CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

04 Februari 2009

Jamaludin ajak Adun KeADILan 'lompat'

TAIPING, 3 Feb (Hrkh) - Salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak yang hilang tempoh hari, Jamaluddin Mohd Radzi(Behrang) didakwa sering menyebarkan dan menjaja dakyah bahawa Menteri Besar Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin merupakan 'boneka DAP' dan 'boneka Cina' sejak penubuhan kerajaan negeri Pakatan Rakyat berjaya ditubuhk

Menurut beberapa sumber yang ditemui, sebaran dakyah ini dikatakan dijaja di seluruh negeri sering didengari daripada mulut Jamaluddin sendiri yang dikatakan turut berminat untuk menjawat jawatan yang disandang Nizar.

"Inilah kita rasakan tidak layak untuk dia menjadi wakil rakyat atau exco yang memburuk-burukkan Menteri Besar sendiri dengan pelbagai tohmahan. Dan dakyah ini sengaja ditimbulkan berulang kali supaya membakar semangat perkauman, dan mahu menjatuhkan Nizar sendiri," kata salah seorang yang enggan dikenali ketika ditemui oleh Harakahdaily di Sri Kota petang tadi.

Dalam pada itu sumber parti KeADILan di Perak memberitahu bahawa 'gerak-geri' Jamaluddin sudah lama dicurigai dan dilihat mahu berkuasa dalam KeADILan negeri sendiri sehingga sanggup mencantas beberapa pimpinan daripada menjawat jawatan dalam parti negeri.

Kata sumber terbabit, Jamaluddin bertindak 'menggantikan' Pengerusi Perhubungan Negeri yang lama kepada yang baru, dikatakan proksi beliau malah Jamaluddin sendiri kini memegang dua jawatan iaitu Timbalan Pengerusi dan Bendahari KeADILan Negeri.

"Perilaku Jamaluddin yang 'tamakkan' kuasa memang lama kita dah nampak...dan tentang tawaran wang itu juga kita ada dengar.

"Dia juga yang menghubungi beberapa Adun KeADILan untuk turut serta bersamanya dan Adun-Adun itu laporkan kepada kita dan kini kita sedang memantau pergerakan itu manakala Osman walaupun pada asasnya dia ok, dia seorang yang tiada pendirian. Dia adalah orang Jamaluddin dan hanya mengikut sahaja." kata sumber parti.

Sumber parti juga memaklumkan bahawa pihak parti sudah berusaha berkali-kali menghubungi beliau yang dilaporkan hilang malah kaum keluarganya juga tidak dapat dihubungi namun tidak dapat mengesahkan tentang masalah displin Jamaluddin yang dikatakan punca beliau berhenti kerja sebelum menceburi bidang politik dan menyertai KeADILan.

"Mereka dikatakan mahu jadi Bebas kerana khuatir lompat parti boleh menyebabkan pilihan raya kecil di Perak tetapi bebas pun tak lama lepas tu masuk Umno juga,"katanya yang akan memaklumkan keputusan displin parti dan maklumat terkini kepada Harakahdaily dalam masa yang terdekat.

"Apa yang dilaporkan di dalam blog atau laman web tentang pergolakan KeADILan Negeri akibat tindakan Jamaluddin, 80 peratus boleh dipercayai dan krisis ini sebenarnya telah lama berlaku dan bukannya sejak insiden enam hari kehilangan kedua-duanya," katanya memberi rujukan beberapa laman web terbabit.- azm_

* Bagi pihak kerajaan Perak, masa yang berharga untuk pengurusan negeri terpaksa dihabiskan untuk memikirkan smart cleansing musang - musang ini walhal perkara ini boleh dielakkan semasa pemilihan calon . Apapun inilah masa terbaik untuk membuang musang - musang ini dan tabik untuk langkah awal untuk Checkmate .

Tapis -tapis ,selidik-selidik , skodeng skodeng calon -calon yg akan diamanahkan untuk mewakili PR pada masa akan datang . Jangan hampakan petani - petani , orang kampong dan seangkatan dengannya yg sanggup mengabiskan tenaga & duit ringgit bahkan ada yg lebih teruk lagi kehilangan nyawa ataupun cacat ( kemalangan/provok semasa pilihanraya ) semata-semata untuk melihat cahaya baru untuk watan tercinta ini .Tetapi malangnya inilah dia balasan hasil titik peluh mereka semua .....