ANTARA ISI KANDUNGAN LAPORAN POLIS ARUMUGAM(LAPORAN PERTAMA)
PADA 17.10.2008 JAM L/KURANG 9.00 PAGI SEMASA SAYA BERADA DI RUMAH ALAMAT SEPERTI DI ATAS TELAH DATANG DUA LELAKI MELAYU MEMPERKENALKAN DIRI SEBAGAI WAKIL DARI ISTANA DAN AKAN MEMBERI PERLINDUNGAN KESELAMATAN KE ATAS DIRI SAYA .SAYA TELAH JEMPUT DUA LELAKI TERSEBUT MASUK KE KAWASAN RUMAH SAYA .MEREKA TELAH MEMINTA SAYA IKUT MEREKA KE ISTANA UNTUK TANDATANGAN WATIKAH ,MEREKA JUGA BERITAHU SAYA TELAH TERPILIH UNTUK MENERIMA ANUGERAH DATUK ,SEBAB ITU MEREKA DATANG UNTUK MEMBERI PERLINDUNGAN PADA SAYA SEMASA SAYA PERGI DAN BALIK DARI PEJABAT. SAYA TELAH SYAK INI ADALAH SATU PENIPUAN DAN SAYA MENOLAK DENGAN SECARA BAIK DARI MENGIKUT MEREKA KE ANAK BUKIT.SELEAS ITU SAYA TELAH DI HUBUNGI MENTERI BESAR KEDAH DAN SAYA DIBERITAHU INI ADALAH SATU PEMBOHONGAN DAN PENIPUAN,MENTERI BESAR TELAH BERCAKAP SENDIRI DENGAN MEREKA DENGAN MENGGUNAKAN TELEFON SAYA .MEREKA TELAH MARAH SAYA SEBAB BERITAHU PADA MENTERI BESAR DAN MEREKA TERUS BEREDARDARI RUMAH SAYA.SELEPAS MENTERI BESAR BERBINCANG DENGAN KETUA POLIS KEDAH SAYA DI SURUH BUAT REPOT BIMBANG KESELAMATAN DIRI DAN KELUARGA .SEKAIN REPOT SAYA. NO REPOT SG PETANI/020426/08
ANTARA ISI KANDUNGAN LAPORAN POLIS ARUMUGAM(LAPORAN KEDUA)
PADA 17.12.2008 JAM LEBIH KURANG 0700HRS APABILA SAYA BANGUN SAYA TERNAMPAK ADA SEKETUL BATU YANG DI BUNGKUS DENGAN PLASTIK BIRU DIDALAMNYA TERDAPAT SAMPUL SURAT BERADA DI TEPI KERETA,SAYA KEMUDIAN MEMBUAT PEMERIKSAAN DAN MENDAPATI CERMIN BESAR BELAKANG KERETA NO KBL 4000 JENIS PERDANA WARNA HITAM (KERETA RASMI EXCO KERAJAAN) TELAH PECAH,SAYA SYAK IANYA TELAH DI BALING OLEH ORANG .SAYA KEMUDIAN DATANG KE BALAI BUAT LAPORAN POLIS. NO REPOT SG PETANI /025421/08
Artikel asal di www.n25bukitselambau.blogspot.com
01 April 2009
KENAPA ARUMUGAM MELETAKKAN JAWATAN?
Posted by hamba-ALLAH at 12:28 PTG
Labels: Kedah, Kerajaan BN, PKR
04 Februari 2009
Teori Strategi Anwar Malukan Umno..???
Di sebalik Isu Politik Perak : Ulasan Menarik Tentang Strategi Anwar Malukan Umno
Satu analisis menarik yang dibuat oleh blogger Nuraflah tentang strategi licik Anwar. Betul atau salah boleh fikirkan!!!!!
DS Tajol Rosli pernah memberitahu, kerajaan Pakatan Rakyat di Perak akan tumbang sebelum 31 Ogos 2008. Seperti misi 916 Anwar, misi Tajol juga gagal. Biarpun kedua-kedua misi itu gagal disempurnakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan, namun itu tidak bermakna yang kedua-dua misi itu telah ditamatkan
Dalam posting saya yang bertajuk “Patutkah Adun Bota Buat Begitu?” , memang saya tidak mahu mengulas sesuatu yang bersifat ‘khabar angin’. Oleh kerana khabar angin yang saya maksudkan itu sudah bertukar nyata, saya terpanggil untuk mengulasnya ‘sedikit’. Gerakan untuk menarik ADUN Pakatan Rakyat berhijrah ke BN sudah bermula sejak Nizar dilantik sebagai MB Perak yang baru.
Mulanya, Tajol memujuk PAS menyertai BN secara terbuka dan pada ketika itu, isu muzakarah UMNO-PAS sedang heboh diperkatakan oleh peminat politik. Oleh kerana PAS menolak untuk bersama UMNO dan memilih untuk kekal dalam Pakatan, maka UMNO terpaksa memikirkan strategi baru. Tajol diberikan kepercayaan untuk menyerang kerajaan Pakatan Perak dari dalam. Sasaran mereka adalah ADUN Pakatan yang tidak bersetuju dengan perlantikan Nizar (PAS) sebagai Menteri Besar.
Jika dilihat dari permukaan air, pemilihan Nizar sebagai MB seolah direstui oleh semua ADUN Pakatan. Akan tetapi, realiti sebenarnya bukanlah begitu. Terdapat beberapa ADUN DAP dan PKR yang tidak berpuas hati dengan perlantikan Nizar. Mereka mahu wakil PKR menjadi MB dan bukannya wakil PAS. Nizar sedar tentang perkara itu. Sebagai wakil PAS, Nizar cuba bersikap neutral biarpun terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah wakil PKR dan DAP.
Nizar terpaksa membelakangkan dulu prinsip perjuangan PAS untuk mendengar dan melaksanakan permintaan PKR dan DAP. Beliau berbuat begitu kerana mahu memastikan kerajaan Pakatan berada dalam keadaan stabil.Hasilnya, Nizar berjaya mengubah persepsi masyarakat Cina di Perak mengenai parti PAS. Jika sebelum ini mereka menganggap PAS sebagai parti ‘Islam Ortodok’, kini mereka mengganggap PAS sebagai parti yang jujur, ikhlas dan kuat beragama.
Perkara ini diluahkan sendiri oleh bapa saudara saya (bukan Melayu) yang tinggal di negeri Perak.Oleh kerana masyarakat bukan Melayu Perak semakin menyukai cara Nizar berkhidmat, beberapa ADUN DAP yang dulunya menentang perlantikan Nizar mula berlembut dan semakin menerima kepimpinan Nizar.
Bagaimanapun, tindakan Nizar mendahulukan perjuangan DAP dan PKR membuatkan dirinya dikritik hebat oleh masyarakat Melayu. Nizar dilabel sebagai pembelot bangsanya sendiri malah dituduh menderhaka kepada Rajanya. Dalam masa yang sama pula, 2 exco PKR gagal dalam ujian “BMW” iaitu “business, money & woman”. Kerana iman yang sangat lemah, mereka mudah diperangkap dan terperangkap.
Akibatnya, mereka diberkas SPRM (dulunya BPR) dan kestabilan kerajaan Pakatan kembali bergolak. Penyokong Melayu PKR dan PAS mula bertelagah sesama sendiri. Tajol Rosli nyata gembira dengan perkembangan ini. Untuk mengelakkan ‘perang mulut’ yang lebih parah, Nizar mengambil jalan tengah. Dia membela kedua-dua ADUN itu sehingga kedua-duanya diputuskan bersalah oleh pihak mahkamah.
Bila Nizar mengambil pendirian itu, penyokong PKR semakin menghormati Nizar dan penyokong PAS menerima pendirian itu sebagai sesuatu yang lojik dan patut disokong. Isu penahanan 2 exco itu lebih menjejaskan nama baik PKR daripada kerajaan Pakatan di Perak. Masyarakat mula menyamakan PKR sebagai ‘UMNO yang berkulit baru’. Untuk mengelakkan persepsi itu berterusan melemahkan imej PKR, Anwar cuba memancing ADUN UMNO untuk memulihkan semula imej PKR.
Usaha Anwar berjaya, Nasaruddin berjaya dipujuk dan keyakinan rakyat kepada PKR dapat dipulihkan. Strategi ini hanya dapat menjamin kedudukan kerajaan Pakatan Perak buat sementara waktu. Jika kedua-dua ADUN PKR didapati bersalah oleh mahkamah, kerajaan Pakatan masih mempunyai lebihan 1 kerusi. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berterusan. Pakatan perlu berbuat sesuatu untuk terus mengukuhkan kedudukannya. Dengan segala bukti yang ada (termasuk pengakuan melakukan hubungan seks), keputusan mahkamah sudah dapat dijangka.
Anwar mula mengatur strategi seterusnya. Beliau mahu 2 ADUN PKR itu berunding dengan UMNO. Untuk berunding, 2 ADUN itu perlukan ‘modal’ dan modal yang mereka gunakan, ada ADUN DAP yang mahu mengikut jejak mereka [di sini]. UMNO tentu tertarik untuk berunding kerana kerajaan Pakatan dapat ditumbangkan dengan mudah. Bagaimanapun, Tajol Rosli tidak setuju dengan kemasukan 2 ADUN itu. Jika UMNO menerima mereka, liabiliti yang ditanggung PKR akan berpindah pada UMNO. Biar apapun alasan yang diberikan UMNO nanti, UMNO akan dilabel sebagai parti yang melindungi pesalah dan natijah sebenarnya pada PRU ke 13 nanti.
Tajol mengambil keputusan untuk berundur. Tugasnya digantikan Najib dan Zahid. Sebagai anak didik Anwar, Zahid gagal membaca strategi Anwar. Zahid tidak sedar yang kedua ADUN PKR itu sudah menandatangani surat perletakan jawatan. Apa-apa sahaja tawaran balas yang Najib dan Zahid berikan pada 2 ADUN itu hanya akan menguntungkan ADUN PKR itu dan merugikan UMNO. Strategi ini akan melemahkan imej Najib sebagai pemimpin harapan UMNO dan BN. Jika tidak, Anwar takkan me’link’kan keputusan ‘undian’ yang dibuat blog The People’s Parliament dan tulisan Raja Petra yang telah diterjemahkan oleh Mat Saman Kati di blog peribadinya malam tadi.
Semua ini dilakukan untuk mengaburkan mata penganalisis politik mengenai apa yang sebenarnya berlaku. Malah media juga berjaya dipergunakan kerana berita kehilangan ADUN PKR dan ADUN DAP berjaya menghangatkan lagi pentas politik Malaysia. Lebih hebat lagi, penyokong UMNO dan BN yang sedang teruja menantikan perubahan kerajaan Perak akan bertambah hampa pada kepimpinan mereka. Bahkan, penyokong Pakatan pun turut terpedaya dengan strategi ini.
Yang sebenarnya, Anwar memang mahu mengadakan pilihanraya kecil untuk memalukan lagi UMNO dan BN. Lalu, tidak perlu dihairankan bila Jamaluddin menafikan surat perletakan jawatan yang sampai ke tangan Speaker Perak [di sini].
Anwar memang sudah bersedia untuk mengadakan pilihanraya kecil kerana peluang untuk Pakatan menang kini 60:40. Kemenangan dalam pilihanraya kecil itu nanti amat penting untuk projek seterusnya di Persiangan dan DUN Sarawak.
Kini kita sudah tahu, kenapa Anwar digelar pemimpin yang bijak di Asia dan kenapa Tun Razak memujuknya masuk ke dalam UMNO dan kenapa Mahathir lebih sayangkan Anwar daripada anaknya sendiri pada suatu ketika dahulu.Fikir-fikirkanlah.
Nur Aflah: Sebelum ini ada yang bertanya, kenapa Nasaruddin masuk PKR dan bukannya PAS? Jawapannya mudah. Pemimpin PAS tidak meminang Nasaruddin.
Posted by SOFI WAHAB at www.telokbakong.com
Jamaludin ajak Adun KeADILan 'lompat'
TAIPING, 3 Feb (Hrkh) - Salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak yang hilang tempoh hari, Jamaluddin Mohd Radzi(Behrang) didakwa sering menyebarkan dan menjaja dakyah bahawa Menteri Besar Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin merupakan 'boneka DAP' dan 'boneka Cina' sejak penubuhan kerajaan negeri Pakatan Rakyat berjaya ditubuhk
Menurut beberapa sumber yang ditemui, sebaran dakyah ini dikatakan dijaja di seluruh negeri sering didengari daripada mulut Jamaluddin sendiri yang dikatakan turut berminat untuk menjawat jawatan yang disandang Nizar.
"Inilah kita rasakan tidak layak untuk dia menjadi wakil rakyat atau exco yang memburuk-burukkan Menteri Besar sendiri dengan pelbagai tohmahan. Dan dakyah ini sengaja ditimbulkan berulang kali supaya membakar semangat perkauman, dan mahu menjatuhkan Nizar sendiri," kata salah seorang yang enggan dikenali ketika ditemui oleh Harakahdaily di Sri Kota petang tadi.
Dalam pada itu sumber parti KeADILan di Perak memberitahu bahawa 'gerak-geri' Jamaluddin sudah lama dicurigai dan dilihat mahu berkuasa dalam KeADILan negeri sendiri sehingga sanggup mencantas beberapa pimpinan daripada menjawat jawatan dalam parti negeri.
Kata sumber terbabit, Jamaluddin bertindak 'menggantikan' Pengerusi Perhubungan Negeri yang lama kepada yang baru, dikatakan proksi beliau malah Jamaluddin sendiri kini memegang dua jawatan iaitu Timbalan Pengerusi dan Bendahari KeADILan Negeri.
"Perilaku Jamaluddin yang 'tamakkan' kuasa memang lama kita dah nampak...dan tentang tawaran wang itu juga kita ada dengar.
"Dia juga yang menghubungi beberapa Adun KeADILan untuk turut serta bersamanya dan Adun-Adun itu laporkan kepada kita dan kini kita sedang memantau pergerakan itu manakala Osman walaupun pada asasnya dia ok, dia seorang yang tiada pendirian. Dia adalah orang Jamaluddin dan hanya mengikut sahaja." kata sumber parti.
Sumber parti juga memaklumkan bahawa pihak parti sudah berusaha berkali-kali menghubungi beliau yang dilaporkan hilang malah kaum keluarganya juga tidak dapat dihubungi namun tidak dapat mengesahkan tentang masalah displin Jamaluddin yang dikatakan punca beliau berhenti kerja sebelum menceburi bidang politik dan menyertai KeADILan.
"Mereka dikatakan mahu jadi Bebas kerana khuatir lompat parti boleh menyebabkan pilihan raya kecil di Perak tetapi bebas pun tak lama lepas tu masuk Umno juga,"katanya yang akan memaklumkan keputusan displin parti dan maklumat terkini kepada Harakahdaily dalam masa yang terdekat.
"Apa yang dilaporkan di dalam blog atau laman web tentang pergolakan KeADILan Negeri akibat tindakan Jamaluddin, 80 peratus boleh dipercayai dan krisis ini sebenarnya telah lama berlaku dan bukannya sejak insiden enam hari kehilangan kedua-duanya," katanya memberi rujukan beberapa laman web terbabit.- azm_
* Bagi pihak kerajaan Perak, masa yang berharga untuk pengurusan negeri terpaksa dihabiskan untuk memikirkan smart cleansing musang - musang ini walhal perkara ini boleh dielakkan semasa pemilihan calon . Apapun inilah masa terbaik untuk membuang musang - musang ini dan tabik untuk langkah awal untuk Checkmate .
Tapis -tapis ,selidik-selidik , skodeng skodeng calon -calon yg akan diamanahkan untuk mewakili PR pada masa akan datang . Jangan hampakan petani - petani , orang kampong dan seangkatan dengannya yg sanggup mengabiskan tenaga & duit ringgit bahkan ada yg lebih teruk lagi kehilangan nyawa ataupun cacat ( kemalangan/provok semasa pilihanraya ) semata-semata untuk melihat cahaya baru untuk watan tercinta ini .Tetapi malangnya inilah dia balasan hasil titik peluh mereka semua .....
28 Januari 2009
Equilibrium Point
Di sebalik kejadian Tsunamim kita sedia maklum ia berlaku hasil dari gegaran atau gelinciran plate tanah bumi di bawah lautan dalam. Gelinciran mendadak ini menghasilkan tenaga besar yang membentuk ombak memusnah atau merubah segala yang ditempuhnya. Selepas berlaku gelinciran besar ini,beberapa gegaran dan gempa akan menuruti sehinggalah kedudukan plate bumi kembali stabil iaitu mencapai titik equilibrium kembali.
Begitu juga politik dunia selepas berlaku perang WW1 dan WW2,ia akan mengambil masa untuk stabil. Begitu juga kesimbangan kuasa dunia selepas kejatuhan kuasa Soviet.
Begitu juga di dalam ekonomi,selepas kejutan seperti peristiwa 1998.Saham jatuh,matawang jatuh,namun selepas beberapa tahun kedudukan equilibrium kembali stabil.
Dan itulah yang kita lihat dalam senario politik tanahair kini.
> Ombak besar 1987 hanya dirasai di kalangan pemimpin Umno.
> Ombak besar 1997 hanya dirasai Umno dan kaum Melayu sahaja.
> Ombak besar tsunami 2008 merangkumi semua parti politik dan rakyat semua kaum sekaligus.
Itulah sebab ia dapat memberi impak sepenuhnya kepada warna dan pola kemenangan semua parti.Tidak lagi dimonopoli oleh BN.
Sebaik saja selesai PRU12,beberapa siri gegaran masih dirasai seperti P44 yang hangat,P36 yang juga menarik minat ramai. Terbaru kemasukan Adun Bota dari Umno ke PR. Menyusul nanti pemilihan Umno Mac2009 dan seterusnya menyusul kemudian kurang dari dua tahun akan berlaku Sarawak State Election.
Di mana dan bilakah equilibrium akan dicapai? Saya menjangkakan PRU 13.
> Kelantan dan Terengganu menjadi kubu kuat Pas.
> Sabah Sarawak kemenangan 30% oleh PKR PR sudah memadai dalam pilihanraya negeri. Dapat memenangi 50% kerusi adalah bonus.
> Penang kubu kuat Dap.
> Perak kubu ketiga-tiga parti komponen PR dengan sokongan Melayu akan lebih kuat meningkat cenderung kepada PKR dan Pas.
> Kedah kubu kuat Pas dibantu PKR.
> Selangor kubu kuat PKR dibantu Dap.
> Negeri Sembilan dan Melaka sudah ditembusi Dap dengan sokongan Pkr dan Pas.
> Pahang ditembusi Pkr dengan sokongan Dap dan Pas.
> Perlis sudah boleh jatuh ke Pas.
> Hanya Johor barangkali kekal bersama BN. Itupun mungkin boleh pecah rekod menang beberapa kerusi DUN & Parlimen di Johor.
> Lalu, kerajaan Pusat akan diterajui PR.
Itulah equilibrium point yang dicari dan ditujui oleh politik tanahair.Sehingga ke tarikh itu beberapa siri gegaran politik akan terus berlaku. InsyaAllah. Sama-sama kita nantikan..
Artikel asal di http://perundingperiuknasi.blogspot.com
31 Disember 2008
The biggest church in Malaysia under construction ?
Pada petang semalam, saya sedang memandu kereta dari Puchong menuju ke Bukit Jalil. Saya teruja dengan satu papan tanda di tapak pembinaan berhampiran dengan Taman Awam Bukit Jalil yang berbunyi "adanya Harapan".."There is hope".
Saya menjangkakan ini merupakan papan itu sebagai satu iklan pembinaan bangunan pejabat baru PKR kerana penggunaan slogan "harapan" sinonim dengan PKR dan Anwar Ibrahim selalu menyebut slogan itu secara berulang-ulang.
Malah semasa Kongres PKR baru-baru ini, Anwar Ibrahim dan PKR menggunakan slogan " Harapan Baru" sebagai tema besar hala tuju parti mereka. Maknanya, slogan "Harapan" melekat di minda saya sebagai sinonim dengan dengan Anwar dan PKR.
Saya teruja dengan slogan papan tanda itu dan memberhentikan kereta untuk melihat sendiri apakah makna slogan tersebut. Saya melihat di sebelah papan tanda itu,tiang-tiang sedang dicacakkan menandakan satu projek pembangunan akan dilaksanakan. Papan tanda misteri.."Adanya harapan..There is hope"..seninom dengan slogan Anwar Ibrahim "Harapan Baru" Terlintas di fikiran saya, "Apakah PKR akan membuat stadium baru atau bangunan pejabat baru PKR yang besar sebagai menandakan kemenangan mereka di Selangor dan Wilayah Persekutuan". Saya sempat mengambil beberapa keping foto papan tanda, projek pembinaan 'adanya harapan' untuk koleksi peribadi. Sekembalinya ke rumah, saya membuka alamat website yang dicatatkan di papan tanda itu, www. calvary. org.my untuk mengetahui lanjut apakah projek pembinaan slogan "adanya harapan" itu. Saya terkejut, laman Calvary bukannya laman PKR sebaliknya laman Gereja Calvary Malaysia, beralamat di Calvary Church, 2 Jalan Damansara Endah, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur, Malaysia. tel. (603) 7728 6000 | fax. (603) 7728 8037 | email@calvary.org.my. Saya mencari-cari di laman itu, kaitan slogan 'adanya harapan' yang saya tonton di papan tanda di kawasan berhampiran Stadium Bukit Jalil dengan laman Gereja Calvary Malaysia. Di bawah tajuk Calvary Convention Centre (CCC), klik di sini, saya menjumpai apa yang saya cari sebelum ini. Rupa-rupanya bukan stadium PKR atau bangunan baru PKR tetapi satu projek pembinaan Pusat Konvesyen Majlis Gereja Calvary. baca selanjutnya http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2008/12/hati-hati-dengan-slogan-harapan-baru.html