CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

24 Mac 2009

Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain ?

Baru habis baca buku mengenai Iskandar Zulkarnain. Tajuk aje dah semacam. "Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain". Dari muda lagi aku baca mengenai Raja Iskandar @ Alexander (yelah coz nick aku Azli Iskandar - tu yang timbul minat tu), punyalah syok sebab ingat Iskandar ni adalah raja yang disebut dalam Al-Quran surah Al-Kahfi. Rerupanya, bukan baginda yang dimaksudkan.

Malah Raja Iskandar dicop sebagai seorang raja yang zalim kerana terlalu banyak menumpahkan darah manusia dalam setiap perang yang dilancarkan dalam misi menawan seluruh kerajaan dalam dunia ini.

Zulkarnain yang dimaksudkan adalah Raja Kurush ( Cyrus the Great) - http://en.wikipedia.org/wiki/Cyrus_the_Great- , adalah raja yang dimaksudkan, yang menawan kerajaan Babylon tanpa pembunuhan, membina tembok - http://www.archaeology.org/0807/galleries/daghestan/ - penghalang daripada serangan Yakjuj dan Makjuj (Gog and Magog - yang dikisahkan akan memusnahkan dunia ini bila kiamat berlaku) dan yang menguasai kerajaan Timur dan Barat 4ooo tahun dahulu. Bagindalah raja segala manusia selepas Raja (Nabi) Sulaiman dan yang menguasai sebesar kerajaan. Baginda juga adalah seorang raja yang beriman kepada Allah ( berbanding Raja Iskandar yang menganut pegangan Yunani - pemuja dewa) sehingga menghasilkan Skroll yang paling bernilai iaitu Cyrus Cylinder.

Sejarah tidak pernah berdusta mengenai apa yang telah berlaku. Satu fakta yang amat memeranjatkan yang disebut dikahir buku ini adalah mengenai kedudukan raja-raja Melayu dari susur galurnya yang dikatakan berasal dari turunnya dewa di Bukit Siguntang...sangat memeranjatkan.

Buku ini ditulis oleh Afareez Abd Razak, seorang pensyarah Universiti Malaya. Malah karya ini didokumenasikan dalam bentuk filem dokumentari yang disiarkan oleh Astro Oasis. Sangat mengujakan bila telah lama tidak membaca buku-buku bersifat seperti ini.

Wassalam

Artikel asal di http://www.slurpi79.blogspot.com