Di sebalik situasi terkini di Perak;
Saya dalam perjalanan hendak ke Istana, bahawa saya sebagai Ketua Kerajaan memohon Perkenan Tuanku supaya DUN dibubarkan serta merta. Ini disebabkan keadaan tidak menentu dan bagi mendapat persetujuan dan mandat baru dari rakyat. Demikian antara kenyataan awal YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam sidang akhbar khusus berkenaan isu tersebut sekitar jam 3.00 petang tadi di Pejabatnya di sini.
Beliau menjelaskan perkara ini berlaku dalam keadaan Kerajaan Pakatan Rakyat yang berpegang atas prinsip-prinsip yang baik namun gangguan dari UMNO yang hendak merompak hak rakyat, oleh itu katanya "saya terpaksa menggunakan kuasa yang diperuntukkan untuk memohon dari Tuanku supaya DUN dibubarkan ".
"Hari ini seramai 29 ADUN telah bersetuju DUN di bubarkan, IsyaAllah kita akan berhadapan dengan PR keseluruhannya. Dengan itu ikatan 3 parti lebih kukuh dan tidak diganggu gugat " katanya dalam kenyataan itu.
"Saya juga nak bagi tahu ini adalah kerja jahat BN, mereka masih terima 2 bekas exco untuk tubuh kerajaan jadi jelas mereka lemah". kata Nizar.
Nizar juga mengesahkan bahawa ADUN Bota, Dato' Nasaruddin Hashim sebagaimana beliau baru mendapat talipon dari anwar ibrahim bahawa dia telah di ambil oleh ADUN Pengkalan Baru, Dato' Hamdi dan ADUN Lintang,Pakeh Adam dengan alasan Raja Muda menjemput ke Istana, tetapi mereka telah dibawa ke Putrajaya bertemu dengan Najib petang ini.
"kalau ada unsur paksaan ini adalah satu kezaliman," kata Nizar.
Sementara itu selepas selesainya sidang akhbar itu, YAB Menteri besar telah masuk ke dalam pejabatnya sambil diikuti oleh semua ADUN dan berangkat ke Istana Kinta sekitar jam 3.40 petang bagi memohon Perkenan Sultan Perak.
Oleh: Drs Khalil Idham Lim Abdullah (ADUN Titi Serong)
SUMBER : www.tvantara.com