor kejatuhan pasaran hartanah di Amerika, akhirnya para peminjam ini mula gagal membayar hutang mereka.

Apabila peminjam-peminjam ini mula gagal membayar hutang, maka pelabur yang membeli bond-bond sub prima ini mula kerugian kerana keuntungan yang mereka jangka akan diperolehi tidak ada.

Apabila para pelabur kerugian, maka pasaran bond sub prima di Amerika pun mula bermasalah. Apabila bermasalah, bank mula tidak mendapat sumber baru untuk memberikan lebih banyak hutang. Apabila hutang baru tidak boleh diberikan, maka pembeli rumah tidak dapat menjual rumah mereka kerana pembeli baru tidak boleh berhutang dan seterusnya.

Para pelabur pasaran bond ini habis duit, untung yang dijanjikan kepada pelanggan (macam di Malaysia ni yang bayangkan KWSP, ASB, saham amanah, insurans dan sebagainya semua rugi) tiada.

Bank dan institusi kewangan habis duit, sebab orang yang gagal bayar hutang (defaulter) jauh lebih ramai dari yang berjaya bayar hutang habis. (Sedangkan dalam keadaan biasa, mereka perlu kawal jumlah defaulter biar tak terlalu ramai)


Spekulator / flipper dalam pasaran hartanah Amerika habis duit, sebab dah terbeli rumah pada harga tinggi, nilai rumah yang sebenar adalah rendah, dan rumah tersebut tidak dapat dijual dengan pelbagai sebab antaranya pembeli baru tidak dapat buat hutang dari bank. (Sebab tu adalah lebih baik melabur dalam pasaran hartanah kerana cashflow, dan bukan untuk jual balik dengan harga lebih tinggi semata-mata)

Itu belum campur dengan kerugian para pelabur yang melabur dalam syarikat-syarikat yang terjejas secara langsung dengan krisis krediti ini. Bayangkan kerugian para pelabur Lehman Brothers yang muflis dalam krisis ini.

Maka akhirnya ia membentuk satu chain reaction.

Dan chain reactionnya adalah sangat besar.

Inilah yang dinamakan krisis sub prima. Harapnya saya telah memudahkan anda untuk faham krisis ini tanpa terlalu banyak menggunakan istilah kewangan yang susah nak faham.

Moga anda yang membaca blog www.Pakdi.my ini akan lebih faham apakah krisis yang sedang berlaku hari ini.

01 Januari 2009

boikot ISRAEL!!!

Assalamu'alaikum & salam sejahtera..Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Di sebalik 200 orang Palestin terbunuh akibat serangan terbaru Israel, jua ratusan mayat anak-anak dan orang awam berkelimpangan dijalan-jalan di kawasan terkepung Gaza, jajahan zionis laknatullah...!

Masihkah anda mampu menjamah hanyirnya darah-darah ayam goreng dan meredhai wang anda membiayai pembunuhan tersebut..? ?

CELAKALAH ANDA !!
Jika anda melakukan dengan sedar dan tidak merasai apa-apa...

Jika lantaran kejahilanmu meratah garingnya kulit hanyir hasil usahawan laknatullah itu, biarlah hari ini menjadi kali terakhir sumbangan anda sampai kepada pembunuh kanak-kanak itu...

Jika anda masih jahil dan terus bergelumang dengan musuh Allah dan kemanusiaan itu, ketahuilah Allah lansung tidak hajatkan duit dan keujudan anda, sehinggalah anda meratapi dan bertaubat....

Jauhilah semua perniagaan dan produk-produk zionis laknatullah..

Seboleh mungkin elakkan bekerjasama dengan penyambung nasafnya, amerika yang dicucuk hidung !!

Gagal amerika, gagallah zionis..!!!

Senarai barangan zionis
http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html

Tunjuk perasaan anti Israel diadakan di banyak negara seperti Indonesia, Venezuela, Turki dan sebagainya. Di Malayisa? mana boleh buat demontrasi jalanan nanti digelar berukrasi oleh Musa Hassan pulak. Jadi cukuplah kita boikot produk Israel dan mana-mana produk yang menyokong Israel!