Oleh : Lee Ban Chen
Jun 5, 09 9:46pm
www.malaysiakini.com
Dua puluh tahun dahulu, perjanjian damai Haadyai ditandatangani oleh kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaya (PKM), maka perang saudara ditamatkan, dan bermulalah suatu proses persefahaman yang menguntungkan perpaduan nasional dan pembangunan negara.
Antara lain, sumbangan PKM dalam perjuangan kemerdekaan akhirnya diakui kerajaan. Datuk Rahim Noor, bekas ketua polis negara dan ketua rombongan perunding masa itu mengumumkan bahawa sumbangan PKM dalam perjuangan kemerdekaan tidak dinafikan atau diperkitaikan oleh kerajaan.
Di samping itu, menurut Darshan Singh Khaira - peguam Chin Peng, Fasal 3.1 perjanjian damai itu menyatakan anggota PKM yang telah meletakkan senjata dan ingin kembali ke kampung halaman mereka di Malaysia dibenarkan berbuat demikian secara bebas.
Dengan kata lain, jika perjanjian damai diterima bulat oleh kerajaan, Chin Peng sewajarnya dibenarkan kembali ke Malaysia bersama-sama kawan-kawan seperjuangannya 20 tahun dahulu!
Oleh kerana permohonan Chin Peng untuk kembali ditolak oleh kerajaan, beliau terpaksa mengambil tindakan undang-undang melalui mahkamah. Mahkamah di semua peringkat hingga Mahkamah Persekutuan sama-sama tegas agar Chin Peng kemukakan surat kelahiran dan kewarganegaraannya untuk membuktikan beliau diperanakkan di sini.
Permintaan ini mustahil untuk Chin Peng, kerana dokumen-dokumen tersebut sudah hilang dalam huru-hara peperangan. Hakikat Chin Peng dilahirkan di Setiawan, Perak diketahui umum di dalam dan luar negeri, dan sanak-saudaranya dengan senang saja dapat menjadi saksi untuk memberi keterangan di mahkamah.
Rasanya permintaan mahkamah hanya merupakan alasan untuk menafikan hak Chin Peng untuk menetap di Malaysia berasaskan prinsip jus soli.
Pada 21 Mei, pengerusi Citizens International, SM Mohamed Idris merayu kepada kerajaan supaya membenarkan Chin Peng pulang atas alasan-alasan berikut:
• Melalui perjuangannya menentang imperialisme, penjajahan dan penindasan, beliau telah membawa kehormatan dan maruah kepada negara dan rakyat kita;
• Telah menjadi fakta sejarah yang sahih bahawa perjuangan yang dibawa oleh gerakan pembebasan pimpinan Chin Peng, Rashid Mydin, Abdullah CD, Shamsiah Fakeh dan lain-lain telah menyumbang ke arah kemerdekaan Malaya;
• Sumbangan gerakan ini diiktiraf sendiri oleh mantan perdana menteri Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman dan Tun Abdul Ghafar Baba, seorang lagi mantan timbalan perdana menteri;
• Perjanjian PKM dengan kerajaan Malaysia pada 1989 membenarkan bekas pemimpin gerakan gerila itu pulang ke tanahair dan menetap, kerajaan digesa menghormati butiran perjanjian tersebut.
• Beberapa bekas pemimpin kanan PKM seperti Abdullah C.D., Shamsiah Fakeh dan Musa Ahmad telah dibenarkan oleh kerajaan untuk kembali, malah menetap di Malaysia.
Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Dr Teng Hock Nan menyokong saranan Citizens International dan turut menggesa agar kerajaan mengkaji semula keputusan menolak permohonan Chin Peng berasaskan semangat kemanusiaan, demi mengenang jasanya dalam proses memperjuangkan kemerdekaan Malaya.
Rayuan mereka berasaskan kerasionalan dan keadilan, dan sesuai dengan butiran dan semangat perjanjian Haadyai 1989.
Malangnya Dr Teng telah dijadikan kambing hitam oleh beberapa golongan berkepentingan politik yang cuba mengapi-apikan sentimen anti-komunis dan kebencian kaum, mereka cuba menyimpang tumpuan orang ramai terhadap kebuntuan politik mereka.
Seperti biasa, Utusan Malaysia tampil untuk mengorkestrakan gelombang anti-komunis, dan dalam beberapa hari saja, kita kembali dalam suasana seolah-olah ketakutan menjelang Operasi Lalang apabila sesiapa sahaja boleh dicap komunis atau pelampau dan ditahan bawah undang-undang ISA.
Menteri Penerangan, Komunikasi, Seni dan Kebudayaan, Rais Yatim mengancam akan mengambil tindakan terhadap blog-blog yang dianggap menyebarkan “ideologi komunis”, dan mahu sentimen yang menganggap komunisme mempunyai nilai-nilai nostalgia dan positif dilupuskan sama sekali dalam pemikiran seluruh rakyat Malaysia.
Rais seolah-olah masih terbelenggu dalam mind-set anti-komunis zaman perang dingin. Kepada beliau, PKM masih dianggap sebagai musuh sungguhpun perjanjian damai telah ditandatangani selama 20 tahun!
Dalam sebuah negara demokrasi, siapakah berhak untuk menegah orang lain daripada mengenang dan menyanjung pengorbanan dan perjuangan masa silam mereka yang membanggakan, atau bertafakur dan mengambil iktibar daripada pengalaman-pengalaman dan kejadian-kejadian lepas?
Tidak kira kamu seorang konservatif, beragama, liberal, radikal atau berlatarbelakangkan sebarang fahaman politik atau ideologi lain, kamu mempunyai hak-hak kemanusiaan terhadap kebebasan-kebebasan bersuara, pemikiran, kepercayaan dan keyakinan.
Dengan kata lain, bekas ahli-ahli PKM, termasuk Mat Amin, dan mereka yang masih percaya ada nilai-nilai positif dalam komunisme/Marxisme, atau apa-apa isme sekalipun, mereka juga berhak mempunyai blognya sendiri (seperti ruang siber menempatkan beribu-ribu blog seperti ini).
Mereka harus dibenarkan berblog, jika mereka hanya menggunakan komputer dan patuh kepada undang-undang siber negara kita, bukan melancarkan perjuangan bersenjata terhadap negara.
Kutukan Rais terhadap komunisme secara tuntas menjelang kunjungan rasmi Perdana Menteri Najib Razak ke negara komunis China adalah tidak wajar dan melanggar kesusilaan diplomatik, terutamanya apabila hubungan setiakawan dan ekonomi kedua-dua negara sedang meningkat ke tahap kerjasama strategik.
Menteri Pertahanan Dr Ahmad Zahid Hamidi juga tiba-tiba terhidu semacam ada usaha yang berbau komunis cuba hidupkan di negara kita. Saya tidak pasti gerangan apa yang dimaksudkan Zahid sebagai “ideologi dan nilai-nilai komunisme” yang amat abstrak itu.
Kini, kita hidup dalam dunia di mana semua ideologi dan nilai sedang mengalami perubahan yang pesat. Tanpa diberi definisi yang tepat, tuduhan beliau itu boleh ditafsirkan dengan sesuka hati untuk tujuan memomokkan orang ramai.
Bagaimanapun, jika sengaja dikaitkan pihak-pihak seperti Gerakan, DAP, PAS, PSM dan seterusnya – yang pernah mengakuri sumbangan PKM dalam memperjuangkan kemerdekaan negara kita – sebagai ingin menghidupkan semula komunisme di negara kita, maka mungkin Rais dan Zahid sendiri juga tidak percaya!
Zahid tidak setuju Chin Peng dibenarkan kembali ke Malaysia, beliau berpendapat jika Chin Peng kembali, ia merupakan penghinaan terhadap keluarga hampir 50,000 anggota pasukan bersenjata penjajah British dan kerajaan Malaysia yang maut semasa era darurat di Malaya.
Bercakap bagi pihak British, bukan bagi pihak PKM yang memperjuangan kebebasan nasional, membuktikan Zahid mengabdikan diri kepada kepentingan penjajah.
Perlu juga Zahid menerangkan kenapa bilangan kematian pasukan bersenjata British dan kerajaan Malaysia diperbesar-besarkan sehingga 50,000, sedangkan ahli sejarah pernah menganggarkan jumlah itu kurang daripada 2,000 bagi anggota pasukan bersenjata British dan kerajaan yang gugur dalam perang, dan kematian pasukan PKM pula mencecah 7,000.
Dua perkara penting berikut perlu dijelaskan. Pertama, dalam mana-mana perang sekalipun, tentu ada kematian dan kesengsaraan bagi kedua-dua pihak yang terlibat, cerita satu pihak saja tentu tidak adil kepada pihak yang satu lagi.
Padahal, dalam perang berjangka panjang seperti dalam perang anti-Jepun, perang pembebasan anti-British dan perang saudara selepas British meninggalkan negeri kita, jumlah kematian pihak PKM sebenarnya lebih beberapa kali ganda berbanding dengan jumlah kematian pihak British dan kerajaan Malaysia.
Di samping itu, beribu-ribu ahli dan penyokong PKM telah digantung mati, dipenjarakan, diseksa dan dibuang negeri. Rumah-rumah penduduk desa dimusnahkan, dan mereka dipaksa untuk pindah ke khemah-khemah tahanan (kampung-kampung baru) di merata negeri.
Kenapa kesemua pengorbanan dan kesengsaraan ahli-ahli dan penyokong-penyokong PKM dan penduduk-penduduk desa tidak disebut langsung oleh media-media arus perdana dan menteri-menteri berkaitan?
Yang kedua, kita perlu membezakan antara perang adil dengan perang tidak adil. Jelas sekali, perang anti-Jepun dan perang anti-British yang dilancarkan PKM adalah perang adil untuk mempertahankan negara dan rakyat.
Oleh itu, mereka adalah patriot tulen, jasa-jasa mereka yang membanggakan ini patut dicatat dalam buku sejarah di peringkat persekolahan kita. Mereka yang berperang sebagai proksi British tidak berhak untuk menuntut simpati daripada rakyat.
Mungkin kamu akan bertanya: kenapa PKM masih berperang selepas British meninggalkan Malaysia? Mereka sebenarnya terpaksa meneruskan perang kerana inisiatif mereka untuk mencapai perjanjian damai di Rundingan Baling pada 1955 telah digagalkan oleh penjajah British dengan meletakkan prasyarat PKM mesti menyerah diri.
Jawaban Chin Peng ialah: “Jika kamu menuntut kami serah diri, kami rela melawan hingga orang terakhir!” PKM padahal tidak meminta lebih daripada apa yang pernah Tunku Abdul Rahman tawarkan.
Saya petik daripada memoir Chin Peng yang telah diterbitkan:
“Memandang lurus merentangi dua meja, saya katakan, dulu Tunku pernah sebut jika perjuangan bersenjata kami dihentikan, parti kami akan diberi kedudukan setaraf agar kami dapat memperjuangkan kemerdekaan melalui cara perlembagaan. Namun syarat-syarat pengampunan sekarang tidak mengandungi perkara tersebut.” (alias Chin Peng, My Side of History, halaman 379)
Jadi, siapa yang harus disalahkan, Chin Peng atau Tunku?
06 Jun 2009
Membela PKM dan Chin Peng
29 April 2009
Perkauman?
Oleh jaihanmansyi (www.detikdaily.net)
Di sebalik isu hangat hari ini, apa benar ia berkenaan perkauman??? Yang nyata, kebenaran dan hakikatnya, isu perkauman bukanlah satu permasalahan yang kritikal di Malaysia.
Saya masih ingat sewaktu dibangku sekolah rendah, saya berkawan dengan ramai kawan berbangsa Cina dan India. Sepanjang berkawan kalau ada pertengkaran, tidak pernah sekalipun melibatkan hal-hal perkauman. Tidak pernah dihina keturunan mereka.
Akhirnya saya mendapati bahawa bukan soal warna kulit yang menjadi pertelingkahan tetapi masalah agama. Sudah tentu di Malaysia ini begitu banyak agama.
Kerana agama melibatkan akidah (faith) yang menentukan kepercayaan seseorang. Kerana pada saya sejarah agama-agama ini lebih panjang dari sejarah perkauman. Oleh iu saya rasa tidak timbul soal perkauman. Ianya adalah masalah mempertahankan kepercayaan masing-masing. Mungkin kerana merasa terancam atau hak-hak mereka dirampas.
Sepanjang hampir 100 tahun ini, nenek2 dan atuk2 kita boleh sahaja hidup tanpa persengketaan. Saya berasal dari Terengganu dan sepanjang saya membesar saya memerhatikan bagaimana kaum Cina disana sangat menghormati masyarakat Islam. Begitu juga sebaliknya.
Oleh itu, kuncinya ialah hormat dan tidak melekehkan agama lain. Kerana sekiranya kita katakana masalah perkauman, adakah kita akan menolak kaum Cina dan India dan lain-lain kaum yang beragama Islam.
Akhirnya jari-jemari kita (umat Islam dan kaum Melayu) menunjuk kembali kepada kita. Sepanjang kaum Cina dan India berada di negara ini berapa banyakkah usaha dakwah kita buat untuk menarik mereka kepada Islam? Sebaliknya kita menunjukkan sikap dan contoh tidak baik kepada mereka sehingga mereka menjauhi Islam.
Sudah sampai masanya kita memulakan satu revolusi dakwah secara besar-besaran di negara kita. Alangkah bahagianya sekiranya Masyarakat Cina Islam ramai dinegara kita, pasti ekonomi maju berlandaskan Islam. Begitu juga masyarakat India Islam yang rajin. Pasti bertambah makmur. Begitu juga kaum-kaum lain. Tetapi jangan kita menghina agama selain Islam kerana Rasulullah tidak pernah berbuat demikian dan mengajar kita berbuat demikian.
Islam tidak pernah mengenal kaum dan warna kulit. Percayalah tanah besar China jauh lebih dahulu menerima Islam dari kita. Begitu juga dengan India. Apalah yang kita nak banggakan sangat dengan kita beragama Islam sekiranya hanya sekadar beragama tapi tiada penghayatan. Jadi saya percaya sekiranya kena method dakwah yang digunakan pasti masyarakat Cina dan India bahkan kaum lain pun akan menerima Islam kerana nenek moyang mereka telah mebuktikannya di Negara China dan Negara India beratus tahun dahulu…"
Kisah PAS dalam Perikatan
Allahyarham Tun Razak Hussein mengajak Dato' Asri Muda supaya ditubuhkan kerajaan campuran pada awal 1970-an, ia dilakukan dalam kedudukan setaraf. Apa yang hendak ditubuhkan bukannya kerajaan campuran Umno-PAS tetapi Perikatan-PAS. Kedudukan PAS ketika itu bukanlah menerima kepimpinan Umno tetapi duduk bersama dan setaraf dengan Perikatan yang terdiri daripada Umno, MCA dan MIC. Ketika itu, Perikatan Sarawak dan Sabah adalah dalam hubungan yang berbeza.
Setelah berlaku Peristiwa 13 Mei, tentunya suasana telah berubah yang menuntut supaya parti-parti politik kurangkan politiking dan sebaliknya menumpukan kepada pembangunan. Juga dengan mengambil kira kepentingan orang Melayu, PAS yang banyak berkempen atas isu-isu Melayu dalam pilihan raya umum tahun 1969 menerima pelawaan Tun Razak.
Dengan penubuhan kerajaan campuran, ia bermakna kerajaan negeri persekutuan, Kelantan, Terengganu dan Kedah menjadi kerajaan campuran Perikatan-PAS. Asri Muda menjadi menteri, Mustafa Ali menjadi timbalan menteri, sementara Adun Perikatan menjadi ahli Exco di Kelantan, begitulah jadinya.
Namun begitu, apabila persetujuan telah disampaikan, pengumuman untuknya ditangguhkan. Ini kerana jika diumumkan bahawa berlaku kerjasama Perikatan-PAS, maka akan timbul syak wasangka di kalangan orang bukan Melayu kalau-kalau ia merupakan penubuhan kerajaan Melayu bersatu, maka ia menjadi kerajaan Umno-PAS dengan meminggirkan parti-parti MCA dan MIC.
Justeru, rundingan dibuat dengan Gerakan di mana parti itu bersetuju menubuhkan kerajaan campuran Perikatan-Gerakan di Pulau Pinang. Setelah dipersetujui, pengumuman kerajaan campuran di Pulau Pinang didahulukan daripada Perikatan-PAS. Maka tidaklah timbul perasaan bahawa kerajaan Melayu bersatu akan ditubuhkan.
Cara berpolitik Tun Razak ketika itu ialah untuk mempelawa semua parti politik masuk ke dalam kerajaan. Maka turut diundang ialah DAP dan Parti Sosialis Rakyat Malaya (PSRM). DAP menolak, mungkin antara lain kerana kejayaan dalam pilihan raya 1969 menunjukkan bahawa ia mempunyai potensi untuk menjadi pembangkang lebih kuat.
Kalau pada tahun 1964, cawangan PAP yang merupakan asal usul DAP gagal dalam pilihan raya, tetapi dalam pilihan raya umum tahun 1969, ia berjaya. Apa yang jelas ia sedang mengambil alih pengaruh yang ditinggalkan oleh Parti Buruh yang dibubarkan kerana tidak menghantar laporan tahunan kepada Pendaftar Pertubuhan.
Penolakan terhadap pelawaan Tun Razak itu mungkin merupakan sesuatu yang pelik. Ini kerana dalam tahun 1964, penyertaan PAP dalam pilihan raya umum adalah untuk menentang MCA, dan bukannya Umno. Ia berazam untuk menggantikan MCA dalam Perikatan. Apa yang berlaku ialah DAP menggantikan vakum yang ditinggalkan oleh Parti Buruh.
Undi milik Parti Buruh sudah berpecah tiga. Sebahagiannya pergi ke DAP, sebahagiannya ke Gerakan, dan sebahagiannya pergi ke PSRM yang gagal memberikan sebarang bekas. Selepas tahun 1964, PSRM dan Parti Buruh berpecah akibat isu bahasa, dan ia meruntuhkan pakatan mereka dalam Front Sosialis. Gerakan pula mewarisi Parti Demokratsi Bersatu (UDP) yang ditubuhkan oleh mereka yang keluar daripada MCA.
PSRM enggan menyertai kerajaan campuran dengan Perikatan kerana percaya adalah baik bagi negara, khususnya orang Melayu jika ia kekal sebagai pembangkang. Dengan penyertaan PAS ke dalam kerajaan campuran Perikatan, maka orang Melayu perlukan parti pembangkang dan ini ditawarkan oleh PSRM.
Sememangnya aliran pemikiran Tun Razak ketika itu ialah penubuhan kerajaan satu parti, suatu pemikiran sosialis dunia ketiga pada zaman itu, untuk mendapatkan kestabilan politik. Malah kepercayaan ini turut digalakkan dalam akhbar-akhbar arus perdana ketika itu. Pada mula ia ditubuhkan, Barisan Nasional mempunyai komponen yang setaraf.
Bagaimanapun lambat laun, Umno mula mahu menunjukkan taring dan menjadi dominan. Perangai Umno ini tidak perlu dihairankan. Barisan Nasional telah berubah menjadi konsep barisan bersatu yang diamalkan oleh banyak parti komunis dunia. Pada mulanya mereka mengajak parti-parti lain supaya bergabung menentang musuh bersama. Tetapi setelah berjaya, yang dominan adalah parti komunis sementara yang lain hanyalah tinggal simbolik. Gejala ini berlaku di Rusia, China, Korea dan Vietnam.
Usaha Umno menjadi dominan bermula apabila ia terlibat meminggirkan Parti Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) untuk digantikan dengan Parti Berjaya. Perkara yang sama juga berlaku di Kelantan. Umno campur tangan dalam hal dalaman PAS. Akhirnya PAS dipinggirkan dan digantikan dengan Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (Berjasa).
Lihatlah, nama Berjasa adalah hampir sama dengan Berjaya. Setelah memecat PAS dan digantikan dengan Berjasa, maka rakyat tersedar bahawa Kelantan sudah dikuasai oleh Umno. Siapakah Ketua Pemuda Berjasa ketika itu? Ia adalah Ibrahim Ali.
Sistem dua parti
Jadi katakan anak Tun Razak, Najib mahu melakukan kaedah yang serupa. Cuma bezanya pada zaman ini pemikiran satu parti sudah tidak popular. Dunia komunis dan satu parti sudah tumbang. Banyak negara beralih ke aliran sistem dua parti. Maka dalam konteks Malaysia, sistem yang patut dituruti ialah Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat sebagai dua parti utama dalam sistem ini.
Tetapi katakan Najib mempelawa PAS menyaertai Barisan Nasional. Ia bermakna PAS akan duduk di bawah Umno. Tentu PAS tidak mahu. Tetapi katakan dicadangkan supaya diadakan kerajaan campuran Barisan Nasional-PAS. Adakah PAS bersedia? Kalau dahulu, PAS hanya memerintah sendiri di Kelantan, maka mudahlah ia berkira-kira.
Tetapi kini kemenangan PAS di banyak kawasan pilihan raya, khususnya kerajaan negeri Kedah adalah bergantung kepada penyokong parti komponen Pakatan Rakyat lainnya, bukan saja KeADILan, malah DAP. Jika PAS menerima pelawaan Barisan Nasional, maka Pakatan Rakyat akan tumbang, baik di Kedah mahupun di Selangor.
Bukan itu saja, PAS akan berpecah dengan sebahagiannya tidak mahu menyertai kerajaan campuran Barisan Nasional. Dengan perpecahannya, PAS jadi lemah. Pada tahun 1974 apabila PAS menyertai Barisan Nasional, sebahagian ahlinya turut keluar parti, yang lain pula menubuhkan parti baru bernama Kesatuan Insaf Tanah Air (KITA).
Di pihak Gerakan pula, penyertaannya ke dalam Barisan Nasional, menyebabkan sebahagian ahlinya keluar parti. Mereka menubuhkan Parti Keadilan Masyarakat (Pekemas). Tetapi dalam pilihan raya tahun 1974, Barisan Nasional menang besar.
KITA, Pekemas, PSRM dan DAP kecundang.
Namun begitu kemenangan Barisan Nasional itu menyemai bibit-bibit kelemahan kepada parti komponennya khususnya PAS, Gerakan dan Parti Progresif rakyat (PPP). Ketiga-tiga parti ini tidak boleh berdiri sendiri setelah memasuki Barisan Nasional. Itulah yang berlaku dalam pilihan raya umum tahun 1978, 1082 dan 1986 apabila PAS berterusan kalah.
Andai kata Najib hendak mengajak PAS, beliau mungkin mengikut jejak bapanya dengan turut mempelawa parti-parti lain iaitu KeADILan dan juga DAP. DAP mungkin tidak ikut serta tetapi KeADILan mungkin berpecah. Maka katakan PAS dan KeADILan terima pelawaan Barisan Nasional, maka Pakatan Rakyat akan lemah. Ia tetap ada dengan serpihan PAS dan KeADILan yang enggan ikut serta.
Maka Umno akan dapat teruskan pentadbiran seperti biasa dengan sedikit transformasi. Pada waktu lain apabila kekuatan sudah dipulihkan, maka PAS dan KeADILan yang dalam Barisan Nasional akan disingkirkan. Tetapi pada masa akan datang zaman sudah berubah. Rakyat tidak akan terikat ada mana-mana parti politik. Apa yang dituntut ialah penyelesaian isu-isu yang tertunggak saban pilihan raya.
14 Mac 2009
Di Sebalik Kisah Pelupusan & Rebat Kereta Lama
Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR
irwan@majalahkereta.com.my
Jepun telah membuktikan polisi mengehad usia kenderaan dapat menyuntik sektor automotifnya. Adakah kita bersedia mengikut polisi yang sama?
DASAR automotif nasional telah menyaksikan harga kereta terpakai jatuh mendadak dan kesannya terpaksa ditanggung rakyat.
ISU mengenai rebat kenderaan berusia 15 tahun kembali kedengaran. Kali ini, ia diharap dapat menyuntik keadaan pasaran automotif yang lembap ekoran kegawatan ekonomi dunia yang melanda.
Dianggarkan lebih 1.5 juta kenderaan yang masih bergerak di jalan raya hari ini berusia lebih daripada 15 tahun. Jika jumlah itu diterjemahkan kepada peratusan kecil kenderaan yang diganti dengan kereta-kereta baru, secara langsung ia dapat mengukuhkan pasaran automotif yang diketahui menerima impak secara langsung akibat kesan ekonomi global tersebut.
Sebelum membuat sebarang perbandingan, kajian mahupun pelaksanaan, kita harus melihat dari sudut mekanisme dan praktiknya terlebih dahulu.
Adakah ia boleh dilaksanakan di Malaysia? Boleh, jika konsep asas dan skala model yang dicontohi dilaksanakan sepenuhnya. Ia akan gagal jika pelaksanaan tidak mengambil kira industri yang berkaitan dengan automotif itu sendiri.
Kita perlu melihat negara terawal yang melaksanakan polisi ini iaitu Jepun. Industri automotifnya adalah yang terbesar di dunia.
Ia bermula sebagai skala kecil domestik, dan sehingga hari ini kereta-kereta itu berjaya diedarkan di tiga per empat pasaran seluruh dunia.
Prinsip asas terhadap pelupusan di Jepun bermula dengan idea untuk memantapkan pasaran pengeluar automotif.
Kita harus melihat asasnya dahulu. Jepun adalah negara yang melaksanakan pembaharuan industri yang berkait rapat dengan syarikat berkaitan kerajaan.
Mitsui dan Mitsubishi adalah antara konglomerat yang terhasil daripada didikan kepentingan perniagaan oleh pemerintah yang akhirnya berjaya berdiri sendiri dengan persaingan yang lebih terbuka.
Teori asas pelupusan kenderaan secara umumnya adalah sangat mudah. Sebagai contoh, kita mengambil Jepun sebagai model praktik. Di sana, kereta yang berusia lima tahun atau lebih akan dilupuskan untuk memastikan orang sentiasa membeli model baru.
Industri automotif Jepun juga unik kerana klasifikasi JDM (Japan Domestic Model) yang secara khusus menepati piawaian yang ditetapkan Kementerian Pengangkutan di negara itu.
Tiada isu cermin gelap, kerana ia memang dibenarkan (untuk cermin penumpang belakang), malah kereta-kereta JDM ini juga dipasangkan dengan penghad kelajuan yang dikawal kotak komputer kenderaan. Kelajuan 180 kilometer sejam (kmj) untuk kereta biasa, dan 140 kmj untuk kenderaan bersaiz K-Car (Kancil/Kenari/Kelisa).
Baik ia sebuah Lexus 430X atau Nissan GTR, sebaik kenderaan memecut melebihi 180 kmj, enjin akan mati secara automatik.
POLISI automotif di Jepun yang bijak dan praktikal membolehkan kenderaannya boleh dilupus selepas berusia lima tahun.
Banyak lagi ciri-ciri JDM tersebut, namun apa yang ingin kita lihat bagaimana pelaksanaan dasar pelupusan kenderaan Jepun amat berjaya.
Polisi itu dilaksana untuk membolehkan industri automotif mereka berdaya saing tanpa perlu pasaran luar. Jadi, pengeluar seperti Toyota, Honda, Mitsubishi, Subaru dan Mazda melambakkan pelbagai model di pasaran Jepun untuk dipilih pembelinya.
Bagi memastikan prinsip tempoh jangka hayat lima tahun tersebut praktikal (sebelum dilupuskan), ia dijual pada harga yang murah.
Malah, tiada negara di dunia ini menjual kereta semurah Jepun. Untuk memastikan kereta itu dibeli, kedudukan ekonomi individu dipertingkatkan terlebih dahulu.
Oleh yang demikian, kereta seperti Honda Civic yang berharga RM113,800 di sini, hanya berharga separuh daripada harga itu di Jepun.
Dengan pendapatan perkapita antara yang tertinggi di dunia dan nilai mata wang yang kukuh, kereta tersebut hampir mampu dibeli oleh sesiapa sahaja. Daripada graduan universiti sehinggalah kepada pekerja restoran makanan segera.
Secara langsung, kereta akan lebih cepat dilupus dan digantikan. Industri automotif bergerak lebih pantas dengan situasi sebegini dan permintaan terhadap kereta-kereta baru sentiasa bertambah.
Polisi pelupusan kenderaan itu juga telah membentuk industri hiliran iaitu peralatan ganti kereta terpakai yang cukup untuk menyuntik berbilion dolar lagi terhadap ekonomi Jepun.
Dalam konteks Malaysia, ia sukar dilaksanakan kerana dasar asas terhadap sektor automotif yang rapuh. Malah, bukan sahaja di Malaysia, negara lain seperti Thailand dan Indonesia juga sukar untuk melaksanakan polisi seperti itu.
Dari segi jangka pendeknya, kita dapat melihat peluang pembeli melupuskan kereta dan mendapat rebat RM5,000 untuk kereta baru.
Rebat sebegini bagaimanapun hanya menggalakkan pembeli berhutang. Dari satu sudut, ia membantu sektor automotif menghadapi cabaran kegawatan ekonomi. Namun di sudut yang lain, akan menyebabkan orang menanggung beban hutang bulanan.
Manusia akan melihat secara zahirnya sebagai peluang. Jika dahulu, mereka berpuas hati menggunakan sebuah Nissan Sunny tahun 1988 tetapi dengan adanya polisi seperti ini, ia dilihat sebagai satu peluang untuk membeli kereta baru, sedangkan dalam keadaan ekonomi semasa, ia mungkin satu bebanan bulanan yang besar kepada pembeli.
Sektor yang paling teruk akan terjejas tentu sahaja peniaga kereta terpakai. Mereka yang selama ini menukar beli (trade-in) kereta-kereta lama terpaksa menanggung kerugian akibat polisi rebat ini.
Dasar yang hendak dilaksanakan juga perlu melihat dari banyak aspek. Asasnya mungkin mudah, pendapatan perkapita yang tidak berubah, tetapi kos kenaikan harga barang dan kereta sentiasa meningkat.
Ketidakseimbangan itu mewujudkan polisi yang tentunya tidak sekata. Tidak ada maknanya 10,000 buah kereta baru dijual sebulan dan pada bulan-bulan berikutnya, sebanyak 1,000 unit ditarik oleh bank kerana ketidakmampuan pembeli membayar bayaran bulanan.
Bayaran bulanan? Ya. Itu juga bersangkut-paut dengan perbincangan asas tadi. Polisi bank yang menawarkan pinjaman sembilan hingga 12 tahun hanya menyebabkan wujudnya 'peluang' untuk orang membuat hutang.
Jika dahulu, seorang pembeli hanya mampu membeli Proton Waja dengan tempoh hutang lima tahun, kini beliau mampu membeli Toyota Wish dengan bayaran bulanan yang sama.
KERAJAAN perlu mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan sektor automotif tempatan dapat terus bernafas.
Namun, apa yang tidak disedari ramai ialah tempoh bayaran bulanannya berlanjutan hingga sembilan tahun.
Dasar negara lain yang hampir serupa ialah Singapura yang juga melupuskan kenderaan berusia lima tahun. Namun, ia memiliki perspektif yang amat berbeza. Singapura adalah asas di mana sebuah negara kecil mampu membendung kebanjiran kereta yang hanya menyesakkan lagi jalan raya di sana.
Jika polisi asas Jepun adalah untuk membantu industri automotifnya, Singapura pula bertujuan mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya.
Polisi pemberian rebat RM5,000 pada kereta berusia 15 tahun bukanlah dasar yang negatif. Cuma ia perlu diperhalusi dari segenap aspek bagi memastikan tiada kesan langsung kepada mana-mana pihak sekali gus mencapai matlamat yang ditetapkan.
03 Februari 2009
Shisha
Di sebalik hidangan hookah atau lebih dikenali sebagai shisha. Suatu ketika dulu operasi menyaman golongan perokok rancak dijalankan. Hatta yang sedang menunggu teksi di perhentian pun disamannya. Kini undang-undang itu bak ditelan zaman. Perokok bebas merokok di mana sahaja. Dan yang terbaru sejak akhir-akhir ini budaya menghisap shisha pula semakin popular!
Shisha atau juga dikenali dengan nama "hookah" merupakan sejenis peralatan paip air yang menegak, lazimnya digunakan untuk menghisap tembakau yang berperisa. Bayaran yang biasa dikenakan ialah antara RM10 hingga RM15 untuk satu sesi shisha. Menghisap shisha yang kian menjadi kegilaan khususnya muda-mudi Melayu, telah diamalkan di Timur Tengah ratusan tahun lamanya. Sebelum kemunculan tembakau, bahan yang sering digunakan di dalam shisha ialah candu dan hashish.
Rasanya sudah tiba masanya kita memandang serius gejala yang merosakkan ini. Kita amat merasa bimbang apabila masyarakat seolah-olah menerima trend menghisap shisha. Yang lebih menyedihkan lagi anak-anak muda remaja dan belia berlumba-lumba memulakan perniagaan kecil-kecilan (sambil menumpang di restoran2) seolah-olah ia direstui oleh semua orang.
Kalau kita boleh berkempen untuk saudara kita di Palestin, mengapa tidak untuk kita berkempen menyedarkan kepada masyarakat sekeliling betapa bahayanya shisha? Benar kita perlu sentiasa berjuang untuk bumi Palestin. Tetapi tidak harus lupa juga kepada penyediaan generasi akan datang untuk meneruskan perjuangan yang kita junjung sekarang. Tapi awal-awal lagi tunas Islam di cemari dengan rokok dan shisha, apa yang kita harapkan lagi.
Mungkin dikalangan kita sekadar beranggapan shisha dan rokok itu sama sahaja. Hisap dan keluarnya asap jua. Tapi jangan lupa. kaedah mengisap shisha juga sama denga menghisap dam (yang menggunakan candu). Mana mungkin orang kebanyakkan seperti kita semua boleh membezakan orang yang sedang menghisap shisha tersebut menggunakan tembakau atau candu sebagai intinya?
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman dalam temubual ;
"Menghisap shisha, katanya, mempunyai banyak persamaan dengan perbuatan menghisap rokok dan dalam masa yang sama, ada juga penggemar shisha perokok tegar. Di Malaysia, tambahnya, menghisap shisha ini lebih mirip kepada pengambilan dadah marijuana dengan menggunakan alat yang dipanggil "dapur".
"Persoalan yang perlu dirungkaikan ialah, sesuaikah menghisap shisha ini dengan sosio-budaya Malaysia?Kerajaan telah menetapkan dadah sebagai musuh utama negara. Justeru, kita tidak sepatutnya membiarkan budaya negatif ini timbul semula melalui inovasi shisha. Ia mungkin inovasi baru tetapi tetap sama (penggunaan tembakau),"
Budaya yang tak elok ini perlu dicantas secepat mungkin. Kempen harus dilaksanakan. Banner mesti dinaikkan. Flyer juga harus disebarkan. Operasi terjah dan explain dari restoran ke restoran perlu dijalankan. Khutbah Jumaat juga boleh memainkan peranan. Insyallah. sekadar beberapa cadangan yang terlintas...
"Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." Al Baqarah : 28
Artikel asal di www.tranungkite.net
28 Januari 2009
Equilibrium Point
Di sebalik kejadian Tsunamim kita sedia maklum ia berlaku hasil dari gegaran atau gelinciran plate tanah bumi di bawah lautan dalam. Gelinciran mendadak ini menghasilkan tenaga besar yang membentuk ombak memusnah atau merubah segala yang ditempuhnya. Selepas berlaku gelinciran besar ini,beberapa gegaran dan gempa akan menuruti sehinggalah kedudukan plate bumi kembali stabil iaitu mencapai titik equilibrium kembali.
Begitu juga politik dunia selepas berlaku perang WW1 dan WW2,ia akan mengambil masa untuk stabil. Begitu juga kesimbangan kuasa dunia selepas kejatuhan kuasa Soviet.
Begitu juga di dalam ekonomi,selepas kejutan seperti peristiwa 1998.Saham jatuh,matawang jatuh,namun selepas beberapa tahun kedudukan equilibrium kembali stabil.
Dan itulah yang kita lihat dalam senario politik tanahair kini.
> Ombak besar 1987 hanya dirasai di kalangan pemimpin Umno.
> Ombak besar 1997 hanya dirasai Umno dan kaum Melayu sahaja.
> Ombak besar tsunami 2008 merangkumi semua parti politik dan rakyat semua kaum sekaligus.
Itulah sebab ia dapat memberi impak sepenuhnya kepada warna dan pola kemenangan semua parti.Tidak lagi dimonopoli oleh BN.
Sebaik saja selesai PRU12,beberapa siri gegaran masih dirasai seperti P44 yang hangat,P36 yang juga menarik minat ramai. Terbaru kemasukan Adun Bota dari Umno ke PR. Menyusul nanti pemilihan Umno Mac2009 dan seterusnya menyusul kemudian kurang dari dua tahun akan berlaku Sarawak State Election.
Di mana dan bilakah equilibrium akan dicapai? Saya menjangkakan PRU 13.
> Kelantan dan Terengganu menjadi kubu kuat Pas.
> Sabah Sarawak kemenangan 30% oleh PKR PR sudah memadai dalam pilihanraya negeri. Dapat memenangi 50% kerusi adalah bonus.
> Penang kubu kuat Dap.
> Perak kubu ketiga-tiga parti komponen PR dengan sokongan Melayu akan lebih kuat meningkat cenderung kepada PKR dan Pas.
> Kedah kubu kuat Pas dibantu PKR.
> Selangor kubu kuat PKR dibantu Dap.
> Negeri Sembilan dan Melaka sudah ditembusi Dap dengan sokongan Pkr dan Pas.
> Pahang ditembusi Pkr dengan sokongan Dap dan Pas.
> Perlis sudah boleh jatuh ke Pas.
> Hanya Johor barangkali kekal bersama BN. Itupun mungkin boleh pecah rekod menang beberapa kerusi DUN & Parlimen di Johor.
> Lalu, kerajaan Pusat akan diterajui PR.
Itulah equilibrium point yang dicari dan ditujui oleh politik tanahair.Sehingga ke tarikh itu beberapa siri gegaran politik akan terus berlaku. InsyaAllah. Sama-sama kita nantikan..
Artikel asal di http://perundingperiuknasi.blogspot.com
14 Disember 2008
Kisah Sri Perdana & Sri Satria
Di sebalik kisah penyengggaraan rumah rasmi PM dan TPM, kini kerajaan Malaysia dikecam setelah kerajaan mengaku telah membelanjakan AS$1.68 juta (RM2.5 juta) setiap tahun untuk membiayai kediaman tersebut di ibu kota Putrajaya.
Menjawab soalan ahli parlimen pembangkang dalam sesi Dewan Rakyat semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata RM6.01 juta ($2.5 juta) telah dibayar setiap tahun kepada syarikat pemaju yang dikaitkan dengan kerajaan, Putrajaya Holdings, bagi tujuan menyewa dan menyenggara kediaman itu.Kerajaan Malaysia juga menanggung kos RM3.4 juta setahun bagi menyenggara kediaman timbalan perdana menteri.
Dinamakan sebagai kompleks Seri Perdana, kediaman mewah perdana menteri itu dibina oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menjadi penyewa pertamanya pada 1999.
Bangunan-bangunannya bertebaran dalam kawasan seluas 16 hektar di tengah-tengah Putrajaya. Ia merangkumi tiga blok bangunan, termasuk sebuah kawasan rehat, kemudahan jamuan dan tempat tinggal.
Kini Datuk Seri Abdullah tinggal di kompleks itu bersama isteri, anak perempuan dan menantunya serta anak mereka.
'Adalah satu pembaziran untuk membelanjakan banyak wang untuk menyewa rumah bagi perdana menteri sedang negara menghadapi tempoh sukar seperti sekarang,' ulas Dr Hatta Md Ramli.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, pula menyoal tentang pembayaran sewa itu kepada Putrajaya Holdings, anak syarikat Petronas, iaitu syarikat milik syarikat Kementerian Kewangan, Khazanah.
'Ia (pembayaran sewa) juga menimbulkan soalan mengenai siapakah pengarah-pengarah syarikat itu dan siapa yang mendapat semua keuntungan yang diraih oleh syarikat itu,' ujarnya.
RM6.89 juta. Sama ada percaya atau tidak itulah jumlah yang kerajaan Pusat bayar kepada Putrajaya Holdings bagi menyewa Seri Perdana dan Seri Satria iaitu kediaman rasmi PM dan TPM Malaysia.
Rumah rasmi PM, Seri Perdana disewa pada kadar RM4.15 juta setahun ataupun RM345,833.33 sebulan atau RM11,527.77 sehari, manakala rumah rasmi TPM,Seri Satria pula RM2.74 juta setahun ataupun RM228 333.33 sebulan atau RM7,611.11 sehari
Manakala kos penyelenggaraan Seri Perdana sahaja adalah RM1.89 juta setahun bersamaan RM158 051.40 sebulan atau RM5 268.38 sehari. Dan Seri Satria RM1.13 juta setahun bersamaan RM94, 156 sebulan atau RM 3 138.53 sehari.
Angka berkenaan dimaklumkan dalam Dewan Rakyat semalam.
Inilah bangunan yang Almarhum Ustaz Dato Fadzil Nor dulu bercadang untuk dilelongkan jika pembangkang berkuasa. Penulis sendiri tidak terbayang begitu banyaknya wang yang dibelanjakan untuk menampung PM dan TPM kita sekeluarga.
Sewa sehari Seri Perdana bersamaan RM11,527.77 sehari, sedangkan gaji pokok permulaan seorang guru dengan diploma hanyalah RM1,405.71. Dengan RM1,405.71 inilah guru tadi menampung keluarga dan kehidupan hariannya sedangkan kita membayar RM11, 527.77 sehari buat PM kita. Malah menurut jadual tangga gaji baru seorang Ketua Polis Negara pun sekitar gaji pokok permulaan RM9 615.98 (menurut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 tahun 2007) sebulan, nyata dibayar lebih murah dari kita 'menyewakan' Sri perdana untuk Perdana Menteri kita.
Dalam pada itu rakyat diseru berjimat cermat dengan ramalan tahun depan mungkin keadaan ekonomi semakin gawat, syarikat-syarikat gergasi dunia sudah mula memberhentikan para pekerjanya dan kita dalam susah-susah itu pun perlu 'menyewakan' hampir RM10 juta setahun bagi menempatkan tak sampai 10 orang di dua 'istana' hanya semata-mata mereka adalah PM dan TPM kita.Fikir-fikirkan.
Artikel asal di www.tranungkite.net dan www.kedahlanie.blogspot.com
Posted by hamba-ALLAH at 11:20 PG
Labels: Kerajaan BN, Malaysia, Putrajaya
07 Disember 2008
Tragedi Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa
Di sebalik tragedi tanah runtuh yang dahsyat telah berlaku di Bukit Antarabangsa, Ulu Kelang pada hari Sabtu lalu, 6 Disember 2008, tersebut pada 1993 telah berlaku keruntuhan apartmen mewah, Highland Towers hampir 1.5km dari tapak tragedi tanah runtuh tersebut. Tragedi tanah runtuh di Ulu Kelang ini memang dijangka akan berulangan kerana sejak dulukala lagi penjajah British melarang pembangunan di Ulu Kelang setelah kajian bumi mendapati bumi di kawasan tersebut tidak stabil.
Tetapi larangan itu telah sewenang-wenangnya diketepikan oleh kerajaan BN untuk memenuhi kehendak golongan kaya yang mahu membina banglo-banglo dan apartmen mewah di lereng-lereng bukit di Ulu Kelang sebagai kawasan perumahan ekslusif. Perumahan mewah di lereng-lereng bukit itu telah seterusnya mencetuskan pembangunan pesat yang tidak terkawal di seluruh kawasan Ulu Kelang yang tidak stabil keadaan buminya itu.
Penjajah British dalam melakukan kaji bumi untuk mencari deposit bijih telah mendapati rangkaian sungei-sungei semula jadi di bawah bumi di seluruh kawasan bukit-bukit di Ulu Kelang yang menjadikan buminya tidak stabil dan tidak membolehkan pembangunan secara besar-besaran. Tambah pula dengan hujan yang banyak turun di kawasan tersebut, maka penjajah British telah mengistiharkan Ulu Kelang sebagai kawasan penadahan air (water catchment area) yang dilarang pembangunan besar-besaran.
Yang ajaibnya adalah rangkaian sungei-sungei semula jadi di bawah bumi itu hampir kesemuanya mengalir ke arah Klang Gate dan bertemu di sana, dan terdapat pula dua bukit dari jenis batu yang kuat yang boleh dijadikan ‘tiang’ bagi pembinaan empangan (dam). Maka empangan Klang Gate telah dibina.
Seperti yang dinyatakan di atas, malangnya larangan pembangunan secara besar-besaran di Ulu Kelang telah diketepikan setelah merdeka oleh kerajaan. Golongan kaya yang ingin membina banglo mewah di lereng-lereng bukit di Ulu Kelang telah dengan bermacam cara termasuklah sogokan wang rasuah berjaya memujuk kerajaan Malaysia mengubah perintah larangan pembangunan di kawasan 'water catchment' tersebut.
Bermula pembinaan banglo-banglo mewah itu di Ukay Heights yang seterusnya menular ke seluruh kawasan Ulu Kelang dengan pembangunan perumahan kos mewah, kos sederhana dan kos murah. Tekanan dari bangunan-bangunan yang dibina itu telah mengubah pengaliran sungei-sungei semula jadi dibawah tanah yang menambahkan lagi ketidak stabilan bumi di Ulu Kelang. Padahnya antara lain adalah keruntuhan Highland Towers pada 1993 yang disahkan adalah akibat dari sungei di bawah bumi yang terpaksa mengubahkan alirannya masuk ke bawah bangunan 12 tingkat itu yang telah melemahkan tapak bangunan.
Apabila berlaku keruntuhan Highland Towers pada 1993, dikatakan Jabatan Kajibumi (ketika itu di bawah Kementerian Perusahaan Utama) telah menyarankan agar segala pembangunan termasuk projek-projek perumahan yang telah dilulus tapi belum dimulakan pembinaannya dihentikan. Malangnya kerajaan telah menolak cadangan tersebut. Sebaliknya pula kerajaan cuba menyalahkan Jabatan Kajibumi. Menurut ceritanya, Menteri Perusahaan Utama ketika itu, Dr. Lim Keng Yaik telah mempertahankan Jabatan Kajibumi dengan bukti-bukti yang jelas menunjukkan bahaw jabatan tersebut telah banyak kali menasihatkan kerajaan agar menghentikan segala pembagunan di Ulu Kelang kerana keadaan bumi di sana yang tidak stabil dan juga sebagai langkah menyelamatkan kawasan Ulu Kelang sebagai ‘water catchment area'.
Kerajaan juga tidak mengindahkan teguran dari Jabatan Kajibumi bahawa kawasan KLCC Twin Towers dan juga KL Towers adalah tidak stabil kerana juga terdapat di sana rangkaian sungai-sungai semula jadi di bawah bumi. Keadaan bumi yang tidak stabil itu lah yang membuat penjajah British menggunakan tapak di mana KLCC didirikan hanya sebagai tempat lumba kuda yang tidak menekan sungai-sungai di bawah bumi untuk alih pengalirannya dan menular di bawah bangunan-bangunan yang berhampiran.
Semasa pembinaan tapak KLCC, dikatakan beribu lori simen dicurahkan ke dalam bumi untuk mengubah aliran sungei-sungei semula jadi di bawah bumi di situ. Teguran pakar-pakar terutamanya dari jabatan Kajibumi bahawa sungai-sungai di bawah bumi yang dialihkan dengan curahan simen itu akan mengalir ke bawah bangunan-bangunan yang berhampiran dan lambat laun meruntuhkan bangunan-bangunan tersebut tidak dihiraukan langsung oleh kerajaan.
Nasihat pakar-pakar agar jangan dibangunkan kawasan Bangsar Park dan juga kawasan Bukit Damansara juga ditolak tepi oleh kerajaan. Kedua kawasan ini adalah ‘outer reaches’ atau hujung jangkauan gempa bumi Acheh.
Seandainya kerajaan menerima nasihat pakar-pakar dan tidak mengenepikan larangan pembangunan di Ulu Kelang , keruntuhan Highland Towers dan beberapa lagi tragedi tanah runtuh yang dahsyat yang telah berlaku di Ulu Kelang tidak akan berlaku.
p/s : Takziah buat keluarga mangsa.Al-Fatihah.
Posted by hamba-ALLAH at 11:05 PG
Labels: Bencana Alam, Kerajaan BN, Malaysia
06 Disember 2008
Relevankah Format Organisasi UMNO?
Enam puluh tahun dulu apabila Dato' Onn Jaafar, selaku Yang Dipertua Umno, dan ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi (kini Majlis Tertinggi) parti tersebut menerima cadangan dan usul penubuhan Perikatan Pemuda Umno (kini Pergerakan Pemuda Umno) dan Jabatan Kaum Ibu Umno (kini Pergerakan Wanita Umno), tidak pernah terlintas di minda mereka betapa satu ketika nanti kedua-dua sayap minoriti parti ini akan turut sama sibuk dalam perebutan jawatan dengan matlamat menentukan imbangan kuasa masing-masing dan seterusnya sebagai perancangan untuk menaiki tempat paling tinggi dalam piramid hirarki parti berkenaan.Penubuhan kedua-dua sayap ini juga akhirnya menjadi seolah-olah format standard semua parti politik yang ditubuhkan selepas itu, termasuk parti pembangkang.
Itu cerita pertengahan 1940-an sewaktu hanya segelintir sahaja orang Melayu yang tahu menyebut perkataan politik dan tidak ramai yang faham erti perkataan 'siasah'. Malah apabila Umno ditubuh pada 1946, orang Melayu tak kisah tentang siapa yang patut jadi jawatankuasa badan berdaftar yang bakal digunakan sebagai 'vehicle' untuk menentang British.
Jawatankuasa yang kemudiannya ditubuhkan juga tidak kisah siapa yang nak dijadikan sebagai Yang Dipertua Parti (kini disebut Presiden). Sebagaimana yang diketahui sejarah, Pendeta Za'ba (Zainal Abidin bin Ahmad) telah diusulkan untuk jawatan tersebut tetapi menolaknya. Ini kerana walaupun beliau seorang tokoh intelektual Melayu (satu-satunya anak Melayu yang pernah menjadi pensyarah Universiti of London), namun beliau adalah seorang pemikir dan bukannya seorang aktivis agresif politik.
Lagipun pada ketika itu tidak ramai orang Melayu yang berani berdepan dengan mana-mana Raja-Raja Melayu apatah lagi untuk membawa sembah supaya ke bawah dulu Sultan, Raja dan Yang diPertuan Besar memboikot upacara perisytiharan Malayan Union.Namun kerana tugas ini sanggup dipikul oleh Dato' Onn dan beliau juga cukup dikenali oleh orang Melayu sebgai antara aktivis paling lantang terhadap British, maka jawatan tersebut diberikan kepada beliau.
Apapun, yang penting ketika itu bukannya format parti. Fokus utama Umno adalah untuk mendesak kerajaan Great Britain supaya memansuhkan Malayan Union. Justeru apabila Umno mencapai semua matlamat penubuhannya (tanpa menyentuh soal bagaimana dan mengapa sesuatu perkara dibiarkan berlaku dalam sejarah), tidak ada sesiapapun yang memperdulikan soal format ini.
Sebaliknya ia dikekalkan dan kedua-dua sayap ini turut sama sibuk dalam semua mesyuarat agung tahunan dan pemilihan parti berkenaan setidak-tidaknya selepas merdeka. Lagipun Umno sendiri telah memulakan budaya bahawa jika seseorang dipilih sebagai Ketua Wanita dan Ketua Pemuda maka mereka ini akan turut diberikan jawatan dalam kerajaan.
Maka dengan itu, soal melatih pemimpin pelapis dan menjadikan kaum ibu sebagai tenaga di belakang perjuangan tidak lagi menjadi agenda utama. Dengan mengambil kira realiti kepentingan nasional masa kini, apakah relevannya Pergerakan Pemuda dan Wanita Umno? Itu belum lagi diambil kira banyak mana sangatlah sumbangan Pemuda dan Wanita parti itu dalam sejarah Umno selain daripada menjadi tukang sibuk dan menyemarakkan perebutan jawatan dalam parti dan sayap dan juga mewujudkan ruang untuk berlakunya amalan politik wang?
Tidak dapat dinafikan betapa dalam kehidupan kaum lelaki dan wanita perlu wujud secara 'vis-a-vis'. Tetapi apakah hal ini memerlukan sebuah sayap politik yang turut sama diberikan kepentingan kepimpinan politik. Begitu juga dengan soal pemimpin pelapis. Apakah sekadar mahu melatih pemimpan masa depan maka sebuah sayap yang cara pemilihan pucuk pimpinannya seolah-olah bertaraf 'pari passu' dengan pemilihan badan induknya?
Dengan mengambil kira Umno sebagai sebuah pertubuhan politik dan bukannya sebuah badan kebajikan dan sebagaikanya, apakah benar-benar perlu sayap-sayap seperti ini dan kini di tambah pula dengan Putera dan Puteri? Apakah yang sebenarnya ingin dibuktikan oleh Umno?Sekiranya Umno hanyalah satu-satunya parti tunggal yang memerintah negara ini sekalipun, maka ia hanya mewakili 27 juta manusia?
Sebagai perbandingan kita ambil Parti Komunis China, parti politik terbesar di dunia dengan keahlian 70 juta dan memerintah Republik Rakyat China dengan jumlah penduduk 1.33 bilion (sebagaimana Julai 2008). Format dan struktur parti tersebut tidak mempunyai sebarang pergerakan wanita atau pemuda atau puteri atau putera. Mereka tidak membuang masa dengan hal seperti ini. Mereka hanya mempunyai sebuah Jawatankuasa Pusat dengan lima lagi jawatankuasa di bawahnya.
Begitu juga dengan, misalnya Parti Demokratik di Amerika Syarikat di mana Barrack Obama baru sahaja memenangi pilihan raya Presiden AS awal bulan lalu. Walaupun parti berkenaan mempunyai 72 juta ahli/penyokong dan dalam konteks kini akan memerintah 301juta penduduk/rakyat AS, ia tidak pula mempunyai sayap wanita atau pemuda dan sebagainya yang tersendiri.
Malah Pengerusi Jawatankuasa Pusat parti berkenaan, Howard Dean juga bukanlah secara automatik akan menjadi Presiden AS, sebagaimana format yang dimulalkan dan diamalkan oleh Umno. Sebenarnya apakah yang cuba dibuktikan oleh Umno dalam mengekalkan format yang sudah lapuk dan tidak relevan sama sekali dalam sesebuah organisasi politik ini?
Apakah mereka mahu membuktikan betapa mereka lebih bijak dalam menyusun format dan struktur organisasi parti? Atau apakah kononnya keperluan politik di Malaysia tidak sama dengan keperluan politik di negara-negara lain (dari segi sturuktur dan format parti?). Apakah urusan mentadbirkan sebuah parti yang mempunyai keanggotaan kira-kira 3 juta ahli lebih sukar, lebih kompleks, lebih complicated dari urusan mentadbir sebuah parti dengan keahlian 70 juta?
Apakah, menurut para pemimpin Umno, format dan struktur parti pemerintah seperti ini adalah amat perlu bagi memerintah 27 umat manusia berbanding dengan 1.3 bilion atau 300 juta umat manusia?
Mungkin pemimpin Umno lebih bijak dari pemimpin mana-mana parti di dunia ini sekalipun. Maka mungkin disebabkan kebijaksanaan yang tidak ada tolok bandingnya ini menyebabkan Umno tidak pernah menghadapi sebarang krisis dalaman atau krisis kepercayaan rakyat. Mungkin satu kebodohan bagi mereka yang tidak mengikuti format yang telah diwujud dan dikekalkan oleh Umno ini.
Barangkali kerana kebodohan inilah AS menjadi negara termaju di dunia dan China berjaya mengangkat ekonominya ke tahap fenomenal selepas pelancaran The Great Leap Forward (Dayuejin) pada tahun 1958. Bagi rakyat Malaysia yang telah diperintah oleh Umno-BN selama 51 tahun (BN juga mengikuti format yang sama seperti Umno), sejauhmanakah kita telah melompat? Jauh ke di depan? Masih bertatih? Atau berundur ke belakang?
Pelukis Scottish John Quinton pernah berkata: "Ahli politik adalah manusia yang melihat cahaya di hujung terowong, kemudian keluar dan beli lebih banyak lagi terowong."
Pemilihan pucuk pimpinan Umno Mac tahun depan (dengan format yang serupa) digambarkan sebagai "ada cahaya di hujung terowong" bagi parti Umno khususnya dan orang Melayu dan rakyat Malaysia amnya. Namun, persoalannya, berapa banyak lagi terowong yang diperlukan untuk kita akhirnya benar-benar tersilau melihat cahaya di hujungnya? - Hrkh _
04 Disember 2008
Ketuanan Melayu vs Ketuanan Islam
NEGARA kembali bergolak mutakhir ini apabila isu Ketuanan Melayu dipalu hebat. Sesekali jelas kelihatan cara mencetus dan memanaskan isu ini lebih kepada gimik atau momokan politik dalam usaha mereka mencari formula pengukuhan semula survival pengaruh dan kuasa mereka.
Saya melihat isu ini tidak terpisah dari "jerangkap samar" yang mampu memerangkap siapa saja dalam jebak perkauman yang sengaja diletuskan.
Menjadi trend lama atau suatu tradisi yang mudah dikesan bagi kuasa politik pemerintah tatkala mengalami kemerosotan pengaruh dan sokongan pengundi bahawa mereka akan menimbulkan isu perkauman.
Sama ada ia satu tindakan untuk mencari simpati dan meraih sokongan politik, ia juga berkemungkinan satu jerat untuk memerangkap musuh politik malah ia juga boleh dilihat sebagai usaha mencipta diri sebagai hero atau juara dalam memperjuangkan hak dan ketuanan Melayu.
Umno perjuangkan Ketuanan Melayu ?
UMNO pasti sahaja menjadi parti yang lantang bersuara mempertahankan Ketuanan Melayu dengan pelbagai taarif yang mereka cipta sekalipun saling berbeza dan bercanggah antara satu taarif dengan taarif yang dibuat oleh pimpinan UMNO yang lain pula . Seperti mereka juga gagal memahami erti Ketuanan Melayu yang sebenar.
Saya setuju benar untuk menegaskan bahawa selama ini UMNO tidak pernah memahami apakah ertinya Ketuanan Melayu yang kononnya diperjuangkan oleh mereka . TIdak keterlaluan jika saya sebut bahawa UMNO lah yang bertanggungjawab merosakkan masa depan Melayu malah menjadikan Melayu "hamba" di dalam negara sendiri.
Semua sedia maklum apa yang telah dilakukan oleh UMNO terhadap kaum bangsa sendiri. Tanah Rezab Melayu , Bahasa Melayu , Ekonomi Melayu , Pendidikan Melayu , kuasa politik orang Melayu malah segala milik melayu telah dinodai oleh UMNO dan BN . Lalu bagaimana hari ini mereka mahu bercakap soal Ketuanan Melayu.
Ketuanan Islam vs Ketuanan Melayu
Sebagaimana berkali saya tegaskan bahawa kaum dan bangsa selain melayu akan tersentuh hati mereka apabila kita senantiasa mengenegahkan soal melayu , melayu dan melayu . Kenapa tidak ? sebagaimana kita juga akan tersentuh perasaan jika mereka hanya mengenegahkan isu cina, cina dan cina .
Ini kerana di sebabkan bangsa kita adalah suatu yang tidak boleh berubah. Kita jadi melayu bukan kerana pilihan kita sebagaimana cina menjadi cina bukan kerana pilihan mereka.
Justeru itu , bercakap soal bangsa tidak boleh menyelesaikan masaalah perpaduan dan persefahaman antara kaum . Kita bercakap soal bangsa malah selalu berbangga dan mendabik dada dengan bangsa kita , sekalipun bangsa kita mempunyai pelbagai kelebihan dan kehebatan ia tetap akan mengundang rasa tidak puas hati dikalangan bangsa lain kerana mereka sampai bila pun tidak boleh jadi melayu untuk sama - sama menikmati kelebihan tersebut.
Apabila kita timbulkan isu ketuanan Melayu , maka cina dan India akan terguris perasaan mereka disebabkan sampai bila pun , mereka tidak boleh jadi Melayu untuk turut sama menikmati "ketuanan" tersebut . Tambahan lah kalau melayu dipandang tidak memiliki apa - apa oleh mereka, saya kira sampai bila pun mereka tidak berminat "menjadi" melayu.
Berbeza kiranya kita bercakap soal Ketuanan Islam . Selain daripada Islam adalah agama samawi yang benar dan hebat, ia adalah agama yang boleh diterima oleh siapa sahaja justeru turunnya adalah menjadi rahmat kepada sekelian alam.
Sesiapa sahaja boleh menjadi muslim. Tidak mengira apa bangsa ia dicipta, Asy-Syahadatain boleh menjadikan mereka layak sebagai seorang muslim. Maksudnya sesiapa sahaja boleh menerima Islam asal sahaja meyakini bahawa tiada Tuhan melainkan Allah sebagai Tuhan yang layak disembah . Melayu kah mereka demikianlah cina atau Indiakah mereka. Mereka boleh jadi Melayu Muslim , Cina Muslim , India Muslim atau apa sahaja bangsa mereka.
Kalau pun mereka tidak mahu menjadi muslim atau tidak menerima Islam sebagai agama dan cara hidup mereka . Mereka masih boleh memilih untuk berada dibawah lindungan Islam sebagai golongan zimmi yang membayar Jizyah kepada pemerintahan Islam.
Memandangkan Cina dan India terlebih dahulu mengenali Islam berbanding Melayu, maka saya sangat yakin apabila kita bercakap soal Ketuanan Islam, ianya tidaklah mengecewakan mereka .
Apa yang malang ialah umat Islam sendiri gagal beramal dan menghayati Islam sebagai cara hidup dan membimbing manusia kembali ke jalan yang benar. sedikit sebanyak ia menjadi fitnah kepada ummah .
Ketuanan Islam Tidak Akan Mengecewakan Cina, India
Namun begitu Islam tetap utuh sebagai agama suci yang dipelihara oleh Allah jalla wa A'ala . Ajarannya tetap menunjuk ke arah jalan yang benar. Tidak sahaja jalan menuju akhirat dan membina kehidupan akhirat di syurga ALlah tetapi Islam adalah agama yang lengkap dengan pelbagai akta dan enakmen serta peraturan untuk manusia menjalani kehidupan di dunia.
Persoalannya kenapa tidak kita bercakap soal Ketuanan Islam lantas memperjuangkannya. Islam agama yang syumul pula kaya dengan kemuliaan akhlak dan ketinggian nilai.
Saya berkeyakinan tinggi bahawa Islam agama yang mampu malah boleh diterima oleh sesiapa sahaja andainya sampai kepadanya keterangan dan penjelasan yang lengkap mengenai Islam . Selebihnya kembali kepada ketentuan Allah untuk memberi hidayah atau tidak.
Paling tidak , menjadikan mereka akur akan kebenaran Islam dan tidak lagi memusuhi Islam atau peringkat seterusnya , mereka sedia malah memilih untuk berada dibawah lembayung Islam justeru menginsafi keadilannya kalaupun mereka belum bersedia untuk menganut ajaran Islam.
Mempertahan dan memperjuangkan Ketuanan Islam nyata berbaloi berbanding perjuangan bangsa dan warna kulit.
Berasaskan realiti ini , saya berseru agar kita tidak lagi memperjuangkan bangsa sebaliknya memperjuangkan Ketuanan Islam disamping kita berbangga menjadi bangsa apa kita diciptakan.- Hrkh
Source : http://www.ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com
26 November 2008
Salahkah tulisan pelbagai bahasa ?
Syabas diucapkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana terus komited untuk memperkasakan Bahasa Kebangsaan dan tulisan Jawi di dalam pentadbirannya di samping tidak mengabaikan bahasa-bahasa kaum yang lain.
Tindakan kerajaan pimpinan Lim Guan Eng benar-benar memalukan pimpinan Umno kerana tercatat di dalam sejarah Malaysia bahawa di bawah Umno tulisan Jawi pernah dihapuskan di dalam sistem pendidikan (baca : Khir Johari). Kini, Lim Guan Eng ingin mengembalikan semula tulisan Jawi di semua papan tanda dengan Bahasa Kebangsaan tetap diperkasakan di samping permintaan dari bangsa lain supaya bahasa mereka diangkat bersama.
Jadi, apa masalahnya bagi mereka yang menentang langkah Ketua Menteri P.Pinang tersebut? Apa motif bagi 'penghasut-penghasut' di Pulau Pinang yang mendesak agar orang-orang Melayu bangun menentang Kerajaan P.Pinang? Salahkah jika tulisan Bahasa Kebangsaan diperkasakan di samping tulisan Jawi juga dipamerkan? Adakah buruk sangat tulisan Bahasa Cina dan India ini sehingga tidak boleh langsung dipamerkan pada orang awam? Apakah tulisan Cina dan India ini hanya layak berada di dalam buku-buku sekolah dan perpustakaan di Sekolah Jenis Kebangsaan sahaja? Jua dengan terteranya tulisan Cina atau India di mana-mana, maka orang Melayu jatuh miskin dan papa kedana?
Mengapa tidak dihiraukan sekarang kebanyakan perjanjian, dokumen atau persuratan yang diamalkan oleh institusi kewangan atau bank-bank di negara ini masih menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama?
Bagaiman dengan nama singkatan Umno sendiri? Apakah Umno itu sendiri menjadi sedemikian parahnya kerana singkatan perkataan U.M.N.O adalah diambil dari bahasa penjajah bukan singkatan ejaan Melayu iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang mana ia seharusnya PKMB bukan UMNO jika benar gologan ini ingin memperkasakan Bahasa Kebangsaan.
Saya sendiri malahan ramai lagi orang-orang Melayu tidak akan bersetuju sekiranya Bahasa Melayu yang dijadikan sebagai Bahasa Kebangsaan dilenyapkan terus oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang atau mana-mana kerajaan negeri sekali pun.
Apa pun hasrat murni Kerajaan Negeri P.Pinang untuk mendaulatkan tulisan bahasa-bahasa ibunda rakyat di negara ini, semestinya Bahasa Kebangsaan diutamakan dan diperkasakan.
Usahlah diharapkan kepada Umno atau pertubuhan seperti Pewaris atau Perkasa (baca : proksi UMNO) untuk kita melihat negara ini aman tenteram tanpa seorang pun yang boleh mendabik dada menghina atau memperlekehkan kaum-kaum yang lain.
Persepakatan telah dibuat di antara rakyat untuk bersetuju dengan kesemua yang terkandung di dalam Perlembagaan Negara berkaitan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu termasuk agama dan bahasanya di samping memberi keadilan kepada semua bangsa di bumi tercinta ini.
Posted by hamba-ALLAH at 1:53 PTG
Labels: Malaysia, Pulau Pinang
24 November 2008
Kenyataan Akhbar Ketua Wanita UMNO

Memandangkan bahawa Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat telah membuat kenyataan akhbar untuk bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO, maka saya dengan ini:
1) Akan mempertahankan jawatan ketua yang saya sandang sekarang, dan insya-Allah akan bertanding untuk jawatan tersebut untuk tempoh 2009-2011.
2) Saya menghargai dan menghormati pencalonan yang telah saya terima daripada 117 bahagian itu.
3) Saya memulangkan kepada para perwakilan yang mewakili akar umbi untuk menentukan pemimpin yang mereka mahu untuk tempoh 2009-2011 itu.
Saya kecewa kerana pelan peralihan telah dipertikaikan dan ditolak, lebih tiga bulan selepas saya mengumumkannya pada 4 Ogos 2008.
Semenjak tarikh itu, tiada sesiapa dalam Exco atau di luar yang telah mempertikaikannya.
Bahkan Datuk Seri Shahrizat sendiri, sama ada antara empat mata, dalam Exco dan dalam sidang media telah berkali-kali menegaskan:
a) Beliau tidak akan bertanding jawatan Ketua walaupun dicalonkan.
b) Beliau patuh kepada pelan peralihan.
c) Beliau patuh kepada nasihat pemimpin-pemimpin besar parti.
d) Bahkan beliau telah menyatakan bahawa “kata akan dikotakan” dan my word is my honour. (Semuanya telah disiar dalam media).
Saya tidak ada sebab untuk menyangka bahawa akan berlaku pelbagai pergolakan selepas proses pencalonan selesai.
Jika dalam mana-mana perbincangan ada mana-mana pihak yang tidak setuju dengan pelan peralihan maka sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, wajar dibangkitkan dan dibantah.
Jika mereka berbuat demikian sebelum proses pencalonan, maka pasti Exco akan membatalkan sahaja pelan itu.
Dan saya tidak ragu-ragu akan membiarkan bahagian-bahagian mencalonkan sesiapa juga yang mereka mahukan untuk jawatan Ketua dan Naib Ketua.
Tetapi, ‘bantahan’ ditimbulkan selepas mereka telah mendapat cukup pencalonan untuk bertanding, maka baru membantah dengan berbagai alasan yang sebenarnya tidak berasas.
Ada pula pihak-pihak yang mahukan pelan peralihan dipercepatkan dari Jun ke Mac 2009. Ini tidak logik.
Jika dibuat pada bulan Mac, ia bererti:
a) Tidak ada lagi pelan peralihan yang pada asasnya melibatkan satu jangka masa antara Perhimpunan Agung dengan tarikh penyerahan jawatan.
Semua mengetahui bahawa pada asalnya, jangka masa itu ialah antara Januari hingga Jun 2009 kerana Perhimpunan Agung itu dijadualkan pada Disember 2008. Ia telah dianjak kepada Mac tetapi pelan peralihan tidak terjejas.
b) Jika dipercepat kepada Mac, ia juga bererti bahawa saya dipaksa menyerahkan jawatan ketua secara bulat-bulat dengan Shahrizat menang tanpa bertanding.
Ini menidakkan hak dan kemahuan 117 bahagian yang telah mencalonkan saya untuk memegang jawatan hingga Jun 2009.
Sekarang kerana pelan peralihan telah diingkari dan jawatan Ketua akan ditandingi, maka saya akan mempertahankan jawatan yang saya sandang sekarang ini.
Saya ingin menyarankan supaya pertandingan semua jawatan dalam Pergerakan Wanita UMNO hendaklah dijalankan dengan tertib, beradab, ikhlas dan jangan sekali-kali menjejaskan sesiapa atau menjejaskan parti.
Jangan sekali-kali mengada-adakan atau menabur fitnah dan berbohong atau membawa pecah belah. Allah S.W.T menentukan segala-galanya. Tidak ada yang lebih besar daripada kuasa Allah S.W.T.
Terima kasih.
Tan Sri Rafidah Aziz,
Ahli Parlimen Kuala Kangsar.
21 November 2008.
23 November 2008
15 fakta pengkhianatan UMNO berkenaan Johor
Ayah saya pernah beritahu, Singapura lebih maju dari Malaysia bukan kerana rakyatnya lebih bijak. Mari lihat 15 fakta yang jelas menunjukkan pengkhianatan UMNO.
1. Politik Malaysia di bawah UMNO huru-hara dengan skandal fitnah liwat dan fitnah politik. Politik Singapura stabil. Sekalipun media Malaysia sentiasa menggambarkan Singapura dengan pemerintahan diktator, hakikatnya ialah rakyat Singapura selesa dengan ekonomi yang cemerlang dan kepimpinan negara yang bersih dari rasuah.
2. Kepimpinan S’pore bersih dari rasuah. Rasuah dipandang serius di Singapura. Seorang menteri Singapura pernah dikecam teruk kerana mendapat sedikit diskaun sewaktu pembelian sebuah apartment. Ini berbeza dengan politik Malaysia di mana imej BPR cukup rendah dan dilihat di bawah kerajaan.
3. Singapura tidak boros. Kepimpinan Singapura tidak menghabiskan harta negara untuk projek-projek yang sekadar menguntungkan kroni.
4. Gaki kakitangan kerajaan tinggi. Gaji PM Singapura tertinggi di dunia. Di Malaysia, kakitangan kerajaan hidup susah. Bak kata pepatah, kais pagi makan pagi.
5. Perancangan yang teliti untuk jangka masa panjang. LIhat saja bagaimana Pulau Batu Putih berjaya dirampas dari Malaysia dengan perancangan yang teliti.
6. Rakyat Spore bersemangat mencari wang. Rakyat Malaysia khususnya Melayu banyak yang mempunyai sikap usaha malas mencari wang dan otak malas merancangnya kewangan.
Justeru, ekonomi orang Islam mundur. Pendapatan berkapita orang Melayu rendah berbanding kaum lain. Orang Melayu juga asyik berpolitik tetapi ramai yang enggan berniaga dan tidak sistematik dalam mengurus kewangan. Perancangan itu penting.
7. Sistem pendidikan dipolitikkan. Pensyarah dan guru-guru diperkuda oleh BN. Penukaran ke bahasa Inggeris untuk Sains dan Matematik menjadikan budak-budak Melayu semakin mundur dalam subjek-subjek ini. Justeru, penyokong taksub dan pengampu seperi mereka membuatkan kepimpinan negara berasa tindakan itu betul.
8. Islam Hadhari. Singapura maju tanpa Islam hadhari. Di bawah Islam yang sejati, kita yakin kita akan lebih maju tetapi jelas, di bawah Islam hadhari, orang Islam semakin ketinggalan..
9. Perjanjian air yang berat sebelah antara Malaysia & Singapura membebankan Malaysia. Malaysia melalui Johor menjual air dengan harga 3sen untuk 1000 gelen kepada Singapura dan perjanjian sah sehingga 2050. Singapura kemudiannya menjual air ini kepada syarikat perkapalan yang berlabuh dengan harga US20 dolar untuk 1000 gelen.
10. Malaysia seterusnya hilang kedaulatan apabila tidak berani membuat jambatan bengkok dalam kawasan Malaysia kerana takut reaksi balas Singapura. Baca komen Tun.
11. Malaysia membenarkan kereta-kereta Singapura masuk keluar dengan cukup mudah. Pemandu Singapura terkenal sebagai pemandu yang laju dan merbahaya sewaktu memandu di Malaysia. Di Singapura, undang-undang mereka ketat di mana kereta Malaysia tidak boleh keluar Singapura sehingga semua saman dijelaskan. Ini berbeza dengan Malaysia di mana pemandu Singapura bebas keluar masuk.
12. Kehilangan pulau Batu Puteh. Modus operandi cukup mudah. Dapatkan dokumen dari malaysia bahawa Malaysia tidak menuntut kawasan tersebut. Kemudian laburkan beberapa juta untuk infrastruktur. Akhirnya, bawa kes ke mahkamah antarabangsa. Kebijaksanaan pemimpin seperi Lee Kuan Yew yang dahulunya peguam memang terserlah berbanding pemimpin Malaysia yang setakat belajar kesusasteraan Melayu.
13. Kerja penambakan yang sentiasa membesarkan Singapura.
14. Usaha Singapura menjadikan nagara tersebut negara kasino membawa kesan kepada Malaysia. Kaki judi dari malaysia akan mengalirkan matawang malaysia ke Singapura yang merugikan ekonomi Malaysia.
15. Singapura sentiasa memilih kepimpinannya bijak di mana majoriti kepimpinan mempunyai ijazah sarjana dari Harvard dan Oxford. Ini berbeza dgn malaysia di mana kepimpinan negara tidak terpelajar.
Berdasarkan modus operandi yang sama ke atas kes Batu Puteh, Wilayah Pembangunan Iskandar akhirnya berkemungkinan besar boleh menjadi kepunyaan Singapura. Perjuangan Melayu selama 608 tahun dikhianati UMNO! Baca fakta : Singapura diserahkan kepada Lee Kuan Yew oleh UMNO!
21 November 2008
How is crude oil measured?
Source from : www.opec.org . Crude oil is measured in barrels. When crude oil first came into large-scale commercial use in the United States in the 19th century, it was stored in wooden barrels. One barrel equals 42 US gallons, or 159 litres. In some cases crude oil is also measured in tons. The number of barrels contained in each ton vary depending on the type and specific gravity of each crude, however the average number considered would be around 7.33 barrels per each ton.
so, formula kita nak calculate harga minyak hari-hari adalah,
(harga minyak harian --> refer www.opec.org) x (US Dollar --> refer bank terdekat) / (159 liter)
cth calculation hari ini(21/11/08);
(44.06)x(USD 3.341) / 159 = RM
20 November 2008
EPF 8% means paying more income-tax for high income group!
Assume monthly basic salary is RM4000.
- If your monthly EPF contribution is 11% ( RM440 ), taxable income = RM3560, income tax payable = RM77.
- If your monthly EPF contribution is 8% ( RM320 ), taxable income = RM3680, income tax payable = RM109.
Conclusion : If you choose to contribute 8%, you will end up paying more income tax to the government, which will make the government richer. Finance Minister Najib said this measure is meant to boost up the slow-down market, but from this example wee see that the money does not go into the market. Instead the money goes direct into the Government's pocket through the greater amount of income tax that we will have to pay. Obviously this measure does not help the market at all. Do we still want this kind of government that doesn't have the best interest of the people in mind?