Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia .
Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini. 
Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya...
Apa kejadah ni? Dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???
Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg tersohor bubuh melamine dalam susu!! 
Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS " Green Bean Soy Drink ", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.
30 April 2009
GREEN BEAN SOY DRINK ada MELAMINE!
29 April 2009
Perkauman?
Oleh jaihanmansyi (www.detikdaily.net)
Di sebalik isu hangat hari ini, apa benar ia berkenaan perkauman??? Yang nyata, kebenaran dan hakikatnya, isu perkauman bukanlah satu permasalahan yang kritikal di Malaysia.
Saya masih ingat sewaktu dibangku sekolah rendah, saya berkawan dengan ramai kawan berbangsa Cina dan India. Sepanjang berkawan kalau ada pertengkaran, tidak pernah sekalipun melibatkan hal-hal perkauman. Tidak pernah dihina keturunan mereka.
Akhirnya saya mendapati bahawa bukan soal warna kulit yang menjadi pertelingkahan tetapi masalah agama. Sudah tentu di Malaysia ini begitu banyak agama.
Kerana agama melibatkan akidah (faith) yang menentukan kepercayaan seseorang. Kerana pada saya sejarah agama-agama ini lebih panjang dari sejarah perkauman. Oleh iu saya rasa tidak timbul soal perkauman. Ianya adalah masalah mempertahankan kepercayaan masing-masing. Mungkin kerana merasa terancam atau hak-hak mereka dirampas.
Sepanjang hampir 100 tahun ini, nenek2 dan atuk2 kita boleh sahaja hidup tanpa persengketaan. Saya berasal dari Terengganu dan sepanjang saya membesar saya memerhatikan bagaimana kaum Cina disana sangat menghormati masyarakat Islam. Begitu juga sebaliknya.
Oleh itu, kuncinya ialah hormat dan tidak melekehkan agama lain. Kerana sekiranya kita katakana masalah perkauman, adakah kita akan menolak kaum Cina dan India dan lain-lain kaum yang beragama Islam.
Akhirnya jari-jemari kita (umat Islam dan kaum Melayu) menunjuk kembali kepada kita. Sepanjang kaum Cina dan India berada di negara ini berapa banyakkah usaha dakwah kita buat untuk menarik mereka kepada Islam? Sebaliknya kita menunjukkan sikap dan contoh tidak baik kepada mereka sehingga mereka menjauhi Islam.
Sudah sampai masanya kita memulakan satu revolusi dakwah secara besar-besaran di negara kita. Alangkah bahagianya sekiranya Masyarakat Cina Islam ramai dinegara kita, pasti ekonomi maju berlandaskan Islam. Begitu juga masyarakat India Islam yang rajin. Pasti bertambah makmur. Begitu juga kaum-kaum lain. Tetapi jangan kita menghina agama selain Islam kerana Rasulullah tidak pernah berbuat demikian dan mengajar kita berbuat demikian.
Islam tidak pernah mengenal kaum dan warna kulit. Percayalah tanah besar China jauh lebih dahulu menerima Islam dari kita. Begitu juga dengan India. Apalah yang kita nak banggakan sangat dengan kita beragama Islam sekiranya hanya sekadar beragama tapi tiada penghayatan. Jadi saya percaya sekiranya kena method dakwah yang digunakan pasti masyarakat Cina dan India bahkan kaum lain pun akan menerima Islam kerana nenek moyang mereka telah mebuktikannya di Negara China dan Negara India beratus tahun dahulu…"