CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Memaparkan catatan dengan label Johor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Johor. Papar semua catatan

08 September 2009

Laporan kepada SPRM terhadap Kerajaan BN Johor

Di sebalik Laporan kepada SPRM terhadap Kerajaan BN Johor
Posted on Monday, September 07 @ 07:02:44 PDT by KetamBatu

Oleh : Zabidie Abas
( http://amkj.blogspot.com )

Terdapat dua isu yang mahu dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) Cawangan Negeri Johor iaitu :

A. Isu Pertama :

37,000 hektar Hutan Simpanan Kekal Terosot Negeri Johor telah diluluskan untuk tujuan Program Ladang Hutan Getah atau Latex Timber Clone (LTC) pada September 2007. Jangkaan nilai Kayu balak ini adalah RM 3 hingga 5 billion. Projek ini telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 10,010.25 hektar Hutan Simpanan Kekal Terosot, diperuntukkan kepada 6 buah syarikat swasta seperti dibawah :


1. Serece Track Sdn. Bhd. - 1,296.09 hektar

2. Makmurplus Industry Sdb Bhd - 1,304.00 hektar

3. Groplus Industries Sdn. Bhd - 1,738.16 hektar

4. Jasa Wibawa Sdn. Bhd - 1,624.00 hektar

5. Setindan Sdn. Bhd - 2,024.00 hektar

6. Hamid Sawmill Sdn. Bhd - 2,024.00 hektar



Baki 27,871.31 hektar diperuntukkan kepada 3 buah Badan Berkanun seperti dibawah :


1. Perbadanan Islam Johor. - 12,340.75 hektar

2. Yayasan Pelajaran Johor - 6,316.87 hektar

3. Perbadanan Johor Bioteknologi & Biodiversiti - 9,213.68 hektar



Kawasan Hutan Simpanan Kekal Terosot terbabit adalah merupakan Hutan Sambungan atau “Central Forest Spine” (CFS) , di mana binatang-binatang liar merentasi kawasan ini dalam perjalanan berimigrasi ke Utara waktu musim monsun. CFS diklasifikasikan sebagai Hutan Simpanan Kekal yang mesti dikekalkan dalam Rancangan Fizikal Nasional (2005). Program LTC adalah melibatkan Hutan Simpanan Kekal Endau-Kahang dan Sungai Mas di Hutan Simpanan Endau-Kota Tinggi.


Hutan Simpanan Labis diwartakan pada tahun 1929. Hutan Perlindungan Hidupan Liar Segamat, Hutan Perlindungan Hidupan Liar Endau-Kluang dan Hutan Perlindungan Hidupan Liar Endau-Kota Tinggi diwartakan pada tahun 1933 untuk tujuan memperlindungi habitat hidupan liar di bawah Seksyen 6(i)(b) Enakmen Perlindungan Mergastua dan Burung 1923.


Walaupun Enakmen-enakmen negeri tentang Hutan Perlindungan Hidupan Liar telah digantikan dengan Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Akta 76), sebarang Hutan Simpanan Perlindungan Hidupan Liar diwartakan sebelum wujudnya Akta tersebut adalah masih berkuat kuasa di bawah peruntukan Seksyen 2(2) kecuali enakmen terbabit dimansuhkan secara sahih.



Seksyen 10 (3) Akta Perhutanan Negara menghendaki Pengarah Jabatan Perhutanan, dengan kelulusan Kerajaan Negeri, melalui pemberitahuan dalam Warta, menukar pengelasan hutan simpanan kekal dan hutan perlindungan hidupan liar kepada tujuan lain. Selain itu, Seksyen 12 Akta tersebut juga menghendaki Kerajaan Negeri mengambil kira keperluan pemuliharaan tanah dan air, kepelbagaian hayat, kesan kepada alam sekitar serta dapat menggantikan suatu kawasan tanah yang lebih kurang sama luasnya sebagai suatu hutan simpanan kekal.




Ekoran pembalakan besar-besaran sedemikian banjir besar-besaran musim tengkujuh akan mendatangkan pemusnahan 50 perkampungan Orang Asli dan Kampung Tradisi Melayu di sepanjang Sungai Mas di Hutan Simpanan Endau-Kluang dan Endau-Kota Tinggi. Di samping itu, kekurangan bekalan air seperti berlaku pada pertengahan tahun 2005 akan berlaku semula sebab hutan simpanan terbabit adalah juga kawasan tadahan air dan asal sungai-sungai di seluruh Nageri Johor.


Masalah alam sekitar termasuk banjir lumpur dan permasalahan binatang-binatang liar termasuk gajah-gajah akan kehilangan habitat semulajadi mereka dan terpaksa merayau-rayau di ladang-ladang serta memusnahkan tanaman tani di persekitaran Sungai Mas di Hutan Simpanan Kekal tersosot di sepanjang persempadanan Hutan Simpanan Mersing, Labis, Kluang dan Kota Tinggi.


Pemuda Pakatan Rakyat beranggapan baawa terdapatnya kecuaian dalam pelaksanaan Projek LTC Negeri Johor seperti berikut :


Tiadanya laporan DEIA (Detailed Environmental Impact Assessment). Sedangkan sebarang penebangan hutan lebih daripada 500 hektar perlu mendapat laporan berkenaan. Oleh itu pembalakan melibatkan beribu-ribu hektar di bawah Perjek LTC telah dilakukan tanpa DEIA. Ia juga telah melanggar piawaian yang ditentukan oleh Majlis Pensijilan Kayu Malaysia.
Tiadanya perbincangan dengan jabatan dan badan berkaitan untuk melaksanakan projek LTC. Jabatan dan badan berkiatan adalah seperti Jabatan Perhutanan, Jabatan Perhilitan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran, UPEN(Unit Perancangan Ekonomi Negeri), Penasihat Undang-undang Negeri dan Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan seperti Malaysian Nature Society dan Majlis Peguam.
Terdapat kawasan projek LTC yang ditanam dengan kelapa sawit bukannya pokok getah. Amalan ini adalah bercanggah projek yang sebenar.


B. Isu Kedua:



Dalam soalan bertulis bernombor B 26 semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Johor pada bulan November 2009, Y.B Dr. Boo Cheng Hau ADUN Skudai telah mengutarakan soalan berkaitan Penanaman Pokok Getah dan Akasia. Berikut adalah jawapan yang telah diberikan:


d. .... Kelulusan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri ke atas Projek Ladang Hutan Getah ini adalah seperti berikut :

§ Serece Track Sdn. Bhd. - 1,296.09 hektar

§ Makmurplus Industry Sdb Bhd - 1,304.00 hektar

§ Groplus Industries Sdn. Bhd - 1,738.16 hektar

§ Jasa Wibawa Sdn. Bhd - 1,624.00 hektar

§ Setindan Sdn. Bhd - 2,024.00 hektar

§ Hamid Sawmill Sdn. Bhd - 2,024.00 hektar


Dalam soalan bertulis bernombor B 163 semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Johor pada bulan November 2009, Y.B Dr. Boo Cheng Hau ADUN Skudai telah mengutarakan soalan berkaitan Konsesi Pembalakan. Dalam jawapan yang telah diberikan telah dinyatakan seperti berikut :


Konsesi pembalakan yang telah dikurniakan di antara tahun 2000 hingga 2008 di Seluruh Negeri Johor ialah sebanyak 8 syarikat iaitu :
i. Syarikat kilang papan Hamid Sawmill Sdn. Bhd

........


Berdasarkan kepada dua jawapan sidang Dewan Undangan Negeri Johor ini maka telah didapati Syarikat kilang papan Hamid Sawmill Sdn Bhd telah dikurniakan konsesi balak di antara tahun 2000 hingga 2008. Pemilik syarikat ini adalah seperti berikut :


Suhailah Binti Abd Malek, Datin (540915-01-5794)
Abdul Hamid Bin Abdul Rahman, Datuk (530720-02-5731)


Y.B Abdul Hamid Bin Abdul Rahman adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap telah dilantik oleh Dewan Undangan Negeri Johor sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Raya Negeri Johor, pada tahun 2008. Malangnya semasa perlantikan itu ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Johor tidak dimaklumkan berkaitan penglibatannya secara terus dalam projek LTC.


Salah satu tugas yang telah diberikan kepada Jawatankuasa Kira-kira Raya Negeri Johor adalah untuk menyiasat kecuaian Kerajaan Negeri Johor berhubung dengan projek LTC.



C. Tindakan SPRM :


Oleh itu, Suruhanjaya Pencegarahan Rasuah Malaysia(SPRM) seharusnya menyiasat perkara-perkara berikut :

Adakah kawasan pemusnahan hutan-hutan simpanan terbabit dalam projek LTC telah dikeluarkan daripada pewartaan Hutan Simpanan Johor?
Adakah projek LTC dilaksanakan secara halal menurut Undang-undang Persekutuan dan Enakmen Negeri?
Adakah telah disediakan Hutan Simpanan gantian kepada projak LTC?
Apakah sistem ekologi tidak terjejas selepas penebangan hutan simpanan?
Adakah kecuaian berlaku dipihak Kerajaan Negeri Johor semasa perlaksanaan projek LTC?
Adalah perlantikan Y.B Abdul Hamid Bin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Raya Negeri Johor tidak bertentangan dengan tugas Jawatankuasa ini yang bertujuan sebagai check & balance Kerajaan Negeri Johor.


Yang Benar;





__________________________________


Nama : SDR KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL.

Jawatan : Ketua Pemuda PAS Johor.

No K/P : 730111-01-6625





__________________________________


Nama : SDR ZABIDIE BIN ABAS.

Jawatan : Ketua Angkatan Muda PKR Johor

No K/P : 680220-01-6293

__________________________________


Nama : SDR TAN HONG PIN

Jawatan : Setiausaha Pemuda DAP, Johor

No K/P : 810320-01-5645

23 November 2008

15 fakta pengkhianatan UMNO berkenaan Johor

Ayah saya pernah beritahu, Singapura lebih maju dari Malaysia bukan kerana rakyatnya lebih bijak. Mari lihat 15 fakta yang jelas menunjukkan pengkhianatan UMNO.

1. Politik Malaysia di bawah UMNO huru-hara dengan skandal fitnah liwat dan fitnah politik. Politik Singapura stabil. Sekalipun media Malaysia sentiasa menggambarkan Singapura dengan pemerintahan diktator, hakikatnya ialah rakyat Singapura selesa dengan ekonomi yang cemerlang dan kepimpinan negara yang bersih dari rasuah.

2. Kepimpinan S’pore bersih dari rasuah. Rasuah dipandang serius di Singapura. Seorang menteri Singapura pernah dikecam teruk kerana mendapat sedikit diskaun sewaktu pembelian sebuah apartment. Ini berbeza dengan politik Malaysia di mana imej BPR cukup rendah dan dilihat di bawah kerajaan.

3. Singapura tidak boros. Kepimpinan Singapura tidak menghabiskan harta negara untuk projek-projek yang sekadar menguntungkan kroni.

4. Gaki kakitangan kerajaan tinggi. Gaji PM Singapura tertinggi di dunia. Di Malaysia, kakitangan kerajaan hidup susah. Bak kata pepatah, kais pagi makan pagi.

5. Perancangan yang teliti untuk jangka masa panjang. LIhat saja bagaimana Pulau Batu Putih berjaya dirampas dari Malaysia dengan perancangan yang teliti.

6. Rakyat Spore bersemangat mencari wang. Rakyat Malaysia khususnya Melayu banyak yang mempunyai sikap usaha malas mencari wang dan otak malas merancangnya kewangan.
Justeru, ekonomi orang Islam mundur. Pendapatan berkapita orang Melayu rendah berbanding kaum lain. Orang Melayu juga asyik berpolitik tetapi ramai yang enggan berniaga dan tidak sistematik dalam mengurus kewangan. Perancangan itu penting.

7. Sistem pendidikan dipolitikkan. Pensyarah dan guru-guru diperkuda oleh BN. Penukaran ke bahasa Inggeris untuk Sains dan Matematik menjadikan budak-budak Melayu semakin mundur dalam subjek-subjek ini. Justeru, penyokong taksub dan pengampu seperi mereka membuatkan kepimpinan negara berasa tindakan itu betul.

8. Islam Hadhari. Singapura maju tanpa Islam hadhari. Di bawah Islam yang sejati, kita yakin kita akan lebih maju tetapi jelas, di bawah Islam hadhari, orang Islam semakin ketinggalan..

9. Perjanjian air yang berat sebelah antara Malaysia & Singapura membebankan Malaysia. Malaysia melalui Johor menjual air dengan harga 3sen untuk 1000 gelen kepada Singapura dan perjanjian sah sehingga 2050. Singapura kemudiannya menjual air ini kepada syarikat perkapalan yang berlabuh dengan harga US20 dolar untuk 1000 gelen.

10. Malaysia seterusnya hilang kedaulatan apabila tidak berani membuat jambatan bengkok dalam kawasan Malaysia kerana takut reaksi balas Singapura. Baca komen Tun.

11. Malaysia membenarkan kereta-kereta Singapura masuk keluar dengan cukup mudah. Pemandu Singapura terkenal sebagai pemandu yang laju dan merbahaya sewaktu memandu di Malaysia. Di Singapura, undang-undang mereka ketat di mana kereta Malaysia tidak boleh keluar Singapura sehingga semua saman dijelaskan. Ini berbeza dengan Malaysia di mana pemandu Singapura bebas keluar masuk.

12. Kehilangan pulau Batu Puteh. Modus operandi cukup mudah. Dapatkan dokumen dari malaysia bahawa Malaysia tidak menuntut kawasan tersebut. Kemudian laburkan beberapa juta untuk infrastruktur. Akhirnya, bawa kes ke mahkamah antarabangsa. Kebijaksanaan pemimpin seperi Lee Kuan Yew yang dahulunya peguam memang terserlah berbanding pemimpin Malaysia yang setakat belajar kesusasteraan Melayu.

13. Kerja penambakan yang sentiasa membesarkan Singapura.

14. Usaha Singapura menjadikan nagara tersebut negara kasino membawa kesan kepada Malaysia. Kaki judi dari malaysia akan mengalirkan matawang malaysia ke Singapura yang merugikan ekonomi Malaysia.

15. Singapura sentiasa memilih kepimpinannya bijak di mana majoriti kepimpinan mempunyai ijazah sarjana dari Harvard dan Oxford. Ini berbeza dgn malaysia di mana kepimpinan negara tidak terpelajar.

Berdasarkan modus operandi yang sama ke atas kes Batu Puteh, Wilayah Pembangunan Iskandar akhirnya berkemungkinan besar boleh menjadi kepunyaan Singapura. Perjuangan Melayu selama 608 tahun dikhianati UMNO! Baca fakta : Singapura diserahkan kepada Lee Kuan Yew oleh UMNO!