CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Memaparkan catatan dengan label Kebajikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kebajikan. Papar semua catatan

28 April 2009

Kenapa bayar lebih ??

Pada satu pagi saya menonton ASTRO saluran 413 (kalo tak silap). Ada satu filem yang lebih kurang macam dokumentari bercerita tentang kemudahan-kemudahan yang ada dinegara barat. Dalam ceriat tersebut negara-negara yang terlibat adalah Amerika Syarikat (yang bercerita itu adalah rakyaat AS), Kanada Dan Britain.

Pencerita tu pergi ke Kanada untuk soal siasat tentang kemudahan perubatan bagi rakyaat Canada dengan harapan kemudahan perubatan di AS lebih baik dari negara lain tapi apa yang beliau dapati bahawa sangkaan tersebut SALAH.

Dari maklumbalas yang beliau dapat :-

Di Kanada kemudahan perubatan adalah percuma bagi raakyat negara tersebut seperti :-

Kes 1

Seorang warga emas mendapat kecederaan otot di lengan dan kaki semasa bersukan dan mendapatkan rawatan pembedahan di hospital di sana.

Di Kanada Kos rawatan = Percuma (ditanggung oleh kerajaan)

Jika di AS Kos Rawatan = US15,000 - US25,000

Kes 2

Seorang lelaki dewasa mendapat kecederaan dimana semua jari di tangan kanan beliau putus akibat kemalangan ditempat kerja (beliau adalah petani) dan beliau mendapatkan rawatan kecemasan dimana major surgery telah dibuat untuk menyambung kesemua jari tersebut.

Di Kanada Kos Rawatan = Percuma (ditanggung oleh kerajaan)

Jika di AS Kos Rawatan Ikut berapa Pesakit Itu Mampu Bayar

- untuk menyambung ibu jari = US20,000

- untuk menyambung jari telunjuk = US15,000

- untuk lain-lain jari = US10,000

Di Britain kemudahan perubatan adalah percuma bagi raakyat negara tersebut seperti :-

- Sekiranya seorang wanita yang bekerja bersalin beliau diberikan cuti 6 bulan bergaji dan sekiranya wanita itu ingin menyambung cuti beliau boleh ambil lagi 6 bulan cuti tanpa gaji.

- Kerajaan menyediakan seorang pekerja yang pergi dari rumah kerumah sebagaimana jadual setiap wanita yang telah bersalin dan membantu keluarga tersebut menjalankan apa-apa kerja rumah. Setiap ibu yang bersalin akan didatangi pekerja tersebut 2 kali seminggu (4jam bagi setiap lawatan) selama 6 bulan.

Wanita yang telah bersalin boleh terus keluar dari hospital tanpa memikirkan bil-bil yang perlu dibayar kerana semuanya PERCUMA.

- Semua ubat-ubatan boleh dibeli disemua farmasi pada 1 harga.

Contoh:-

Beli ubat 30 biji - RM 10.00

Beli ubat 120 biji - RM 10.00

Beli ubat untuk pesakit Jantung - RM 10.00

Beli ubat untuk pesakit kronik - RM 10.00

Penulis cuba mencari tempat pembayaran di hospital tersebut. Selepas puas beliau merayau lalu berjumpalah dengan apa yang dicari. Akan tetapi bila ditanya kepada pegawai yang bertugas dikaunter tersebut berapa kutipan beliau sehari lagi sekali pencerita terperanjat kerana pegawai tersebut bukan ditugaskan untuk menerima bayaran kos perubatan tetapi ditugaskan untuk membayarbalik kos perjalanan pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan di hospital tersebut.

Pelik bukan!!!!!!

Tapi itulah realitinya.......

Setiap hospital menyediakan Pegawai Perubatan yang boleh dipanggil kerumah pada bila-bila masa tanpa apa-apa bayaran dan Pegawai itu menjalankan kerja beliau dengan penuh tanggung jawab.

Apabila pencerita menemuramah Jabatan yang terbabit dan bertanya kenapa semua PERCUMA........maka jawapan yang pencerita terima sekali lagi memeranjatkan kerana jawapannya adalah:

" Pihak kerajaan mengutip cukai dari rakyaatnya setiap tahun. Dengan duit cukai itulah kerajaan guna untuk memberi perkhidmatan secara PERCUMA pada rakyatnya. "

" Selagi kerajaan mengutip cukai selagi itulah rakyaat akan mendapat kemudahan percuma dalam apa juga bentuk termasuk pelajaran, perubatan dan lain-lain lagi "

Kita sedia maklum, kat sana cukai tinggi tapi ini lah faedah yang mereka dapat hidup percuma.. tapi malaysia... ni dah lah kereta kena tax ada hati suruh kita beli kereta tempatan yg mahal, kemudian suruh kita bayar kereta+interesbank+tax= tak ke gila, kemudian dia mintak lagi kita bayar cukai pendapatan siap iklan kat tv.... apa kita dapat bila kita bayar cukai?. tol kena bayar...kalau anak sakit p hospital tunggul lah berejam kat hospital kerajaan...dah tu kalau nak bersalin kena bayar le sendiri. sepatutnya kita bayar cukai kita dapat banyak kemudahan tapi ini dah tebalik aku pelik betul dengan kerjaan malaysia ni lagi teruk dari kapir. dah lah semua benda dia tax kemudian masuk U pun buat pinjaman ada interss. apa yang kerajaan tak cukup lagi? selama ni duit cukai guna untuk menanggu beban hutang kroni ka? Malaysia Airlines? Proton? Lebuh raya?. Ubat-ubatan? ni bila ada gempa bumi atau bencana Alam kat sape yg kerajaan minta? kat rakyat juga!... bila ada tasunami kat ahceh mintak lagi duit kat rakyat... bila ada bencana alam kat rumah dato n tan sri kat Ampang pun kena mintak duit kat rakyat... eh gila ke kerajaan malaysia ni?... malaysia negara paling kaya di dunia sebab banyak cukai dari barang yang di import masuk ke malaysia.. sampai kan ke semua tol yang ada di malayasia... tambah lagi dengan cukai pelabuhan yang berbillion ringgit masuk setiap tahun, tambah lagi dengan cukai eletrik, cukai telekom, cukai patronas, cukai road tax, cukai kereta buatan sendiri(proton), cukai kereta import, cukai imigrasen, cukai saman, cukai air, cukai barangan eletrik n elektronik, cukai suka-suka hati(cukai arak n judi), cukai pelancongan(hotel, dll), cukai 5% untuk semua makanan fast food, n mcm -mcm lagi dia cukai....

sbb tu lah bila duit tak pernah cukup kat rakyat sbb semua duit kita dia nak.. belum masuk cukai bonus setiap tahun pun dia ambik kalau bonus korang lebih dari 2500. tapi apa kita dapat

Cuba bandingkan dengan negara kita yang tercinta. Kat sana cukai tinggi ... dan rakyat mereka bertanggungjawab bayar cukai . Kat sini cukai agak rendah ... dan ada org yg buat bisnes juta2 pun ak declare kat LHDN . So, fikir-fikirkanlah kan lah secara logical ...

03 Februari 2009

Shisha

Di sebalik hidangan hookah atau lebih dikenali sebagai shisha. Suatu ketika dulu operasi menyaman golongan perokok rancak dijalankan. Hatta yang sedang menunggu teksi di perhentian pun disamannya. Kini undang-undang itu bak ditelan zaman. Perokok bebas merokok di mana sahaja. Dan yang terbaru sejak akhir-akhir ini budaya menghisap shisha pula semakin popular!

Shisha atau juga dikenali dengan nama "hookah" merupakan sejenis peralatan paip air yang menegak, lazimnya digunakan untuk menghisap tembakau yang berperisa. Bayaran yang biasa dikenakan ialah antara RM10 hingga RM15 untuk satu sesi shisha. Menghisap shisha yang kian menjadi kegilaan khususnya muda-mudi Melayu, telah diamalkan di Timur Tengah ratusan tahun lamanya. Sebelum kemunculan tembakau, bahan yang sering digunakan di dalam shisha ialah candu dan hashish.

Rasanya sudah tiba masanya kita memandang serius gejala yang merosakkan ini. Kita amat merasa bimbang apabila masyarakat seolah-olah menerima trend menghisap shisha. Yang lebih menyedihkan lagi anak-anak muda remaja dan belia berlumba-lumba memulakan perniagaan kecil-kecilan (sambil menumpang di restoran2) seolah-olah ia direstui oleh semua orang.

Kalau kita boleh berkempen untuk saudara kita di Palestin, mengapa tidak untuk kita berkempen menyedarkan kepada masyarakat sekeliling betapa bahayanya shisha? Benar kita perlu sentiasa berjuang untuk bumi Palestin. Tetapi tidak harus lupa juga kepada penyediaan generasi akan datang untuk meneruskan perjuangan yang kita junjung sekarang. Tapi awal-awal lagi tunas Islam di cemari dengan rokok dan shisha, apa yang kita harapkan lagi.

Mungkin dikalangan kita sekadar beranggapan shisha dan rokok itu sama sahaja. Hisap dan keluarnya asap jua. Tapi jangan lupa. kaedah mengisap shisha juga sama denga menghisap dam (yang menggunakan candu). Mana mungkin orang kebanyakkan seperti kita semua boleh membezakan orang yang sedang menghisap shisha tersebut menggunakan tembakau atau candu sebagai intinya?

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman dalam temubual ;

"Menghisap shisha, katanya, mempunyai banyak persamaan dengan perbuatan menghisap rokok dan dalam masa yang sama, ada juga penggemar shisha perokok tegar. Di Malaysia, tambahnya, menghisap shisha ini lebih mirip kepada pengambilan dadah marijuana dengan menggunakan alat yang dipanggil "dapur".

"Persoalan yang perlu dirungkaikan ialah, sesuaikah menghisap shisha ini dengan sosio-budaya Malaysia?Kerajaan telah menetapkan dadah sebagai musuh utama negara. Justeru, kita tidak sepatutnya membiarkan budaya negatif ini timbul semula melalui inovasi shisha. Ia mungkin inovasi baru tetapi tetap sama (penggunaan tembakau),"

Budaya yang tak elok ini perlu dicantas secepat mungkin. Kempen harus dilaksanakan. Banner mesti dinaikkan. Flyer juga harus disebarkan. Operasi terjah dan explain dari restoran ke restoran perlu dijalankan. Khutbah Jumaat juga boleh memainkan peranan. Insyallah. sekadar beberapa cadangan yang terlintas...

"Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." Al Baqarah : 28

Artikel asal di www.tranungkite.net

21 Disember 2008

Kesan buruk IJN Diswastakan

Di sebalik isu penswastaan IJN, kita melihat bahawa cadangan pengambilalihan Institut Jantung Negara (IJN) oleh Sime Darby Berhad semalam memulai gerak langkah Kerajaan BN yang ingin melepaskan tanggungjawab sosialnya dan industri kesihatan negara.

Isu penswastaan institusi kesihatan awam sudah lama kedengaran, namun cadangan yang dikemukakan Sime Darby Berhad semalam benar-benar mengejutkan rakyat kerana ianya disambut dengan begitu santai oleh Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak yang dengan mudah bersetuju pada pengambilalihan itu.

EPU sudah luluskan
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato' Seri Ahmad Zubir Murshid mengakui bahawa mereka telah menerima surat kelulusan dari EPU semalam selepas mengemukakan cadangan bagi mengambil alih 51 peratus kepentingan Kerajaan dalam IJN.

Ini bermakna Sime Darby Berhad bakal menjadi pemilik majoriti bagi saham IJN di mana kepentingan Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan akan berkurangan kepada 49 peratus sahaja. Ini sekaligus memperjelaskan pada rakyat bahawa IJN akan bertukar tangan dan fungsi, dari Institusi milik kerajaan kepada institusi swasta.

Sama ada pengurusannya akan dirombak atau tidak, itu adalah persoalan kedua. Apa yang paling merisaukan rakyat adalah kadar bayaran perkhidmatan serta obligasi rakyat yang menjadi pelanggan dan pemilik bersama IJN.

Mereka buat keuntungan
Semua orang tahu bahawa Sime Darby Berhad adalah syarikat milik kerajaan (GLC), walau bagaimanapun fungsinya tidak sama dengan organisasi kerajaan lainnya kerana ia adalah organisasi yang membuat keuntungan.

Pada masa ini, melalui Bahagian Penjagaan Kesihatan Kumpulan Sime, mereka telah mewujudkan Pusat Perubatan Pakar Subang Jaya (SJMC), dimana semua orang tahu bahawa kadar bayaran perkhidmatannya begitu tinggi.

Pastinya dalam membuat kebajikan Sime Darby Berhad tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati keuntungan yang bakal dicipta melalui pengambil alihan itu.

Jaminan untuk mengekalkan khidmat sosial perubatan jantung kepada golongan miskin memang ada dinyatakan dalam prasyarat pengambilalihan yang dibenarkan oleh EPU itu, namun adakah ia benar-benar memberikan ruang yang seimbang antara pesakit yang tidak bekemampuan dengan yang berkemampuan.

Dikhuatiri, perkhidmatannya nanti akan tertumpu pada mereka yang berada, manakala kuota pesakit yang kurang berkemampuan akan diwujudkan dan jumlahnya mungkin kurang dari sekarang.

Ini sekali gus akan memberikan satu tekanan pada rakyat untuk mencari perkhidmatan perubatan jantung alternatif yang lebih murah. Tetapi pada masa itu, mereka sudah tiada tempat untuk dirujuk kerana IJN yang menjadi satu-satunya pusat perubatan jantung negara sudah diswastakan.

Kepentingan 51 peratus saham IJN sudah memberikan Sime Darby Berhad cukup berkuasa untuk menentukan dasar dan hala tuju IJN dimasa akan datang.

Sime mampu, tapi punya agenda tersembunyi
Presiden Sime Darby Berhad turut mengakui bahawa mereka mampu untuk membina pusat perubatan jantung yang baru, walaubagaimana pun beliau risau yang ianya agak sukar kerana memerlukan tempoh yang lama untuk membina reputasi.

Pengakuan ini jelas menunjukan bahawa Sime Darby Berhad mempunyai hasrat yang lebih jauh dalam mengambil peluang bagi mendapatkan profit yang tinggi melalui reputasi dan jenama IJN yang sudah begitu terkenal dalam dunia perubatan sekarang.

Oleh itu, niat Sime Darby Berhad kini menjadi persoalan, kerana mereka sudah memperjelaskan matlamat utamanya untuk menguasai perniagaan perubatan melalui jalan pintas dengan memiliki IJN.

Seandainya Sime Darby Berhad benar-benar ikhlas untuk memberikan khidmat sosialnya, mereka seharusnya mewujudkan sebuah hospital baru dimana pada masa ini negara masih kekurangan fasiliti dan tenaga pakar dalam bidang perubatan jantung serta sektor kesihatan yang lain.

Usaha menubuhkan hospital baru bukanlah suatu bebanan kerana penubuhan yang berasaskan khidmat sosial tidak memerlukan kuasa penjenamaan yang besar untuk bergerak maju ke hadapan.

Kerajaan hanya perlu memberikan kelulusan ruang tanah dan juga sedikit bantuan bagi fasiliti pembangunan untuk menyokong usaha mereka.

Menguasai IJN hanya menyempitkan peluang bagi menambahkan perkhidmatan perubatan dalam negara kerana kadarnya perkhidmatannya statik dalam lingkungan agensi IJN sahaja.

Maka sewajarnya Sime Darby Berhad membina sebuah pusat perubatan baru yang mempunyai fungsi sama dengan IJN bagi memperbanyakkan lagi fasiliti yang sedia ada tanpa menganggu IJN.

Tawaran EPU harus ditarik balik
Oleh itu pihak Kerajaan melalui EPU wajar menarik semula tawaran kelulusan yang diberikan semalam dan membatalkan cadangan pengambilalihan kepentingan Kementerian Kesihatan sebanyak 51 peratus dalam IJN.

Langkah ini lebih strategik dalam mendorong penyertaan syarikat swasta lainnya bagi membuka pusat perubatan baru dan bukannya bergantung pada institusi dan aset sedia ada milik kerajaan yang juga milik rakyat umumnya.

Kita memandang serius akan perkara ini dan tidak teragak-agak untuk menghantar memorandum bantahan atau demontrasi jika ianya diteruskan.

Kita juga menyeru agar rakyat bangkit membuat bantahan terbuka kerana ini merupakan satu permulaan. Jika anda berdiam, esok Kerajaan BN akan menjual pula Hospital dan Klinik-klinik Kerajaan yang sedia ada. Kita tidak boleh membiarkan institusi kesihatan negara diswastakan dan Kerajaan BN tidak boleh lepas tangan begitu sahaja.

* Kamaruzaman Mohamad ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan _


Artikel asal di www.harakahdaily.net