CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Memaparkan catatan dengan label UMNO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UMNO. Papar semua catatan

28 April 2009

Kisah Mahathir dan Teorinya

Tulisan:
Mankip

Tun Mahathir, mantan Perdana Menteri Malaysia, yang masih disanjung dan dikagumi pencacai-pencacainya, bagaikan dia masih dimercu gemilang dan masih sarat dengan kuasa. Mungkin bagitulah hakikatnya, kerana dengan kuasanya juga dia berjaya menjatuhkan Tun Abdullah Badawi. Walaubagai manapun, pujian harus diberikan pada Pak Lah kerana ada kekuatan sendiri untuk memerintah dan tidak menjadi lembu dicucuk hidung.

Selapas PRU 12, dengan lantang Dr. M menyalahkan bulat-bulat kekalahan BN kepada Pak Lah dan mendesak Pak Lah turun hinggakan dia sanggup keluar UMNO kerana Pak Lah masih di tampuk kuasa. Mengapa Dr M jadi angkuh bagini? Adakah dia merasa dia sahaja yang hebat, dan penggantinya Pak Lah amatlah 'lembab dan bebal'? Atau mungkinkah kerana Pak Lah, keras kepala dan enggan menari mengikut iramanya?.

Sebenarnya, Dr M mempunyai teori dan pendapat tersendiri kenapa BN lemah dan merudum kedasar, selepas PRU12..

Teori Dr. M yang popular ialah, "Kita kalah bukan kerana pembangkang kuat tetapi kerana rakyat tidak ada pilihan dan terpaksa undi pembangkang" Dan teori inilah dijajanya kesana sini seperti diceramah-ceramah, temubual dengan wartawan dan diblognya. Ianya diulang berkali-kali dan sangat menyakini bahawa teorinya adalah tepat. Bahkan semasa kempen pilihanraya dua bukit satu batang yang lepas beliau sempat berhujah dengan teorinya itu, katanya "Saya harap penyokong-penyokong BN kembalilah pangkah BN, jika sebelum ni terpasa tutup hidung undi pembangakang kerana kepimpinan BN yang tidak bagus, jadi sekarang undilah semula BN"

Masihkah Dr M masih merasakan teorinya itu betul? Kini beliau misti insaf kerana teorinya itu telah terbukti salah. Kegagalan teorinya telah jelas diberikan hasil dari tiga pihanraya lalu.

Satu perkara yang Dr M, kena faham dan insaf bahawa, beliau sudah bersara lebih 5 tahun. Masa yang agak lama juga dan mungkin beliau tidak perasan akan perubahan minda rakayat Malaysia yang agak mendadak. Jadi Dr M masih merasakan BN masih kuat dan kekalahan adalah disebabkan kelemahan dan kebencian rakyat kepada Pak Lah bukan kerana kekuatan pembangakang. Dia memikirkan, jika Pak Lah turun dan pengantinya menyerapkan semula idea-idea politiknya maka semua kekusutan yang dialami BN akan terungkai.

Mungkin Dr M atau kita tidak perasan, rakyat terutama bukan Melayu mahukan sistem pemirintahan cara lain iaitu bukan cara BN. Orang bukan melayu terutama orang Cina melihat sistem pelbagai parti yang mengadun BN adalah sistem yang tidak lagi rasional dan tidak menjamin masa politik, ekonomi dan keturunan mereka. Mereka lebih tertarik dengan sistem satu parti yang dianggotai semua kaum seperti PKR. Mereka merasakan sistem parti PKR lebih menjamin survaival mereka. Sedangkan di dalam BN mereka melihat parti Cina dan India hanya menjadi tunggangan UMNO untuk menyalahgunakan kuasa.Masalah ini telah dikesan awal oleh parti Gerakan dan pernah mencadangkan supaya BN di gabungkan menjadi satu parti sahaja.

Kebencian bukan melayu semakin ditokok tambah lagi dengan perangai-perangai pemimpin dan kroni-kroni UMNO yang memperkudakan kerajaan untuk menjadi kaya-raya. Ini ditambah pula dengan kegagalan kerajaan menguruskankan harga minyak dan menyelesaikan masalah ekonomi dan kegagalan menguraikan kekusutan dalam arena perniagaan mereka.

Jadi dengan pengharapan dan keghairahan orang bukan Melayu mahukan sistem pemerintahan satu parti dan diadun pula dengan penyelewanagan dan kelemahan BN, maka BN semakin jatuh merudum.

Orang bukan Melayu beralih minat terhadap sistem satu parti seperti PKR, maka tidak hairanlah mengapa DAP yang ghairah menyokong PKR telah mendapat sokongan hampir 80% orang cina. Bahkan, harus diingat, orang bukan Cina juga menyokong PAS kerana PAS bergabung dengan PKR dan bukan kerana orang Cina 'suka sanggat' dengan PAS. Kita harus ingat konsep 'Malaysia, Malaysian' sebenarnya didokong oleh semua orang bukan Melayu di Malaysia temasuk dari MCA dan MIC tetapi hanya DAP sahaja yang berani 'berterus terang'. Konsep 'Malasyia Melaysian' ini, akan lebih mudah tercapai jika parti berorentasikan semua kaum seperti PKR berkuasa.

Tetapi mengapa pula orang Melayu beralih sokongan kepada PAS? Pada pendapat saya, orang Mealyu menyokong PAs kerana, mereka merasakan bahwa UMNO gagal membela mereka dan terlalu kotor. Mereka mahukan kepimpianan 'ulamak' yang telah dianggap lebih bersih. Memang tidak dinafikan, sejak akhir-akhir ini, dibantu pila dengan ledakkan teknologi maklumat, kesedaran untuk mengenali dan mengamalkan sistem politik Islam semakin meningkat dikalangan orang Melayu. Ini ditokok tambah dengan kelemahan sistem yang dibawa oleh UMNO, ditokok tambah pula dengan kos sara hidup semakin tinggi. Orang Melayu yang rata-rata hidup dengan makan gaji sangatlah seansitif dengan kenaikan harga keperluan asas walaupun kenaikkan sekadar 5 sen.

Bagimanapula sokongan Melayu pada PKR? Pendapat saya, sokongan orang Melayu terhadap PKR pula adalah sedarhana. Ini disebakan orang Melayu tidak nampak jelas perjuangan dan misi PKR seperti yang orang Cina nampak. Bahkan ramai dikalangan orang Melayu sangsi dengan perjuangan PKR yang sekadar mementingan kuasa individu dan menolak kepentingan bangsa. Bahkan ada dikalangan Melayu hanya kagum dengan corak kepimpinan dan kepetahan Anwar berbicara dan yakin Anwar mampu membela nasib Melayu. Jika kita diteliti, mentaliti ahli-ahli PKR Melayu dengan UMNO tidak ada bezanya, bahkan mereka rata-rata berasal dari penyokong-penyokong UMNO yang kecewa.

Jadi, pada pendapat saya, jika BN terutama UMNO mahukan semua kekuatan, janganlah sesekali bersandarkan kepada teori dan pendapat Dr M. dan Dr M sendiri harus insaf kerana teori itu langsung tidak betul dan hentikan menjaja teori tesebut kesana sini. Dakwaan bahawa kekalahan BN bukan kerana kekuatan pembangkang harus diperbetulkan. Dr M harus akui bahwa pembangkang benar-benar kuat.

Mungkin lebih bijak jika Dr. M boleh memikirkan bersama-sama Najib, bagaimanakan cara lebih kreative untuk menarik kembali minat rakyat kepada BN. Harus diingat, sistem PKR itu telalu ranum dan enak dan ianya terlalu sukar untuk ditandingi oleh sistem pelbagai parti yang mendokong BN selama 56 tahun. Jadi usaha Najib mewujudkan slogan 'Satu Malaysia' mungkin adunan yang mampu menarik semula sokong rakyat terutama bukan Melayu kepada BN. Mungkin slogan ini mampu memberi persaingan sengit kepada sistem satu parti PKR.

Akhir sekali, sedikit nasihat saya untuk Najib, jika teori Dr M sudah didapati gagal, jadi janganlah mempertunggangkan Dr M lagi. Ternyata dia bukan lagi aset untuk memperkuatkan BN. Keputusan Pilihanraya dua bukit yang lepas telah bukitkan kegagalan Mahathir dan teorinya. Jadi apalagi Najib, jangan takut dengan Dr M, jangan ikut telunjuknya. Kalau boleh, tendang sahaja dia keluar dan suruh dia duduk diam-diam dan berperangailah seperti persara-persara yang lain. Jangan takut lagi pada Dr M. Dia tdak boleh membuli anda seperti dia membuli Pak Lah. Cuba jadi seorang PM yang tegas. Belajarlah dari nasib yang menimpa Pak Lah, iaitu seorang manusia yang lemah lembut, berbudi bahasa dan hormatkan Dr M setinggi-tingginya, tetapi Dr M tidak pernah menghargainya Andai kata Pak lah menjadi seorang yang tegas dan 'brutal' terhadap Dr. M, maka sudah lama Dr M dan kroni-kroninya hancur bersepai di alam maya ini. Jangan sesekali beri muka pada Dr. M. Fikir-fikirkanlah Najib weiiii.

www.terjah.com

17 Februari 2009

SIAPA SEBENARNYA PENDERHAKA KEPADA RAJA RAJA MELAYU ?

Di sebalik isu penderhaka di Perak kini, mari kita susuri peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku di tanah air kita suatu ketika dahulu.

"Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya" - Titah Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980.

Peristiwa 1.
Pakatan Rakyat bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak dan Barisan Nasional (BN) jika terus melantik Menteri Besar BN yang baru, kata pengerusi DAP Karpal Singh dalam laporan berita Bernama. Beliau berkata Pakatan tidak mempunyai pilihan bagi mengambil tindakan itu kerana pelucutan jawatan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin oleh Sultan Azlan Shah jelas di luar batas kuasa dalam peruntukan Artikel 16 (6) Undang-Undang Tubuh Negeri.

"Dalam undang-undang, keputusan Sultan Perak boleh dipersoal di mahkamah undang-undang. Saya meminta Sultan menghentikan dan berhenti daripada melantik seorang Menteri Besar BN baru dan ahli majlis mesyuarat selepas tengah hari ini," katanya di satu sidang akhbar. Karpal Singh berkata tindakan ini tidak boleh, dalam apa jua cara, dilihat sebagai ancaman kepada Sultan tetapi merupakan peringatan tegas bahawa pemerintah diperlukan untuk bertindak di dalam lingkungan had dan batas Undang-undang Tubuh Negeri Perak yang merupakan undang-undang tertinggi di negeri itu.

Peristiwa 2.
Standard Chartered Bank Malaysia Berhad menyaman Dipertuan Besar Negeri Sembilan sebelum ini, Allahyarham Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman.

Peristiwa 3.
Fasal 38 (4) Perlembagaan Persekutuan untuk mengurangkan imuniti raja-raja Melayu pada tahun 1993, Allahyarham Tun Ghafar Baba telah mengemukakan usul khas di Parlimen pada 10 Disember 1993 memberitahu dewan bahawa seorang rakyat Malaysia bernama Douglas Gomez telah dicederakan di Istana Bukit Serene oleh Sultan Johor pada 30 November 1992.

Peristiwa 4.
Beberapa menteri kabinet mendedahkan skandal pemilikan harta raja-raja. Antaranya membabitkan pemberian konsesi balak ribuan hektar kepada raja tertentu. Didedahkan juga bahawa tiap-tiap sultan telah ditawarkan 100,000 unit saham Telekom dan berbagai lagi. Filem-filem Melayu lama pula yang mengisahkan tentang kezaliman dan kebodohan raja-raja Melayu diulang tayang di kaca tv.

Peristiwa 5.
Ahli Parlimen Arau waktu itu, Datuk Seri Shahidan Kassim menjadi juara bila mendedahkan keburukan keluarga Sultan Johor yang bertanggungjawab melakukan 23 kes penganiayaan ke atas rakyat jelata yang tidak berdaya termasuk memukul, mencedera dan merogol semenjak dari tahun 1972. Semua Sultan didedahkan keburukkan mereka.

Peristiwa 6.
Apabila pada 29 April 1993 Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Ibrahim Ali menabal Tengku Ibrahim Indra Petra di Ketereh dalam majlis anjuran Yayasan Kemiskinan Kelantan yang dipengerusikan Annuar bagi mengantikan Sultan Ismail Petra oleh kerana menurut mereka Sultan itu bukan waris yang sah.

Peristiwa 7.
Program Semarak di Lubok Jong, Pasir Mas mencetuskan perarakan yang dipimpin Tan Sri Mohamed Yaacob ke istana menyerah memorandum mendesak Sultan Kelantan turun takhta.


p/s : Buatlah penilaian secara rasional siapa penderhaka kepada Kesultanan Melayu dan orang yang terlibat dalam peristiwa di atas mendokong parti politik mana. Harus diingat janganlah Kesultanan Melayu diheret dalam kancah politik yang berat sebelah. Kesultanan Melayu harus diletakkan di tengah tengah sebagai pendamai bukan pemuas nafsu sebelah pihak. Kembalikan Kedaulatan Kesultanan Melayu.

01 Februari 2009

Di sebalik berita TV3 , setelah Pak Lah baru nak kebah dari 'demam' PRK P036, beliau berterusan menerima kejutan demi kejutan lalu mengeluarkan 'kata-kata azimat' seorang presiden sebelum menghitung hari pencen beliau, dengan mengecam Dato Nasarudin yang disifat kan sebagai seorang yang lemah dalam perjuangan setelah tidak di pilh sebagai Ketua Umno Bahagian lalu berhijrah ke Parti Keadilan Rakyat.

Namun, rakyat tidak mendengar ulasan beliau tentang kekalahan Wan Farid selaku sahabat baik menantu beliau dan apakah amanat beliau pada UMNO yang sedang karam tetapi langsung tidak menyentuh tentang apa yang terjadi dalam negara mutakhir ini.

Lalu TV3 selaku informer yang dah basi seperti biasa melancarkan serangan ke atas Kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat , Tan Sri Khalid Ibrahim dengan menggunakan DS Khir Toyo dan juga sebahagian professor seperti Agus dan Atory untuk melemahkan pentadbiran kerajaan negeri.

Menarik tentang TV3 suku ini adalah seruan pimpinan Pakatan Rakyat (PR) agara agenda TV3 perlu di sekat agar sebahagian rakyat Malaysia tidak terus di tipu hidup-hidup.


Muktahir, Sabtu malam lalu TV3 telah menyiarkan ulasan


a) Pak Lah yang merasa kesal dengan tindakan Dato Nasarudin menyertai PR yang di sifatkan sebagai 'lemah dalam perjuangan' dan juga tidak menerima kekalahan bahagian dahulu. Tanpa mengulas tentang isu kekalahan umNO di PRK KT, kes rasuah warga Umno yang rasuah semakin kronik; juga kematian Kugan dalam tahanan Polis.


b) KPN Musa Hassan dengan angkuh nya enggan mengulas pertanyaan pemberita tentang kematian Kugan dengan melepas tangan kepada AG Gani Patail untuk tindakan selanjutnya. (Ironinya, laporan akhbar menyiarkan Gani Patail menolak kertas siasatan Polis yang terkini tentang kematian Kugan)


c) Ketua Pengarah BPR Ahmad Said Hamdan di laporkan akan menyiasat jika ada unsur-unsur rasuah dalam penghijrahan Dato Nasarudin ke PKR.


d) Ketua Pembangkang Selangor Khir Toyo mendakwa selama 10 bulan pemerintahan MB Khalid Ibrahim didapati menyeleweng , apabila tanah di Selangor di korek yang di lakukan oleh para kroni pimpinan PR. (Ini satu dakwaan yang serius dan harus dijawab oleh MB Khalid)


e) Ketua Pembangkang Perak Tajul Rosli merepek apabila status jawatan beliau sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri pantas dilaporkan media. Tetapi menjadi kehairanan beliau apabila Berita Harian menyiarkan status beliau yang menafikan dan lebih menghairankan, keesokan harinya, beliau SAH meletak jawatan.


f) Prof Atory dan Agus cuba mempromosi diri apabila dilihat terlalu rakus memperlekehkan pimpinan PR tentang isu yang mereka sendiri tidak pasti ( Buat malu profesor2 dan cendikiawan yang sewaktu dengannya)


g) Pairin Kitingan membuat cadangan melucukan apabila menyarankan kerajaan supaya Perlembagaan dipinda bagi membolehkan undang-undang antilompat parti segera digubal berikutan kes Dato Nasarudin ( Manusia tak sedar diri gak ni) tetapi disanggah pimpinan Sabah sendiri kerana majoriti BN sendiri belum mantap (simple majority, xcukup 2/3)


h) MIC di laporkan menarik balik pemecatan Datuk M Muthupalaniapan berikutan desakan ahli-ahli parti di samping saranan Samy Vellu agar ahli2 yang di pecat di terima kembali .


Kerajaan yang menguasai TV3 di lihat tidak serik-serik untuk ‘insaf’ setelah desakan ‘suara’ rakyat yang semakin bijak dalam menilai ‘jenis’ manusia yang tertera di atas. Hanya Karam Singh Walia yang di sifatkan berhati ‘mulia’ jika di bandingkan dengan pimpinan TV3 mahupun kerajaan dalam menyiarkan berita. Jika peristiwa di atas berterusan di jadikan modal untuk mencari sensasi yang dah basi , nescaya jangka hayat Kerajaan BN pimpinan PakLah semakin lelah menuju kehancuran dalam masa terdekat ini.

Cerita UMNO LANGKAWI dari AnakLangkawi

Di sebalik kisah di LANGKAWI, berkenaan tujuh cawangan UMNO dalam Bahagian Langkawi yang melahirkan rasa kecewa dengan keputusan Lembaga Disiplin UMNO kerana tidak mengambil sebarang tindakan terhadap ketua bahagian mereka Datuk Nawawi Ahmad berhubung dakwaan salah laku dan politik wang pada pemilihan peringkat bahagian Oktober lepas.

Ketua UMNO Cawangan Kampung Tua, Mansor Hashim berkata, tujuh cawangan itu menubuhkan satu jawatankuasa bertindak untuk meluahkan rasa tidak puas hati dengan keputusan lembaga itu yang melepaskan Nawawi tetapi mengenakan amaran terhadap seorang anggota bahagian itu, Shaidan Hashim, kerana menjadi ejen Nawawi.

“Shaidan menjadi ejen atau pelobi bagi pihak Datuk Nawawi Ahmad dan kenapa Shaidan seorang sahaja yang dikenakan tindakan sebaliknya Nawawi dikecualikan,” katanya kepada pemberita di sini.Mansor, yang mewakili jawatankuasa bertindak itu berkata, sebelum ini mereka telah membuat aduan rasmi menerusi sepucuksurat kepada Lembaga Disiplin UMNO mengenai kegiatan politik wang yang berlaku di Langkawi.

Mansor berkata antara dakwaan mereka ialah Nawawi memberi telefon bimbit, pukat dan sumbangan untuk lawatan sambil belajar kepada perwakilan dan anggota cawangan supaya mencalonkannya bertanding merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Langkawi.

Pada pemilihan itu, Nawawi mengalahkan penyandang jawatan itu Datuk Abu Bakar Taib.“Kami berharap Lembaga Disiplin masih membuka pintu siasatan kerana keputusan yang dibuat oleh lembaga itu menimbulkansoalan di manakah konsepbersih, cekap dan amanah yang dilaungkan oleh pemimpin-pemimpin atasan UMNO,” kata beliau.

Kelmarin Pengerusi Lembaga Disiplin itu Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, Shaidan adalah antara anggota parti yang dikenakan tindakan amaran kerana bersalah melanggar tataetika parti.

Dibawah merupakan sedutan YB Mohd Rawi di Langkawi dlm Malaysiakini.

Manakala Naib Ketua Bahagian Umno Langkawi, Mohd Rawi Abdul Hamid pula menjelaskan
beliau tidak bersetuju sejak awal lagi isu politik wang Umno dibawa kepada SPRM Kerana, tambah wakil rakyat Ayer Hangat, ia memberi gambaran kepada akar umbi bahawa pemimpin-pemimpin bahagian mengamalkan politik wang.

Mengulas dakwaan insiden yang menimpa Halimi sepanjang empat hari ditahan SPRM sejak 23 Januari, beliau berasa kesal dan menyifatkan insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku.

"Dalam mana-mana siasatan, tidak boleh dijalankan siasatan dengan kekerasan, hatta orang yang ditahan atas dakwaan jenayah pun tidak boleh disiasat dengan kekerasan," katanya sewaktu dihubungi.

Tambahnya, dakwaan insiden sebegini akan menyebabkan rakyat mempersoalkan kaedah siasatan yang dijalankan.

Sehubungan itu, beliau menggesa MT menentukan sama ada suruhanjaya itu boleh menyiasat berhubung amalan politik wang atau tidak memandangkan lembaga disiplin parti sudah berbuat demikian.


-------

Kenyataan diatas menunjukkan bahawa kenyataan YB tidak sejajar dgn kenyataan Presiden UMNO & Timbalan Presiden parti sendiri dlm melihat penglibatan SPRM dlm kes politik wang. Tetapi masakan YB Rawi berkata demikian jika ketua bahagian beliau YB Nawi berdepan dgn siasatan oleh SPRM & Lembaga disiplin UMNO. Sumber dalaman lembaga disiplin UMNO juga mengatakan YB Nawi juga berdepan dgn siasatan rasuah politik baik dr pihak SPRM mahupun Lembaga disiplin.

"Rasuah tetap rasuah". Jgn kita menghalalkan yg haram. Biarlah akar umbi tahu politik wang berlaku. Setidak-tidaknya akar umbi tahu pimpinan UMNO serius dlm membanteras rasuah. Pimpinan UMNO yg disabit kesalahan hanya akan berdepan dgn siasatan. Apa yg ditakutkan jika tidak bersalah?

Ahli UMNO bahagian Langkawi, Shaidan Hashim (Proksi YB Nawi) juga didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin UMNO & diberikan amaran. Amaran saja ka ? Inilah yg dinamakan 'verdict' dr lembaga disiplin UMNO yg berat sebelah disbbkan ahli UMNO tersebut berkempen kpd seseorg berstatus ADUN @ Ketua Bahagian? Disbbkan tindakan sebeginilah SPRM perlu terlibat dlm siasatan agar mereka2 ini yg didapati bersalah akan disabitkan seperti dlm Akta Pencegahan Rasuah.

KEKECEWAAN

Jika mereka-mereka yg terlibat dgn rasuah dibiarkan berterusan memimpin UMNO Langkawi tidak terkejut jika Pulau Langkawi tidak akan lagi menjadi kubu kuat UMNO. Kekecewaan demi kekecewaan telah mula terdengar di segenap pelusuk UMNO langkawi. Malah ada khabar angin berkata jika ia berlarutan akan ada ahli-ahli UMNO yg akan keluar parti kerana kecewa.

Telah ada 7 cawangan yg menunjukkan bantahan terbuka. Tidak diketahui brp byk lagi cawangan yg 'protest' secara diam. Perlu diteliti rekod UMNO Langkawi dimana jika dilihat perihal pengundi-pengundi di Langkawi lebih cenderung memangkah UMNO/ BN atas kapasiti calon. Ini terbukti bilamana majoriti Parlimen P04 lebih tinggi dari majoriti kedua-dua ADUN N1 & N2 di Langkawi.

Isu ini perlu diberi perhatian oleh pimpinan UMNO Pusat & Kedah. Jika ini dibiar berterusan maka tidak mustahil UMNO Langkawi tidak akan lagi mendapat tempat di hati rakyat langkawi bilamana Dato Paduka Abu Bakar Taib tidak lagi akan bertanding pada PRU-13 nanti. Kerana beliaulah langkawi masih menjadi kubu kuat UMNO sehingga sekarang.


SPRM & RASUAH

Saya amat bersetuju & merasa hormat kepada mana-mana pemimpin UMNO yg mengalu-alukan siasatan menyeluruh dlm UMNO mengenai politik wang. Ternyata mereka yg mengalu-alukan siasatan SPRM adalah mereka yg bebas dari politik wang. Sejajar dgn hasrat & kenyataan Dato' Najib sendiri bahawa anggota parti yg terlibat rasuah tidak terlepas tindakan.

Kepada yg menentang siasatan SPRM. Kenapa takut? Adakah anda terlibat sama. Kita sudah tahu bahawa Tindakan Tatatertib Jawatankuasa Disiplin UMNO sendiri sebenarnya kadang-kadang 'buyers' dlm membuat siasatan lebih-lebih lagi bila laporan dibuat keatas ahli DUN itu sendiri @ ahli UMNO yg mempunyai jawatan yg tinggi.

Sepatutnya rasuah politik dirujuk terus ke SPRM utk siasatan. Jadi biarlah ada 2 kertas siasatan dibuka & bukan setakat jawatan kuasa disiplin UMNO. Seperti yg sedia maklum siasatan di jawatankuasa disiplin kadang-kadang bersikap selektif iaitu hanya tertumpu pada 'ikan bilis' & 'ikan sardin'. Maka ikan jerung & ikan paus dilepaskan hnya kerana memegang jawatan tertinggi dlm UMNO, ADUN, MP @ bahagian. (Seperti yg berlaku di langkawi). Jika inipun UMNO gagal maka ia akan gagal di PRU-13 nnti. Biarlah rakyat melihat UMNO amatlah serius dlm menangani rasuah. Biar berkualiti bukan kuantiti.

Walaupun SPRM mempunyai kuasa utk melakukan siasatan kpd sesiapapun, diharap agar SPRM melakukan siasatan dgn profesional & teratur. Kita tidak mahu disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga.

TERUSKAN USAHA MURNI INI!!


Artikel penuh di www.kedahlanie.blogspot.com

24 Januari 2009

UM.NO

Oleh : TDM

Rencana ini telah ditulis semasa pilihanraya sedang berjalan. Saya pilih untuk tidak menyiarkannya pada masa itu supaya tidak dituduh mencuba mempengaruhi keputusan. Saya telah dikritik oleh seorang ahli Umno kerana rencana saya berkenaan dilema pengundi. Rencana ini adalah sebagai jawapan kepada pengkritik saya.

Saya telah nyatakan pendirian saya dalam pilihan raya kecil ini iaitu saya tidak memihak kepada sesiapa.

Bahawa bagi sesetengah ahli Umno pilihan raya ini penting, itu adalah pendapat mereka. Bagi saya pilihan raya kecil ini penting kepada Umno jika ahli-ahli dan pemimpinnya dapat faham dan mengambil iktibar dari keputusannya. Saya tidak yakin mereka akan faham. Mereka akan nafi segala kesalahan mereka seperti dengan prestasi buruk pilihan raya Mac 2008.

Saya adalah bekas ahli Umno dan saya amat sayang kepada Umno yang ditubuh oleh pejuang-pejuang kebangsaan dahulu. Tetapi parti yang ada sekarang bukan Umno dari segi semangat dan perjuangannya. Yang ada ialah parti yang utamakan kepentingan diri, terutama pemimpin-pemimpinnya.

Kata pepatah Melayu, "Sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan."

Sayang yang buta tuli bukan sahaja tidak baik bagi yang sayang tetapi juga yang disayangi.

Umno di bawah pemimpin Dato' Seri Abdullah sudah menyimpang jauh dari jalan yang lurus, dan perjuangan Umno yang sebenar.

Dengan itu ahli-ahli Umno pun tidak lagi pegang kepada matlamat perjuangan Umno untuk bangsa, agama dan negara.

Majoriti ahli Umno setia dan patuh kepada pemimpin tanpa mengambilkira apa yang dilakukan olehnya. Pepatah Melayu sekali lagi memberi pengajaran. "Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah". Kesetiaan rakyat pada Raja ada batasannya. Demikian juga kesetiaan ahli pada pemimpin harus mempunyai batasan.

Sesungguhnya banyak kesalahan dan dosa yang telah dilakukan oleh pucuk pimpinan Umno dan konco-konconya.

Saya boleh senaraikan semua kesalahan yang dilakukan oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Presiden Umno dan Perdana Menteri. Tetapi ia terlalu panjang. Memadai jika saya sebut beberapa sahaja yang menyebabkan saya tolak Umno sekarang:

a) Sanggup meletak wilayah negara sendiri dibawah kuasa Singapura apabila mendakwa pembangunan dalam wilayah Malaysia perlu dapat persetujuan Kerajaan Singapura.

b) Memberi kuasa kepada anak dan menantu dalam urusan parti dan Kerajaan sehingga calon-calon PRU 12 ditentukan oleh mereka. Hampir semua dari mereka ini kalah.

c) Penglibatan anak menantu dalam perniagaan yang dikuasai oleh Kerajaan. Bantuan Kerajaan kepada perniagaan mereka. Umpamanya pengambilalihan Avenue Asset oleh ECM Libra.

d) Kegiatan beberapa pembantu khas yang ditempatkan di tingkat 4. Mereka lebih berkuasa dari Kabinet.

e) Penjualan M.V. Agusta yang dibeli dengan harga RM300 juta, tetapi dijual dengan harga RM4.00. Pembeli M.V. Agusta ini kemudian menjualnya dengan harga RM500 juta - untung RM499,999.96 juta.

f) Mengguna wang secara terbuka untuk mendapat sokongan dari cawangan-cawangan Umno. Apabila didakwa oleh ketua bahagian, ia digantung. Laporan polis dan BPR yang dibuat oleh veteran Umno tidak dipedulikan.

Kesan dari kepimpinan yang rasuah dan tidak bermoral ialah perkembangan menyeluruh politik wang semasa pencalonan oleh bahagian-bahagian.

Orang yang diketahui umum terlibat dengan rasuah berjaya mendapat cukup bilangan undi untuk jadi calon dalam pemilihan yang akan diadakan pada Mac. Sekaligus ternampak jelas yang ahli-ahli Umno utamakan duit dan bukan perjuangan untuk bangsa, agama dan Negara.

Besar kemungkinan orang yang guna wang ini yang akan dipilih dalam pemilihan bulan Mac oleh wakil-wakil yang telah disogok.

Sudah tentu mereka ini akan mengetuai Kerajaan kemudian.

Kita akan dapat Kerajaan Umno yang tidak bermoral dan rasuah.

Umno di bawah pimpinan Abdullah telah jadi begitu lemah sehingga dikecam sewenang-wenangnya oleh kaum-kaum lain dan parti mereka.

Apabila dikecam pemimpin Umno pohon maaf dan tunduk kepada pengecam. Sebaliknya jika orang Umno mengecam parti lain, mereka digantung.

Semua isyarat menunjuk bahawa Umno akan ditewas dan hancur dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Saya akui saya yang pilih Dato Abdullah, Mr Clean. Saya akui juga saya tidak pandai pilih. Lihat sahaja Tun Musa Hitam, Anwar Ibrahim dan ramai dari Menteri-Menteri yang mengutuk saya apabila sahaja saya tidak jadi PM lagi.

Memilih semasa saya tidak tahu perangai seseorang adalah tidak bijak. Tetapi meneruskan sokongan apabila saya sudah tahu keburukan yang dilakukan oleh orang pilihan saya adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

Saya tidak cari untuk saya disukai ramai. Saya bertindak atas pendirian yang pada hemat saya adalah baik walaupun saya akan jadi tidak popular.

Hanya kerana saya dahulu menjadi pemimpin Umno tidak bermakna saya mesti terus menyokong Umno setelah Umno menyimpang dari perjuangan asalnya dan sudah jadi parti milik perasuah yang hanya utamakan kepentingan diri masing-masing, yang hanya menyertai Umno untuk dapat duit sogokan, mendapat peluang perniagaan, menjadi Menteri dan Perdana Menteri.

Percayalah, apabila dalam Mesyuarat Agong Mac ini calon-calon yang diketahui menyogok wang kepada wakil ke mesyuarat agong menang, Umno akan dipandang jijik oleh rakyat semua kaum dan Umno akan kalah pada PRU 13. Selepas itu Umno akan terkubur dan mereka yang membawa kehancuran pada Umno kerana wang dan keuntungan bagi diri sendiri akan dikutuk oleh orang Melayu turun temurun.

Biarlah kekalahan Umno di Kuala Terengganu menjadi pengajaran pada Umno. Janji-janji memberi wang untuk pembangunan tidak lagi berkesan kepada pengundi umum. Sesungguhnya rakyat termasuk orang Melayu meluat melihat sikap ahli dan pemimpin Umno.

SUMBER : www.chedet.co.cc

06 Disember 2008

Relevankah Format Organisasi UMNO?

Enam puluh tahun dulu apabila Dato' Onn Jaafar, selaku Yang Dipertua Umno, dan ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi (kini Majlis Tertinggi) parti tersebut menerima cadangan dan usul penubuhan Perikatan Pemuda Umno (kini Pergerakan Pemuda Umno) dan Jabatan Kaum Ibu Umno (kini Pergerakan Wanita Umno), tidak pernah terlintas di minda mereka betapa satu ketika nanti kedua-dua sayap minoriti parti ini akan turut sama sibuk dalam perebutan jawatan dengan matlamat menentukan imbangan kuasa masing-masing dan seterusnya sebagai perancangan untuk menaiki tempat paling tinggi dalam piramid hirarki parti berkenaan.Penubuhan kedua-dua sayap ini juga akhirnya menjadi seolah-olah format standard semua parti politik yang ditubuhkan selepas itu, termasuk parti pembangkang.

Itu cerita pertengahan 1940-an sewaktu hanya segelintir sahaja orang Melayu yang tahu menyebut perkataan politik dan tidak ramai yang faham erti perkataan 'siasah'. Malah apabila Umno ditubuh pada 1946, orang Melayu tak kisah tentang siapa yang patut jadi jawatankuasa badan berdaftar yang bakal digunakan sebagai 'vehicle' untuk menentang British.

Jawatankuasa yang kemudiannya ditubuhkan juga tidak kisah siapa yang nak dijadikan sebagai Yang Dipertua Parti (kini disebut Presiden). Sebagaimana yang diketahui sejarah, Pendeta Za'ba (Zainal Abidin bin Ahmad) telah diusulkan untuk jawatan tersebut tetapi menolaknya. Ini kerana walaupun beliau seorang tokoh intelektual Melayu (satu-satunya anak Melayu yang pernah menjadi pensyarah Universiti of London), namun beliau adalah seorang pemikir dan bukannya seorang aktivis agresif politik.

Lagipun pada ketika itu tidak ramai orang Melayu yang berani berdepan dengan mana-mana Raja-Raja Melayu apatah lagi untuk membawa sembah supaya ke bawah dulu Sultan, Raja dan Yang diPertuan Besar memboikot upacara perisytiharan Malayan Union.Namun kerana tugas ini sanggup dipikul oleh Dato' Onn dan beliau juga cukup dikenali oleh orang Melayu sebgai antara aktivis paling lantang terhadap British, maka jawatan tersebut diberikan kepada beliau.

Apapun, yang penting ketika itu bukannya format parti. Fokus utama Umno adalah untuk mendesak kerajaan Great Britain supaya memansuhkan Malayan Union. Justeru apabila Umno mencapai semua matlamat penubuhannya (tanpa menyentuh soal bagaimana dan mengapa sesuatu perkara dibiarkan berlaku dalam sejarah), tidak ada sesiapapun yang memperdulikan soal format ini.

Sebaliknya ia dikekalkan dan kedua-dua sayap ini turut sama sibuk dalam semua mesyuarat agung tahunan dan pemilihan parti berkenaan setidak-tidaknya selepas merdeka. Lagipun Umno sendiri telah memulakan budaya bahawa jika seseorang dipilih sebagai Ketua Wanita dan Ketua Pemuda maka mereka ini akan turut diberikan jawatan dalam kerajaan.

Maka dengan itu, soal melatih pemimpin pelapis dan menjadikan kaum ibu sebagai tenaga di belakang perjuangan tidak lagi menjadi agenda utama. Dengan mengambil kira realiti kepentingan nasional masa kini, apakah relevannya Pergerakan Pemuda dan Wanita Umno? Itu belum lagi diambil kira banyak mana sangatlah sumbangan Pemuda dan Wanita parti itu dalam sejarah Umno selain daripada menjadi tukang sibuk dan menyemarakkan perebutan jawatan dalam parti dan sayap dan juga mewujudkan ruang untuk berlakunya amalan politik wang?

Tidak dapat dinafikan betapa dalam kehidupan kaum lelaki dan wanita perlu wujud secara 'vis-a-vis'. Tetapi apakah hal ini memerlukan sebuah sayap politik yang turut sama diberikan kepentingan kepimpinan politik. Begitu juga dengan soal pemimpin pelapis. Apakah sekadar mahu melatih pemimpan masa depan maka sebuah sayap yang cara pemilihan pucuk pimpinannya seolah-olah bertaraf 'pari passu' dengan pemilihan badan induknya?

Dengan mengambil kira Umno sebagai sebuah pertubuhan politik dan bukannya sebuah badan kebajikan dan sebagaikanya, apakah benar-benar perlu sayap-sayap seperti ini dan kini di tambah pula dengan Putera dan Puteri? Apakah yang sebenarnya ingin dibuktikan oleh Umno?Sekiranya Umno hanyalah satu-satunya parti tunggal yang memerintah negara ini sekalipun, maka ia hanya mewakili 27 juta manusia?

Sebagai perbandingan kita ambil Parti Komunis China, parti politik terbesar di dunia dengan keahlian 70 juta dan memerintah Republik Rakyat China dengan jumlah penduduk 1.33 bilion (sebagaimana Julai 2008). Format dan struktur parti tersebut tidak mempunyai sebarang pergerakan wanita atau pemuda atau puteri atau putera. Mereka tidak membuang masa dengan hal seperti ini. Mereka hanya mempunyai sebuah Jawatankuasa Pusat dengan lima lagi jawatankuasa di bawahnya.

Begitu juga dengan, misalnya Parti Demokratik di Amerika Syarikat di mana Barrack Obama baru sahaja memenangi pilihan raya Presiden AS awal bulan lalu. Walaupun parti berkenaan mempunyai 72 juta ahli/penyokong dan dalam konteks kini akan memerintah 301juta penduduk/rakyat AS, ia tidak pula mempunyai sayap wanita atau pemuda dan sebagainya yang tersendiri.

Malah Pengerusi Jawatankuasa Pusat parti berkenaan, Howard Dean juga bukanlah secara automatik akan menjadi Presiden AS, sebagaimana format yang dimulalkan dan diamalkan oleh Umno. Sebenarnya apakah yang cuba dibuktikan oleh Umno dalam mengekalkan format yang sudah lapuk dan tidak relevan sama sekali dalam sesebuah organisasi politik ini?

Apakah mereka mahu membuktikan betapa mereka lebih bijak dalam menyusun format dan struktur organisasi parti? Atau apakah kononnya keperluan politik di Malaysia tidak sama dengan keperluan politik di negara-negara lain (dari segi sturuktur dan format parti?). Apakah urusan mentadbirkan sebuah parti yang mempunyai keanggotaan kira-kira 3 juta ahli lebih sukar, lebih kompleks, lebih complicated dari urusan mentadbir sebuah parti dengan keahlian 70 juta?

Apakah, menurut para pemimpin Umno, format dan struktur parti pemerintah seperti ini adalah amat perlu bagi memerintah 27 umat manusia berbanding dengan 1.3 bilion atau 300 juta umat manusia?

Mungkin pemimpin Umno lebih bijak dari pemimpin mana-mana parti di dunia ini sekalipun. Maka mungkin disebabkan kebijaksanaan yang tidak ada tolok bandingnya ini menyebabkan Umno tidak pernah menghadapi sebarang krisis dalaman atau krisis kepercayaan rakyat. Mungkin satu kebodohan bagi mereka yang tidak mengikuti format yang telah diwujud dan dikekalkan oleh Umno ini.

Barangkali kerana kebodohan inilah AS menjadi negara termaju di dunia dan China berjaya mengangkat ekonominya ke tahap fenomenal selepas pelancaran The Great Leap Forward (Dayuejin) pada tahun 1958. Bagi rakyat Malaysia yang telah diperintah oleh Umno-BN selama 51 tahun (BN juga mengikuti format yang sama seperti Umno), sejauhmanakah kita telah melompat? Jauh ke di depan? Masih bertatih? Atau berundur ke belakang?

Pelukis Scottish John Quinton pernah berkata: "Ahli politik adalah manusia yang melihat cahaya di hujung terowong, kemudian keluar dan beli lebih banyak lagi terowong."

Pemilihan pucuk pimpinan Umno Mac tahun depan (dengan format yang serupa) digambarkan sebagai "ada cahaya di hujung terowong" bagi parti Umno khususnya dan orang Melayu dan rakyat Malaysia amnya. Namun, persoalannya, berapa banyak lagi terowong yang diperlukan untuk kita akhirnya benar-benar tersilau melihat cahaya di hujungnya? - Hrkh _

04 Disember 2008

Ketuanan Melayu vs Ketuanan Islam

NEGARA kembali bergolak mutakhir ini apabila isu Ketuanan Melayu dipalu hebat. Sesekali jelas kelihatan cara mencetus dan memanaskan isu ini lebih kepada gimik atau momokan politik dalam usaha mereka mencari formula pengukuhan semula survival pengaruh dan kuasa mereka.

Saya melihat isu ini tidak terpisah dari "jerangkap samar" yang mampu memerangkap siapa saja dalam jebak perkauman yang sengaja diletuskan.

Menjadi trend lama atau suatu tradisi yang mudah dikesan bagi kuasa politik pemerintah tatkala mengalami kemerosotan pengaruh dan sokongan pengundi bahawa mereka akan menimbulkan isu perkauman.

Sama ada ia satu tindakan untuk mencari simpati dan meraih sokongan politik, ia juga berkemungkinan satu jerat untuk memerangkap musuh politik malah ia juga boleh dilihat sebagai usaha mencipta diri sebagai hero atau juara dalam memperjuangkan hak dan ketuanan Melayu.

Umno perjuangkan Ketuanan Melayu ?

UMNO pasti sahaja menjadi parti yang lantang bersuara mempertahankan Ketuanan Melayu dengan pelbagai taarif yang mereka cipta sekalipun saling berbeza dan bercanggah antara satu taarif dengan taarif yang dibuat oleh pimpinan UMNO yang lain pula . Seperti mereka juga gagal memahami erti Ketuanan Melayu yang sebenar.

Saya setuju benar untuk menegaskan bahawa selama ini UMNO tidak pernah memahami apakah ertinya Ketuanan Melayu yang kononnya diperjuangkan oleh mereka . TIdak keterlaluan jika saya sebut bahawa UMNO lah yang bertanggungjawab merosakkan masa depan Melayu malah menjadikan Melayu "hamba" di dalam negara sendiri.

Semua sedia maklum apa yang telah dilakukan oleh UMNO terhadap kaum bangsa sendiri. Tanah Rezab Melayu , Bahasa Melayu , Ekonomi Melayu , Pendidikan Melayu , kuasa politik orang Melayu malah segala milik melayu telah dinodai oleh UMNO dan BN . Lalu bagaimana hari ini mereka mahu bercakap soal Ketuanan Melayu.

Ketuanan Islam vs Ketuanan Melayu

Sebagaimana berkali saya tegaskan bahawa kaum dan bangsa selain melayu akan tersentuh hati mereka apabila kita senantiasa mengenegahkan soal melayu , melayu dan melayu . Kenapa tidak ? sebagaimana kita juga akan tersentuh perasaan jika mereka hanya mengenegahkan isu cina, cina dan cina .

Ini kerana di sebabkan bangsa kita adalah suatu yang tidak boleh berubah. Kita jadi melayu bukan kerana pilihan kita sebagaimana cina menjadi cina bukan kerana pilihan mereka.

Justeru itu , bercakap soal bangsa tidak boleh menyelesaikan masaalah perpaduan dan persefahaman antara kaum . Kita bercakap soal bangsa malah selalu berbangga dan mendabik dada dengan bangsa kita , sekalipun bangsa kita mempunyai pelbagai kelebihan dan kehebatan ia tetap akan mengundang rasa tidak puas hati dikalangan bangsa lain kerana mereka sampai bila pun tidak boleh jadi melayu untuk sama - sama menikmati kelebihan tersebut.

Apabila kita timbulkan isu ketuanan Melayu , maka cina dan India akan terguris perasaan mereka disebabkan sampai bila pun , mereka tidak boleh jadi Melayu untuk turut sama menikmati "ketuanan" tersebut . Tambahan lah kalau melayu dipandang tidak memiliki apa - apa oleh mereka, saya kira sampai bila pun mereka tidak berminat "menjadi" melayu.

Berbeza kiranya kita bercakap soal Ketuanan Islam . Selain daripada Islam adalah agama samawi yang benar dan hebat, ia adalah agama yang boleh diterima oleh siapa sahaja justeru turunnya adalah menjadi rahmat kepada sekelian alam.

Sesiapa sahaja boleh menjadi muslim. Tidak mengira apa bangsa ia dicipta, Asy-Syahadatain boleh menjadikan mereka layak sebagai seorang muslim. Maksudnya sesiapa sahaja boleh menerima Islam asal sahaja meyakini bahawa tiada Tuhan melainkan Allah sebagai Tuhan yang layak disembah . Melayu kah mereka demikianlah cina atau Indiakah mereka. Mereka boleh jadi Melayu Muslim , Cina Muslim , India Muslim atau apa sahaja bangsa mereka.

Kalau pun mereka tidak mahu menjadi muslim atau tidak menerima Islam sebagai agama dan cara hidup mereka . Mereka masih boleh memilih untuk berada dibawah lindungan Islam sebagai golongan zimmi yang membayar Jizyah kepada pemerintahan Islam.

Memandangkan Cina dan India terlebih dahulu mengenali Islam berbanding Melayu, maka saya sangat yakin apabila kita bercakap soal Ketuanan Islam, ianya tidaklah mengecewakan mereka .

Apa yang malang ialah umat Islam sendiri gagal beramal dan menghayati Islam sebagai cara hidup dan membimbing manusia kembali ke jalan yang benar. sedikit sebanyak ia menjadi fitnah kepada ummah .

Ketuanan Islam Tidak Akan Mengecewakan Cina, India

Namun begitu Islam tetap utuh sebagai agama suci yang dipelihara oleh Allah jalla wa A'ala . Ajarannya tetap menunjuk ke arah jalan yang benar. Tidak sahaja jalan menuju akhirat dan membina kehidupan akhirat di syurga ALlah tetapi Islam adalah agama yang lengkap dengan pelbagai akta dan enakmen serta peraturan untuk manusia menjalani kehidupan di dunia.

Persoalannya kenapa tidak kita bercakap soal Ketuanan Islam lantas memperjuangkannya. Islam agama yang syumul pula kaya dengan kemuliaan akhlak dan ketinggian nilai.

Saya berkeyakinan tinggi bahawa Islam agama yang mampu malah boleh diterima oleh sesiapa sahaja andainya sampai kepadanya keterangan dan penjelasan yang lengkap mengenai Islam . Selebihnya kembali kepada ketentuan Allah untuk memberi hidayah atau tidak.

Paling tidak , menjadikan mereka akur akan kebenaran Islam dan tidak lagi memusuhi Islam atau peringkat seterusnya , mereka sedia malah memilih untuk berada dibawah lembayung Islam justeru menginsafi keadilannya kalaupun mereka belum bersedia untuk menganut ajaran Islam.

Mempertahan dan memperjuangkan Ketuanan Islam nyata berbaloi berbanding perjuangan bangsa dan warna kulit.

Berasaskan realiti ini , saya berseru agar kita tidak lagi memperjuangkan bangsa sebaliknya memperjuangkan Ketuanan Islam disamping kita berbangga menjadi bangsa apa kita diciptakan.- Hrkh

Source : http://www.ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com

30 November 2008

Kisah Nek Pidah-Mak Cik Jatt

Memetik kata-kata Ketua Pergerakan Wanita Umno Johor, Dato' Halimah Mohd Sadique baru-baru ini, jangan 'telanjangkan' Wanita memberi erti, ada suatu peperangan besar yang sedang berlaku sekarang, setelah lebih 12 tahun Wanita Umno tidak terlibat dalam 'peperangan' seperti ini.

Orang kuat Rafidah memberitahu, "sejarah paling besar Shahrizat dalam Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat ialah kesemua pimpinannya (Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen) tewas sekaligus dalam Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU 12), 8 Mac lalu. Sejarah ciptaan Shahrizat ini bukan senang untuk diulangi sesiapa dan jangan pula terkejut jika Shahrizat sekali lagi mencipta sejarah kekalahannya. Kali ini dia akan kalah di tangan Rafidah pula, pemimpin yang membimbing dia, sejak sekian lama. "

Kata penyokong Rafidah, jika gelaran pemangku dijadikan alasan untuk menolak 'Pelan Peralihan Jawatan', ternyata Shahrizat silap. Apakah kalau dia tidak menjadi pemangku, kepimpinannya akan diterima oleh kepimpinan (Wanita) parti-parti komponen yang lain? Jawapannya, belum tentu!Yang bermati-matian mempertahankan Rafidah, secara total menolak Shahrizat.

Manakala yang menyokong Shahrizat, secara totoknya, mahu melihat Rafidah dikalahkah. Bab kata mereka, Rafidah jarang berbincang terlebih dahulu dan sebagainya..Kesannya, hari ini, Wanita Umno terbahagi dua.

Soal gandingan regu juga menjadi isu. Sejauh mana cerita ini betul, tidak ada siapa yang boleh mengesahkannya tetapi hendak menolak kesemuanya, seperti ada kebenarannya pula. Khabarnya, Shahrizat meyakinkan Rafidah supaya jangan menerima 'kehadiran' Azalina.

Apabila beberapa bahagian mula mencalonkan Shahrizat sebagai ketua dan Kamilia sebagai naib, ada beberapa orang Exco Wanita membisikkan kepada Rafidah, supaya meneliti semula Pelan Peralihan Jawatan dan turut mencari 'regu' baru selepas Shahrizat sudah kelihatan beregu dengan Kamilia;

"Jangan! Saya tidak setuju. Saya mahu terus dengan apa yang sudah dijanjikan," Rafidah dipetik sebagai berkata demikian bagi menolak sangkaan mengatakan dia akan dipermainkan Shahrizat.

Tenyata, cakap-cakap beberapa Exco yang menasihatkan Rafidah dahulu itu, seperti betul-betul berlaku dan Rafidah kini bertanding bersendirian, tanpa ada sesiapa beregu dengannya untuk menjadi naib.

Dengan orang seperti Dato' Kamilia Ibrahim yang sudah tamat dua penggal menjadi Senator dan tidak bertanding dalam PRU 12 yang lalu, Shahrizat dikatakan lebih selesa untuk kembali menjadi wakil calon dlm PRU seterusnya. Shahrizat kelihatan seronok menjadi calon yang mewakili Wilayah Persekutuan. Khabarnya hanya Wanita Bahagian Cheras di bawah Dato' Faridah Abu Hassan sahaja tidak bersama-samanya.

Menurut ceritanya, ada tiga nama disenaraikan untuk turut mengutip pencalonan bagi jawatan naib. Pertama Dato' Halimah Mohd Sadique, kedua, Dato' Maznah Mazlan dan ketiga, Azalina. Namun, Halimah tidak berminat kerana mahu memberi peluang penyandang jawatan Timbalan Menteri atau Menteri ke depan. Kata yang bercerita, Halimah tidak mahu dicalonkan kerana dia serius untuk berundur. Itulah sebabnya, jawatannya sebagai Ketua Umno Bahagian Tenggara pun tidak dipertahankannya. Dia lebih berminat jika Maznah dicalonkan tetapi tidak mendapat restu Rafidah, kerana Rafidah mahu berpegang dengan Pelan Peralihan Jawatan yang sudah disusunnya.

Satu sumber lain pula memberitahu, Shahrizat mendapat nasihat dari bekas Setiausaha Politiknya, Dato' Reezal Merican Naina Merican. Reezal dipercayai menasihatkan Shahrizat supaya menentang Rafidah kerana khuatir Rafidah terus menyerang Abdullah jika dia masih kekal menjadi Ketua Pergerakan Wanita Umno.

Kata sumber itu lagi, Reezal tidak puashati dengan Rafidah yang membuat desakan supaya Abdullah berundur awal dan akibat dari itu, Reezal menyakinkan Shahrizat, dengan bantuan Dato' Alwee Che Ahmad sekali, Abdullah lebih seronok jika Rafidah ditentang dan mengharapkan Shahrizat mempunyai kekuatan mengalahkan Rafidah.

Dalam beberapa wawancara dengan media, Rafidah memang tidak yakin kepada kemampuan Shahrizat untuk menghadapi pilihan raya. Malah, kekalahan Shahrizat di Lembah Pantai di tangan calon KeADILan, Nurul Izzah Anwar yang terlalu mentah menyebabkan Rafidah cukup kecewa.

"Kalau kawasan sendiri pun kalah, macam mana nak buat kerja untuk membantu kawasan lain," sumber itu memberitahu kononnya Rafidah sering mengulang-ulangi ayat serupa apabila bercakap soal Shahrizat mahu bertanding menentangnya.

Alasannya itulah menyebabkan Rafidah dikatakan memerlukan tiga bulan selepas pemilihan bagi menyusun kerja, memberi keyakinan kepada rakan-rakan komponen dan beberapa strategi lain bagi memudahkan Shahrizat meneruskan tugasnya.

"Malangnya, dia tidak sabar. Dia terpengaruh dengan desakan orang lain yang tidak tahu secara mendalam Pergerakan Wanita Umno dan dia bersedialah untuk menerima akibatnya," kata sumber itu.

Malahan, sumber itu turut menyebut bahawa Pergerakan Wanita Umno tidak akan sekuat sebelumnya selepas pertandingan kali ini, tanpa mengira siapa yang menang dan siapa yang kalah. Yang menang akan membawa gengnya bersama dan yang kalah akan terus disisihkan kerana mereka dianggap kumpulan yang tidak tahu bersabar dan tidak tahu erti kesetiaan bila berjanji.

Satu lagi khabar, Najib lebih selesa dengan Rafidah tetapi Abdullah dikatakan mahukan Shahrizat. Ketika Abdullah dilihat tidak bersetuju dengan Tan Sri Muhyiddin, tetapi dalam isu Wanita Umno, Abdullah dan Muhyiddin dikatakan senada mahukan Shahrizat. Jika Rafidah menang, Muhyiddin dalam bahaya untuk menang kerusi Timbalan Presiden tetapi jika Shahrizat menang, Muhyiddin bolehlah mengadakan kenduri awal di rumah Shahrizat meraikan kemenangan bersama, walaupun pengundian bagi jawatan Timbalan Presiden belum bermula!

27 November 2008

Beza antara PAS dan UMNO

Beza antara PAS dan UMNO bagaikan langit dan bumi. Dalam artikel ini dipaparkan 10 perbezaan besar antara pemilihan kepimpinan UMNO dan PAS. Pemilihan calon-calon UMNO pun dah dekat. Bak kata TKO, masa untuk bercakar! Mari kita bermuhasabah diri sama-sama.


1. Bak kata Allayarham Ustaz Fadzil, dalam PAS, yang dilihat nak jawatan tak dapat! Dalam UMNO pulak, jawatan dapat pada yang paling kuat melobi dan paling teringin nak jawatan tuh.

2. Dalam PAS masing-masing kalau boleh tak nak pegang jawatan pasal jawatan itu amanah. Cth nama Ir. Nizar tak pernah kedengaran sebelum tiba-tiba dilantik jadi MB Perak. Dalam UMNO pula, baru nak bertanding jawatan dah riuh sekampung! Belum dilantik lagi tuh..

3. Dalam PAS, ilmu agama jadi ukuran pemilihan. Sekalipun golongan profesional dilantik, mereka kena ada asas agama yang kukuh. Dalam UMNO pula, lagi jahil lagi berpotensi. Seorang ahli UMNO yg membuat kenyataan agar waktu disco dipanjangkan dan harga arak dikurangkan dilantik jadi Setiusaha BN. Cantik!!

4. Dalam UMNO, mesti bijak ekonomi. Maaf! Pembetulan! Mesti pandai pijak ekonomi. Waktu ekonomi elok, buat mahligai besar-besar. Nasib rakyat dipijak-pijak. Waktu harga minyak dunia naik, UMNO naikkan mendadak. Bila harga minyak dunia turun, turun sikit-sikit. Alih2 rakyat pula yg bagi subsidi kepada kerajaan. Dalam PAS, kepimpinan tak kalut cari duit. Rasa nak menangis tengok rumah Tok Guru!

5. Dalam PAS, politik nombor 2, agama No.1. Sekalipun Nakhaie UMNO kata dalam PAS politik nombor 1, kita boleh pertikai. Tok Guru Nik Aziz dah kata, kalau UMNO setuju dengan Islam, syariat Islam, hudud, qisas, kita bubar aje PAS ni. Islam no.1, yang lain semua kemudian. Ahli PKR seperti Zulkifli Nordin pun terikut-ikut. Berkawan dengan ustaz, alih-alih kita pun ada ciri-ciri ustaz. Dalam UMNO pulak, agama no terkebelakang. Itupun Islam Hadhari.. kwah kwah kwah

6. Dalam PAS, tak tutup aurat toksah mimpi la nak pegang jawatan, ahli-ahli confirm reject! Dalam Wanita UMNO, yang bertudung akan jadi kuli dan pakat-pakat melantik bos dikalangan yang tidak reti menutup aurat. Pernah dengar Mashitah menasihat UMNO agar tutup aurat. Lanyak PAS selalu ada la..

7. Dalam UMNO, pemimpin kena pandai memfitnah. Kena pandai fitnah meliwat, putar belit ayat, mengugut, mengampu , dan merasuah. Bukan saya yang cakap, Che Det yang cakap rasuah dlm UMNO semakin menjadi-jadi. Dalam PAS, kalau jenis jenis camni akan diboikot.

8. Politik wang. UMNO dan politik wang ni macam tahi dan busuk. Rasa tak sah tahi kalau baunya tak busuk. PAS dan politik wang pula macam minyak wangi dan rasa manis (sweety). Takde kaitan.. Tak taulah kalau ada orang yang minum minyak wangi..

9. Ulama' diutamakan. Kalo profesional seperti doktor dan engineer, mesti d'ulama'kan. Dalam UMNO, keutamaan diberi kepada yang paling banyak hulur-hulur. Bak kata Dr Asri, ada pemimpin UMNO yang mengadu kalah kepada penagih sedangkan pemimpin tersebut taraf doktor di universiti...

10. Kena pandai bergaduh. Kepimpinan UMNO faham bahawa gaduh itu satu seni. Boleh baling-baling meja, buat repot polis, surat layang dan sebagainya. Kepimpinan PAS ni tak reti bergaduh. Orang ajak keluar masjid nak bertumbuk pun taknak!! Takpelah. Kita bangsa aman damai, bukan bangsa hadhari...

25 November 2008

Gelora di negeri bakal PM

Exco Kerajaan Negeri Pahang, Dato' Mohd Sharkar Shamsudin mengumumkan hasrat kerajaan negeri melantik pesara menjadi penulis blog. Tujuan perlantikan itu, menurut Sharkar untuk menerangkan sesuatu isu kepada rakyat dan menepis fitnah terhadap kerajaan negeri.

Buat permulaan, kata Sharkar yang juga Ketua Umno Bahagian Temerloh, tiga pesara akan dilantik dengan dibekalkan komputer riba dan diberikan elaun dengan menjalankan kerja-kerja di rumah.

Nasib baiklah Sharkar sudah mengumumkan perlantikan itu, jika tidak tentunya ramai yang memikirkan kemungkinan Kerajaan Negeri Pahang mahu melantik pesara-pesara seperti bekas Perdana Menteri (PM), Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz dan bekas Ketua Pergerakan Wanita Umno yang masih kekal sebagai Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Paya Besar, Dato' Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman menjayakan hasrat kerajaan negeri itu.

Langkah perlantikan pesara ini (baca : mungkin terpaksa) dibuat kerana kerajaan negeri nyata gagal berhadapan dengan serangan dari pelbagai pihak, lebih-lebih lagi isu penjualan tanah seperti yang didedahkan bekas Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri, Dato' Tajuddin Sulaiman dan beberapa isu yang membabitkan syarikat balak menyaman kerajaan negeri.

Pahang, negeri di mana datangnya bakal Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak kelihatan kucar kacir politiknya kebelakangan ini. Walaupun Umno/BN masih memerintah, tetapi kekalahan beberapa ketua bahagian dalam pemilihan Umno baru-baru ini menunjukkan, perpecahan semakin ketara.

Sumber dalaman mendakwa, kepimpinan Adnan selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, nyata tidak dapat mengawal kesemua ketua-ketua bahagian, hingga menyebabkan pencalonan dari negeri Pahang untuk jawatan Timbalan Presiden Umno, gagal memperlihatkan 'kehendak' Najib selaku bakal Presiden Umno.

Ketika Adnan mengatakan pencalonan adalah hak bahagian-bahagian, seolah-olahnya beliau tidak ada rasa hormat kepada Najib sebagai bakal Perdana Menteri dan bakal Presiden Umno, seolah-olah ada perkara yang tidak kena di dalam Umno Pahang.

Tidak hairanlah, jika Mohd Sharkar terlintas untuk memulakan perlantikan terhadap pesara-pesara (baca:penyokong Umno sahaja) menjadi penulis blog. Barangkali, Sharkar sudah terasa bahawa rakyat sudah tidak dapat lagi mempercayai kata-kata pemimpin mereka, malahan, hubungan kurang mesra MB Pahang dengan media arus perdana juga dilihat menjadi salah satu puncanya. Secara sinis dan kasar Adnan memberitahu, beliau sudah lama tidak membaca surat khabar dan pentadbiran kerajaan negeri tidak pernah bergantung kepada laporan media.

Satu persoalan timbul sekarang, apakah Sharkar yakin blog yang bakal dijayakan pesara kerajaan ini akan mendapat sambutan? Masih adakah rakyat Pahang yang melayari blog pro kerajaan negeri ini kerana, dalam keadaan dunia tanpa sempadan sekarang, pemikiran rakyat sudah tidak boleh dikongkong lagi. Adalah lebih baik bagi Sharkar bersama-sama rakan-rakannya yang lain dalam kerajaan negeri, memastikan penyelewengan tidak berlaku.

Sejarah membuktikan, Umno Pahang sentiasa bergelora. Walaupun ia kurang terdedah tetapi kekalahan calon BN dan MCA di Pahang dalam PRU 12 yang lalu, dikaitkan dengan kebencian orang-orang Melayu terhadap sikap Najib dan Adnan. Tidak hairanlah kalau Najib sendiri hampir tewas di Parlimen Pekan beberapa tahun yang lalu, kerana rakyat mahu menegurnya.

Dari catatan sejarah Umno, Pahang adalah antara negeri yang paling ramai melahirkan tokoh-tokoh besar Umno. Selain Allahyarham Tun Razak Hussein, nama-nama seperti Tun Ghazali Shafie, Hamzah Abu Samah, Tun Mohd Khalil Yaakob, Sabbaruddin Chik, Abdul Rahman Talib, Abdul Rahim Bakar dan Adam Abdul Kadir.

Namun, kehadiran nama-nama besar ini tidak pernah menghalang bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Fauzi Abdul Rahman bertindak meninggalkan Umno dan menyertai Parti KeADILan Rakyat. (Baca:meninggalkan Umno ketika Najib sudah di ambang kekuasaan)

Semua ini ada implikasinya. Apakah Adnan tidak diterima atau Najib sendiri ditolak di Pahang, mungkin akan diketahui sebaik sahaja pesara kerajaan negeri memulakan tugasnya menerangkan sesuatu isu yang tidak diketahui.

Malangnya, Sharkar mungkin tidak terfikir, kebanyakkan pesara kerajaan akan memilih untuk menyokong pembangkang. Selama ini, ketika mereka berkhidmat, pelbagai sekatan dan tekanan yang tidak membenarkan mereka bebas,tetapi sebaik sahaja bersara, biasanya mereka lebih berani dan terbuka.

Jangan pula Sharkar tersalah pilih nanti. Kalau pesara yang diharapkan menulis hal-hal yang baik mengenai kerajaan negeri, tidak melakukannya seperti kehendak kerajaan negeri, malanglah kerajaan negeri. Maka, Sharkar mungkin terpaksa melantik pemantau pula bagi memantau kesetiaan pesara yang mereka lantik menjadi penulis dan diberikan elaun bulanan.

24 November 2008

Kenyataan Akhbar Ketua Wanita UMNO


Memandangkan bahawa Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat telah membuat kenyataan akhbar untuk bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO, maka saya dengan ini:


1) Akan mempertahankan jawatan ketua yang saya sandang sekarang, dan insya-Allah akan bertanding untuk jawatan tersebut untuk tempoh 2009-2011.


2) Saya menghargai dan menghormati pencalonan yang telah saya terima daripada 117 bahagian itu.

3) Saya memulangkan kepada para perwakilan yang mewakili akar umbi untuk menentukan pemimpin yang mereka mahu untuk tempoh 2009-2011 itu.

Saya kecewa kerana pelan peralihan telah dipertikaikan dan ditolak, lebih tiga bulan selepas saya mengumumkannya pada 4 Ogos 2008.

Semenjak tarikh itu, tiada sesiapa dalam Exco atau di luar yang telah mempertikaikannya.

Bahkan Datuk Seri Shahrizat sendiri, sama ada antara empat mata, dalam Exco dan dalam sidang media telah berkali-kali menegaskan:

a) Beliau tidak akan bertanding jawatan Ketua walaupun dicalonkan.

b) Beliau patuh kepada pelan peralihan.

c) Beliau patuh kepada nasihat pemimpin-pemimpin besar parti.

d) Bahkan beliau telah menyatakan bahawa “kata akan dikotakan” dan my word is my honour. (Semuanya telah disiar dalam media).

Saya tidak ada sebab untuk menyangka bahawa akan berlaku pelbagai pergolakan selepas proses pencalonan selesai.

Jika dalam mana-mana perbincangan ada mana-mana pihak yang tidak setuju dengan pelan peralihan maka sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, wajar dibangkitkan dan dibantah.

Jika mereka berbuat demikian sebelum proses pencalonan, maka pasti Exco akan membatalkan sahaja pelan itu.

Dan saya tidak ragu-ragu akan membiarkan bahagian-bahagian mencalonkan sesiapa juga yang mereka mahukan untuk jawatan Ketua dan Naib Ketua.

Tetapi, ‘bantahan’ ditimbulkan selepas mereka telah mendapat cukup pencalonan untuk bertanding, maka baru membantah dengan berbagai alasan yang sebenarnya tidak berasas.

Ada pula pihak-pihak yang mahukan pelan peralihan dipercepatkan dari Jun ke Mac 2009. Ini tidak logik.

Jika dibuat pada bulan Mac, ia bererti:

a) Tidak ada lagi pelan peralihan yang pada asasnya melibatkan satu jangka masa antara Perhimpunan Agung dengan tarikh penyerahan jawatan.

Semua mengetahui bahawa pada asalnya, jangka masa itu ialah antara Januari hingga Jun 2009 kerana Perhimpunan Agung itu dijadualkan pada Disember 2008. Ia telah dianjak kepada Mac tetapi pelan peralihan tidak terjejas.

b) Jika dipercepat kepada Mac, ia juga bererti bahawa saya dipaksa menyerahkan jawatan ketua secara bulat-bulat dengan Shahrizat menang tanpa bertanding.

Ini menidakkan hak dan kemahuan 117 bahagian yang telah mencalonkan saya untuk memegang jawatan hingga Jun 2009.

Sekarang kerana pelan peralihan telah diingkari dan jawatan Ketua akan ditandingi, maka saya akan mempertahankan jawatan yang saya sandang sekarang ini.

Saya ingin menyarankan supaya pertandingan semua jawatan dalam Pergerakan Wanita UMNO hendaklah dijalankan dengan tertib, beradab, ikhlas dan jangan sekali-kali menjejaskan sesiapa atau menjejaskan parti.

Jangan sekali-kali mengada-adakan atau menabur fitnah dan berbohong atau membawa pecah belah. Allah S.W.T menentukan segala-galanya. Tidak ada yang lebih besar daripada kuasa Allah S.W.T.

Terima kasih.


Tan Sri Rafidah Aziz,
Ahli Parlimen Kuala Kangsar.
21 November 2008.